Pengikut

Khamis, Julai 21, 2011

...kisah hari ni...

Bismillahirrahmanirrahim...

Harini bermulanya ijtimak wafidin di Kaherah. Akan berlangsung selama 3 hari dan rata-rata karkun student Mesir akan gunakan kesempatan ni utk terus keluar jalan Allah. 40 hari, 4 bulan...untungnyaa..bersyukur Allah pilih mereka.

Harini juga hubby ke sana bersama sahabat2nya dari Mansurah ni. Untungnya org lelaki ni..
Hubby berangkat membawa bersama kelengkapan dan keperluan utk khuruj 40 hari. Sebenarnya tragis jugaklah harini. iye lah..Allah je yg tahu hati ni kann..Moga ini tarbiah yg Allah nak beri utk saya dan anak dalam kandungan. 
Moga dia sentiasa dilindungiNya...

Terbayang bagaimana Siti Hajar ditinggalkan nabi Allah Ibrahim a.s bersama anaknya Nabi Ismail a.s yg ketika itu masih bayi.

"Kejadian mengharukan ribuan tahun yang lalu,
seorang Ibu bernama SITI HAJAR, yang tidak lagi muda, bersama suami bernama IBRAHIM dan bayinya bernama ISMAIL tiba di tempat yang kini bernama Mekah di tengah terik matahari di padang pasir tandus tanpa persediaan makanan dan minuman memadai. Dalam keadaan galau tiba-tiba si suami pamit dan berjalan pergi untuk meninggalkan si isteri dan bayi mereka.

Siti Hajar pun hairan dan memerhatikan sikap suaminya dan bertanya; 
"Hendak kemanakah engkau suamiku?"
"Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini?"

Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah kata pun. Ia tetap melangkah meninggalkan isteri dan anaknya. Siti Hajar pun bertanya lagi;
"hendak kemanakah engkau Ibrahim?"
"Sampai hatikah engkau meninggalkan aku dan anak bayimu di tengah padang tandus ini?" 

Lagi-lagi tidak dijawab oleh Nabi Ibrahim.

Siti Hajar kemudian bertanya sambil menangis: 
"Apakah ini perintah dari Allah?" 

Barulah Nabi Ibrahim menjawab; "ya." 

Dan Siti Hajar pun diam, tak bertanya lagi, dan dengan rela melepas suami meninggalkan dirinya dan anak bayinya tanpa siapa-siapa menemani kecuali keyakinan atas Ke-Maha-Kuasaan Allah."

Sayu. 
 
Kisah tersebut hampir mirip dgn apa yg saya lalui. Saya sedar, inilah tarbiah Allah kepada saya dan anak yg masih dalam kandungan. Keadaan saya ditinggalkan ini pun cukup dgn ujian yg maha hebat dari Allah Ta'ala. 

Airmata ni mengalir laju lagi sambil menyusun kemas sifat redha dan persangkaan baik dalam hati. Saya harus terus tawajuh pada Allah sementara menunggu berita dari hubby lepas selesai ijtimak nanti. Dalam tiga hari ni lah Allah nak lihat bagaimana usaha saya, bagaimana keyakinan saya terhadap janji Allah. Saya yakin, di hujung kisah ini, Allah akan berikan yg terbaik yg pernah dan akan saya alami sepanjang hidup ni. Saya akan syukurinya walau apa pun jua yg Allah putuskan utk saya.

Jika ada rezekinya dan jika Allah pilih saya dan hubby utk keluar masturat selepas ijtimak nanti, maka perlulah saya berkemas dan menunggu hubby pulang utk menjemput saya ke route yang ditetapkan. 

Jika tidak, memang Allah telah menetapkan utk saya menjalani proses tarbiah diri sambil menggarap sirah Nabi Ismail a.s dan ibunya ditinggalkan Nabi Ibrahim a.s.

