Pengikut

Isnin, Mac 29, 2010

Bersangka baiklah dgn aturan Allah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam hidayah kpd semua. Rasenye harini mcm nk share something... Bukan nak bangga diri, expose ke ape ke..terpulang lah pada pihak masing2 utk menilai lepas baca entri ni nnt ya.

Baru-baru ni satu kejadian telah berlaku pada ak.. Satu benda yg paling penting dalam hidup ak telah dicuri oleh org yg tak bertauliah utk hidup. Serik woo hidup tanpa benda ni.

Mase tu dalam kelas ak khusyuk berbual dgn kawan yg duduk meja belakang ak. Time tu dah habis kelas la, sbb tu rilek je..nak kemas barang, tp tunggu jap lg la sbb kawan tu ajak bual sekejap. Sambil buku-buku masih bersepah lagi atas meja bersama-sama dgn 'spek mata' ak, ak biarkan sekejap.

Mase tgh bual2 tu tiba-tiba ade sorg budak arab nih datang dekat dengan ak dari belakang n terus cium pipi ak...(*erk...mmg stail arab sini suke cium pipi kawan). Ok fine. Ak xde lah kisah sangat sbb maybe kitorg da lame tak jumpe. Ak mmg kenal budak tu sbb mase awal2 ak jd pelajar baru maahad  ni, time tu org pertama yg ak kenal dia ni la...Sarah namo eh...budak eh pun cantik, hepi go lucky...sbb tu ak tak kisah ngan die nih.

Yang ak peliknye apsal plak dtg cium pipi ak, pastu trus blah...Mase tu ak tak sangke pape lagi. Pastu kawan-kawan ak yang lain dah panggil ak utk balik. Sbb time tu kitorg ade tugasan skit nk ke Gam'ah, rumah adik2 perubatan dan kitorg ade temujanji dgn dorg...Aku kemas barang time tu pun tak terpike lagi...dah turun bawah sambil tunggu kawan2 lain baru ak perasan spek mate ak takde.

Ya Allah, menggelabah gile ak time tu...berlari ak naik atas ke kelas smula utk mencari. Kawan yg ajak ak sembang td tu  pun bantu ak carik...Cari atas meja, bawah meja, atas lantai, dalam tong sampah pun habis kitorg cari dah...tak jumpe jugak..Adehhh...
 
ni la spek mate ak yang hilang dicuri...(gambar lame...shoot mase ade prog kat PITT sblm nk ke Mesir)

Tak pe la..Ak agak time tu kawan-kawan malizi yg amik. ok ak tak kisah...kalo dorg amik pun, insyallah dorg akan pulangkan smula...ye la mane tau kot nk gurau2...

Aku pasrah...hahaha...

Esok ak datang maahad siap tanye kawan2 kot2 ade yg tau mane peginye spek ak...sume tak tau...
Dah sumenye taktau, Ak mula mengagak ade benda yg tak kene dengan ciuman si budak arab tuh...
Harini ak tak jumpe plak die kat maahad...mengelakkan diri kot...

....bersambung....
(skang ni ak ade keje yg perlu disettle kan...ade 'temujanji'...ngee...nnt ak balik, ak sambung lagi...)

Wassalam.

Ahad, Mac 21, 2010

Ujian...

Masya Allah, Tabarakallah!

Kali ni mmg betul2 Allah nak uji nih...

Hari tu lalu je mcm biasa dari maahad nk ke souq (pasar), nampakla sorang pak arab nih bawak tuk-tuk (sejenis motor tayar tiga) bawak penumpang. Mula tu mmg terkejutla. Sbb kami tak sangka pulak 'org IM' boleh kerja sbg pembawa tuk-tuk. 
Maahad Qiraat Fatayat, Mansurah.
Muka bersih plak tu. Selalunya tgk org-biasa yg bawak. Kadang2 budak-budak. Ok tak pelah, balasy...

Hari ni plak tu Allah nk uji. Kami nk ke souq. Kami tahan la tuk-tuk yg lalu, sbb kami nk cepat ke souq. Kebetulan nampak 'org IM' tu yg bawak tuk-tuk. Tak sangka plak kami tertahan tuk-tuk dia. Mulut kami tak henti2 berzikir, mengucap syahadah la..ape lagi, sume da terkeluar.
Inilah 'tuk-tuk'. Sejenis kenderaan pengangkutan awam yg ada di Mansurah.