Saya melepaskan hubby pergi dgn hati yg berat. Semenjak dari selesai solat zohor tadi memang tak henti2 airmata ni mengalir. Mengalir dan terus mengalir. Saya bukan sedih ditinggalkan sebenarnya. Malah saya memang nak hubby pergi utk sahut seruan Allah ni. Airmata ni mengalir hanya kerana Allah belum putuskan apa2 utk keputusan keluar masturat ni. Hubby usaha jugak sebenarnya utk call amir sab wafidin utk bertanyakan ahwal bagaimana jika nak keluar masturat lepas ijtimak ni. Tapi Allah belum lagi izinkan. Belum lagi diputuskan apa2 utk kami. Amir sab tak jawab call. Mungkin sibuk agaknya menguruskan ehwal ijtimak. Hubby tetap akan pergi ke ijtimak tersebut dan terus akan keluar 40 hari lepas ijtimak nanti.

Hubby juga menitipkan pesanan berharga supaya saya terus tawajuh dan jaga amal selama 3 hari ni. Moganya Allah buka jalan. Saya menerima dengan hati sebak, cuba menahan agar airmata tak tertumpah lagi. Hubby sambung lagi, jika Allah pilih utk keluar, makanya nanti kami akan berhari raya di jalan Allah. ITULAH YANG KAMI MAHUKAN. Titipan itu membuatkan airmata saya tak tertahan dan terus mengalir lagi dan dengan lemahnya saya menjawab, "...insya Allah.." Hubby terus memeluk erat saya sambil mendoakan 'sesuatu' di ubun-ubun ..saya tak pasti apa yg didoakannya.

Kembali tenang seketika...

Saya merenung hubby dari kejauhan. Mengamati segenap wajahnya. Serasa tidak ada masa lagi utk menatapi wajah itu. Hubby perasan tindakan saya dan membalas pandangan saya. Saya tersenyum. Malu.. =) ngee...

Saya tak agak pun yg hubby rupanya sedang meninggalkan 'sesuatu' utk saya di blognya.

Tiba masa hubby utk berangkat. Bersalam-salaman, minta redha dan halal makan minum, kata-kata dan sebagainya. ahh..sebak lagi..

Dalam nada kesayuan saya bertanya sebelum diucapkan salam..."takde kata2 terakhir keeee??" >>tersengih sambil airmata klua lagi dan lagi..ahah! Saya tau hubby juga tak sanggup tengok saya nangis macam tu.

Hubby terus jawab, "...adaaa..p tengok kat blog." dan dia terus pergi. "Assalamualaikum."
huuu..banjir...

Sambil berlagak menenangkan diri, terus ke lappy nak tau apa yg ditulisnya.waduuhh2..Masya Allah!teringat akan syair yang dikarang Abu Navisah dan Abu Aviroh Abidah utk isteri mereka ; <--bila baca je apa yg hubby tulis, banjir lagiii....
apa yg hubby tulis ye?? -->Zaujati.
****************************** 
ISTERIKU...

Hari ini aku pergi,
meninggalkan kamu,
meninggalkan anak anak kita
meninggalkan rumah yang penuh kenangan,

Hari ini aku pergi,
kerana perintah dari Dzat
Yang telah menancapkan
Getaran di hatiku..
Ketika aku menatapmu
Di saat malam pertama kita.

Hari ini aku pergi
untuk menyenangkan hati seseorang
yang telah korbankan seluruh hidupnya
untuk kebahagiaan kita hari ini
sehingga kamu dan aku berjumpa
dalam keadaan islam

Jika esok
ketika kau terbangun dari tidurmu
kau tak dapati aku disisimu
maka cepatlah bertahmid!!!!
alhamdulilah

Kenapa?
Bukankah Ummul Mu'minin Aishah rha
merasa tenang hidup bersama rasulullah kekasih Allah
maka Rasullullah berkata
"Orang yang paling bahagia adalah orang
yang suaminya keluar ke jalan Allah
kerana...Dia bukan hidup dengan kekasih Allah
tetapi hidup bersama Allah"

Jika esok
ketika melihat kamar kita sepi
tak ada canda ceria
seperti hari sebelumnya

Maka..
bayangkan oleh mu
bagaimana rumah sahabiah
suami mereka selalu pergi membawa pedang
Terkadang tak ada khabar
Yang ada hanya kubur..

Tetapi
Mereka tetap katakan
biarlah rumah kami sepi
asalkan rumah rumah diseluruh
alam penuh dengan nur Iman

Jika esok tak ada tangan yang memberi suapan
ketika kau makan,seperti yang biasa ku lakukan
Yakinlah isteriku
Allah akan memberi suapan kepadamu,
Hidangan memiliki 70 rasa di jannah
yang tiada kekotoran dan yang jijik.
bahkan mengeluarkan keringat melebihi kasturi.

Jika esok ...Musibah,ujian
Dan sejuta masalah yang datang dalam kehidupan tanpa aku..
Lihat lah kedalam hati mu..kemana kamu berlari?

Saat itu Allah ingin lihat iman mu
yang hari-hari bergantung kepadaku..

Segeralah berwuduk,segeralah bersolat...!
Adukan urusanmu kepada Robb mu
kau akan bahagia,di dunia yang sementara dan akhirat yang selamanya.

Jika esok
kau pandang rumah tetangga kita suara tawa keceriaan
terdengar disana sini.
Suami mereka selalu dirumah,tidak pernah khuruj fii sabililah
jangan kamu iri..!!!kamu justru harus rasa belas kasihan..

Kerana
mereka sedang membina tangisan dan permusuhan
dirumah mereka...

Ketahuilah bahawa setiap orang, membangunkan rumahtangga

Hakikatnya..
mereka membangunkan tempat menangis..

Dirumah mereka akan datang malaikat maut..
menjemput setiap nyawa yg ada, tanpa belas kasihan..

Walau pun mereka kata jangan ambil isteri atau anak ku...!!
Tak ada tebusan sedikit pun, dan tidak tertangguh walau sesaat.

Saat itulah suami mereka akan menyesal,
salahkan semua ahli keluarganya

Ya Allah ..!!
Aku sibuk sebab mahu memenuhi hajat isteriku
sehingga lupa persediaan mati..

Aku lalai dalam amal-amal ku,
aku tinggalkan kerja nabi yang mulia,
aku tinggalkan semua sunnah,
aku asyik makan minum
bersama anak isteriku..

Isteri dan anak anak pula berkata
Wahai suami ku..!!
Mana tanggungjawab mu??
kau tak pernah mengajar kami mengenali Robb yang satu
kau tidak pernah menyiram hati kami dengan Nur Iman
kau tak isi buku catatan kami dengan catitan amal...

Ketahuilah isteriku
bahwa setiap amal suami
merupakan tabungan isteri.
Sebab itu aku harus pergi Di jalan Allah..
untuk membuang cinta dunia..

Percayalah..!!!
walau pun aku yang maju
dihadapan musuh

Tetapi kamu yang terlebih dahulu
Dibukakan pintu syurga oleh malaikat Ridwan as.

Kamu akan menunggu 500 tahun
berhias didepan cermin emas
dan kamu kan menjadi ratu kepada 70 000 bidadari..
dan malaikat..

Tahukah kamu..!!!
kecantikkan bidadari 70000 kali lebih cantik dari
wanita yang paling hebat di dunia.

Sedangkan engkau wahai isteriku
kecantikkan kamu 70 kali lebih hebat dari bidadari...
bagaimana akan terkesan dengan yang lain selainmu?

Hari pertama kita berjumpa
perjumpaan ini akan kekal abadi,
terus tertawa tiada sedih
sehat tiada sakit
kaya dan tiada miskin
kamu sangat mengkagumkan sehingga aku terkesima puluhan tahun memandangmu..


Petikan dari blog Khurujfisabilillah
****************************** 

...sebenarnya syair ni lah jugak yg pernah hubby bacakan pada saya saat awal pernikahan kami dulu...romantiiikk..kat tepi pantai..hehe. <--ayat pemujuk hati. ;p

...takpe..saya relakan pemergian hubby dengan iringan kesabaran dan doa. Moga Allah lindungi dia sentiasa. dan..menjadi asbab hidayat seluruh alam.

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Apa pula cerita kali ni?

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah kali ni Allah masih lagi beri kesempatan utk saya update posting yg seterusnya. Sebenarnya saya teringatkan satu kejadian yg pernah kami alami dan moga perkongsian kali ini bermanfaat bagi kita semua.