Masya Allah, Tabarakallah!

Kebetulan dia nampak kami tahan tuk-tuk yg dia bawak tu.  Tp ada penumpang. Ok xkesah. Tapi dia bagitau dgn isyarat la pada kami yg dia akan kembali lepas hantar makcik (penumpang) tu.

Tapi yg xpatutnye kami ni, jadi terkejut sbb xsangka kami tahan tuk-tuk 'org IM' tu.
Ya Allah ni betul2 kena uji. Rasa mcm sanggup xnak tahan tuk-tuk lain kalaupun ade tuk-tuk kosong yg datang.
Astaghfirullah.
Dah salah niat dah ni.
Masyallah. Tabarakallah!

Kami pun teruskanla perjalanan dgn mulut yg tak henti2 beristighfar dan sebagainya.
Sambil pesan kat kawan, biar je la jalan kaki, atau ambil tuk-tuk lain. Kang tersalah niat lg bahaya pulak. 
Buat naye je kot termain hati...husy..

Tapi tu la nak kate betapa mmg bercahaya nya muka org2 beriman kt sini.
Bila terpandang je memang terus automatik mulut ni nk beristighfar..

Ni pun boleh dikatakan sebagai latihan atau tarbiah diri utk terus tunduk pandangan, lazimi lidah dengan zikrullah, ingat pada Allah atas setiap kecantikan dan kesempurnaan ciptaan-Nya.

Kami pun teruskan perjalanan dan mengambil tuk-tuk kosong yg lain utk segera sampai ke souq.

******************************

Selesai membeli-belah.

Allah nak uji lagi rupanya kali ni.
Masya Allah. Tabarakallah!
Keluar je dari souq, tgk2 'org IM' yg bawa tuk-tuk td tgh tunggu penumpang.
Masya Allah, kena jaga mata nih. BAHAYA! huh...
Ingat taknak ambil khidmat dia kan. Tp kang lambat pulak nk sampai rumah.
Adoiihh! Ujian betulll...
Naik je la. 
Alhamdulillah, ada jugak manfaat yang kami dpt masa jd penumpang time tu.
Alhamdulillah la dia pasang radio iza'atul Quran agaknya. Ceramah je yg kami dengar.
Kalau tak tu, selalunya kami akan dgr lagu2 lagho je la dari org yg bawa tuk-tuk tu.
Dgn volume yg sgtlah kuat...sampai nk pecah gegendang telinga dibuatnya...
Kadang2 keluar jugak 'jampi serapah' dari mulut nih kt org2 yg 'tak bertauliah hidup' tu...hehe..

---Moral of da Story---
  • Sentiasa lazimi zikrullah
  • Jika nampak kebesaran dan keindahan ciptaan Allah, sentiasa memuji-Nya.
  • Jaga pandangan. Firman Allah dlm surah an-Nur, ayat 31 : "...dan katakanlah kepada perempuan2 mukmin, jagalah pandangan mereka..." Dari mata akan turun ke hati tentang apa yg dilihat, dan akan lahir dgn perbuatan, dan akan berlakulah maksiat. NAUZUBILLAH, minta dijauhkan!
  • Sentiasa tajdid niat.
  • Yang lain2 pengajaran bolehla difikirkan sendiri menurut apa yg sesuai dengan takrifan masing-masing.
Sekian, terima kasih.
(...tirai dewan dilabuhkan...)

Sabtu, Mac 06, 2010

Muslimah yang dikasihi...

...MUSLIMAH YANG DIKASIHI...
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

...MUSLIMAH YANG DIKASIHI...
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

...MUSLIMAH YANG DIKASIHI...
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.
 
MUSLIMAH YANG DIKASIHI...
Jadikanlah dirimu seperti PERMATA yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

...MUSLIMAH YANG DIKASIHI...
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI...
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu, redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu.

Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu...
Kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu......

Rabu, Mac 03, 2010

...Bismillahirrahmanirrahim...