Apa ceritanya ya?
Pernah suatu hari dalam perjalanan pulang kami dari Kaherah ke Mansurah. Sebelum bertolak menaiki tremco-sejenis van pengangkutan awam di sini kami selesaikan keperluan kami seperti makan dan minum, mencari tandas sebelum meneruskan perjalanan ke Mansurah yg biasanya memakan masa 2-3jam. Dengan keadaan masa tu tgh pregnant 6 bulan al-maklumlah kene lah selesaikan segala hajat sebelum bertolak...

Kami mencari tandas. Tandas berbayar. Alhamdulillah. Tandasnya pun blh la dikatakan bersih sikit. =) Bukan apa, rata-rata tandas awam di Mesir ni masya allah keadaannya. Hubby menunggu di luar. Lepas selesai hajat, saya terus ke sinki utk membasuh muka. Kemudian masuk seorang budak perempuan kecil. Keadaannya tak ubah seperti si peminta sedekah. Cumanya mungkin sedikit bijak. Saya lihat dia seperti mencari-cari sesuatu. Dia bertanyakan saya kut saya ada ternampak duit segenih miliknya. Segenih-nilai duit satu ringgit Mesir. Saya katakan yg saya tidak nampak. Sambil mencari-cari terus dia mengatakan saya yang mengambilnya. hah! Nasib baiklah segenih. Tapi masa tu duit mmg langsung takde pd saya. Semua hubby pegang. Jika ada masa tu saya boleh je nak bagi. Cemas jugak masa tu. Takut dia buat kecoh. Saya ni dah la orang luar. ishh..cepat-cepat saya keluar. Jalan pun cepat-cepat. Sebab dengar macam budak tu berlari mengejar kami dari belakang. Alamak. Dia tarik hujung tudung saya. Minta saya ganti duit yg katanya saya telah ambil. 

Huh!cemas..kami pun teruskan berjalan laju. Kami perasan ada mata-mata yg memerhatikan gelagat kami. Kami pun malas nak buat kecoh kat situ. Kami berhenti, dan hubby seluk-seluk poket mencari segenih. Kami beri je budak tu terus diam. Sebenarnya saya mengagak itu sebenarnya taktik dia utk mendapatkan duit. Astaghfirullah..saya dah bersangka buruk pada budak tuu.. Kami meneruskan perjalanan, dalam hati saya istighfar memanjang. Mula mengemas persangkaan baik pada budak tersebut. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin Allah nak saya belajar 'sesuatu' dari kejadian tersebut.


Iya..memang ada pengajarannya. Sambil berjalan menuju ke tremco, fikiran saya masih lagi cemas memikirkan kejadian tadi. Padahal dah selesai dah..huhuuu..

Baru saya teringat dalam Fadhilat Sedekah ada galakan yg mengatakan sebenarnya kita ni yg kena cari org utk diberi sedekah. Bukan tunggu si peminta sedekah datang mencari kita. Kalau sape-sape yg pernah ke negara India pasti pernah terlihat peminta-peminta sedekah di jalanan. Tak kurang jugak di Malaysia sendiri pun ada. Cuma mungkin tak ramai.

Orang yg bersedekah ni kita nampak je macam harta tu akan habis. Padahal tidak. Allah menjanjikan bahawa harta tersebut akan berganda dek kerana keberkatan yg diperolehi. Jadi jangan kita takut atau segan silu utk bersedekah. Bahkan org yg bakhil utk bersedekah mendapat tempat dalam doa laknat para malaikat..nauzubillahh..

Saya petik dalam kitab Fadhilat Sedekah, Imam Qurtubi ada menyebutkan bahawa perbelanjaan utk ibadat meliputi ibadat yg fardhu dan juga ibadat yg sunat. TETAPI, jika seseorang itu 'menggenggam' harta dari dibelanjakan utk ibadat sunat (atau tidak dibelanjakan sebagai sedekah sunat), maka dia tidak akan menjadi mangsa doa laknat dari para malaikat. Dengan tidak membelanjakan demikian dia akan mula dikuasai oleh tabiat kebakhilan SEHINGGA utk berbelanja dengan perasaan gembira dalam perkara fardhu pun akan menjadi susah baginya.