 
Gambar di bawah ini diambil ketika sheikh kami tiada dlm kelas.
Memang niat nak ambil gambar ni dan 'credit'kan dlm blog.
Bukan senang ape nak ambil gambar sheikh.
tak dapat ambil gambar sheikh,
bukunya pun jadilah.
Sheikh kami sorg yg sangat tertib
Kami sendiri amat kagum dgn setiap tindakan beliau.
Alhamdulillah kami Allah kurniakan masyaikh2 yg hebat2.
Hebat dengan ilmu dan hikmah.

Aku selalu dipesan oleh diri :
"jika kita muliakan ilmu, insyallah pada masa kita rasa sunyi, ilmu akan menemani kita sehingga kita rasa seolah2 kita seperti dihargai oleh semua makhluk yg lain. Inilah adab berilmu dgn ilmu."


Ini pula sebahagian dari matan yang perlu kami hafal
Mula2 nak hafal matan ni punya la payah.
Bak kata ust Imran :
"...macam nk baco jampi serapah..."

Tapi ini lah keistimewaan ilmu qiraat yg aku pelajari.
Banyak hikmah yg aku boleh adaptasikan dgn kehidupan.
"...sesuatu yg sukar dan payah jika disulami dgn sabar, sangka baik, dan redha, kelak kita akan peroleh natijahnya yg manis lebih manis dari 'asal (madu)."

Begitu jugak kehidupan
jika aku ada di persimpangan, apa blh aku buat?
mengeluh?
putus asa?
Itu semua sikap syaitan.
kita diajar supaya tidak bersikap negatif apabila berhadapan dgn ujian.

Hadapi ujian dgn tenang.
Kerana Allah itu Tenang,
Menyukai org yg bertenang.

Apabila kita hadapi masalah dgn tenang,
kita dapat sifat sabar.
Bila kita bersabar,
kita takkan mudah berputus asa.
Kerana kita yakin dgn janji-Nya.

"...ada hikmah di sebalik setiap kejadian..."


Ni plak sebahagian matan (bait syair) yg aku kena hafal utk hari ni.
(kolum yg aku dah gariskan)

Macam ni la cara aku hafal matan, dan buat nota.
Conteng-conteng je.
tu yg tanda bulat maknanya utk imam atau rawi.
(senang nk kenal)
Kalau yg dlm kurungan tu plak aku tandakan utk kalimah yg dibincangkan.

Macam best je nak kongsi ape yg aku blajar kt sini.
Contohla kan...
mcm dlm matan yg korang nampak tu, 
 kalimah (albirru an) 
dlm surah Baqarah, ayat 177
Imam qurra' iaitu Hamzah dgn rumus (fa)
dan Imam Hafs dgn rumus ('ain)
mereka ni akan baca dgn huruf ra' berbaris atas (fathah)
bunyinya = albirra an (mcm yg tertulis dlm mashaf yg ada kt tgn kita).
ayat : (laisal birra an tuallu wujuuhakum...)
Manakala baki Imam2 yg lain,
mereka akan baca dgn huruf berbaris depan (dhommah).
Bunyinya : (laisal birru an tuallu wujuuhakum...)

Itulah sebahagian contoh apa yg aku belajar di Maahad ye.
Apa yg aku ceritakan kt sini jugak utk tatapan keluarga aku di Malaysia.
Mudah-mudahan ilmu yg aku sampaikan kt sini juga mampu utk tathabbut dlm pikiran aku.
Amin.
Kita jumpa lagi di lain entri ya.
Bi iznillah.
 #######################O#######################

(T,T)...Air Mata Keinsafan...(T,T)


*******************************************************
Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
P e r j a l a n a n   k e k a s i h   A l l a h
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi

Selasa, Mac 02, 2010

(*_*)AkU MeLaNgKaH SeMuLa(*_*)

...Bismillahirrahmanirrahim...

Kini aku

membuka langkah kembali
mencipta sejarah baru
bagi lembaran hidupku


Hidup ini 
adakala naik
adakala turun
berputar
umpama roda


Hayati ia

kerana ada manisnya
benar, adakala kita
rasa juga pahitnya
itulah namanya kehidupan.


Aku kini
ingin menghidupkan kembali
kehidupan yang telah mati
agar hari hari yang aku lalui
mampu menjadi suri teladan
pada anak cucu
di SUATU HARI NANTI...