Jadi selepas ini tanamkan niat dan azam utk mencari si peminta sedekah atau bersedekah pada yg tidak berkemampuan nak2 lagi di bulan ramadhan yg bakal menjengah beberapa hari saja lagi..

p/s : Ijtimak wafidin/foreigner akan diadakan pada 21, 22 dan 23 Julai ni...ehh esok je lagi..huhu..Tuan-tuan minta doa utk ijtimak kali ni. Moga Allah pilih kami utk keluar masturat lepas ijtimak ni dan moga tersebarnya hidayat seluruh alam..

...selalunye buat dakwah di alam maya je...tiba masanya kami berdakwah secara nyata..huhu..sekarang baru terkial2 nak hafal itu dan ini bagi bekalan masa keluar nnt..lagi mencabar, pasti dan pasti kene hafal dalam bahasa arab plak tu...RABBUNA YUSAHHIL!

Khamis, Julai 14, 2011

Dalam hati ada rindu

Bismillahirrahmanirrahim.
Gambar : Sekadar hiasan. Pinjam dari Pakcik Google. :)
Alhamdulillah sampai saat ni Allah masih beri peluang utk mengecapi nikmat kehidupan. Kumpul sebanyak amal utk kehidupan yg lebih hakiki 'di sana'. Lagi-lagi di bulan barakah Syaaban yg mulia ini, lagi beberapa hari nak menjengah Ramadhan. Moga masih sempat dikurniakan umur utk menikmati Ramadhan. Amalan yg dilipat gandakan. Ahh..rindunya. Ramadhan di bumi anbiyak.

Apa cerita kali ini?
Dengan hati yg penuh perasaan rindu pada 'sesuatu' saya meneruskan utk berkongsi apa yg dirasa.
Rindu pada apa? Rindu pada ramadhan? Memanglah rindu. Tp bukan. Bukan itu yg saya hendak ceritakan.

 Teringat saya menghadiri taklim mingguan masturat. Sehari selepas akad nikah. Sebelum sampai kami sesat juga. Walaupun lokasinya taklah jauh dari rumah umi ayah saya. Iyelah, saya bukan selalu ke taklim mingguan sebelum nikah dulu. Jika pernah pun mungkin kecik lagi masa tu. Tak ingat. Kami bertolak awal dari rumah. Cadangnya jika sudah jumpa rumahnya kami nak jln² ke kawasan air terjun yg terdekat. Saje nak 'dating'. Pengantin baru lah katakan..hehe..

 Nampaknya tak kesampaian. Mencari rumahnya saja habis masa utk apa yg kami rancangkan. Sebenarnya letih juga. Terasa sungguh badan ni lesu. Gagahkan juga diri utk hadir taklim mingguan. Kenalah taat kan.. Hubby bersungguh ajak pegi. Sampai je sana saya terus duduk taklim. Sudah beberapa minit berlalu. Setengah jam pertama boleh tahan lagi. Sedar tak sedar saya sudah tersengguk-sengguk. Tertidur. Allah.. Malunya. =p Tersedar je saya terus senyum pada makcik-makcik yg hadir. Terus saya minta utk baca taklim. Terpaksa. Untuk hilangkan ngantuk. Masa baca tu pun tak tahu lah apa yg saya baca. Alhamdulillah semua yg hadir sangka baik pada saya. Mereka tahu saya letih kenduri semalam. Selesai program, kami bual-bual. Alhamdulillah kesemuanya mmg saya kenal. Dan mereka pun kenal saya. Sebab mereka kenal umi ayah saya.

 Bertukar-tukar cerita sambil tunggu hubby datang utk jemput balik. Masa program tu hubby iktikaf kat surau dekat² dgn situ. Taklim sejam setengah. Tak lama lepas tu hubby sampai. Saya pulang.

 Alhamdulillah dapat juga duduk taklim sampai akhir. Walaupun agak mujahadah dengan mengantuk tadi. Moga  Allah bg peluang lagi utk hadir. Saya azam utk datang lagi minggu² depannya.

 Itulah manisnya kenangan saya dapat hadirkan diri pada taklim mingguan. Hari selepas akad nikah. Walaupun dalam keadaan letih. Allah yg bagi taufik dan kekuatan utk hadir. Saya syukurinya. Sehingga hari ni. Hati sebak juga sebenarnya. Sebab itu jika saya masih di Malaysia.

 Di sini, semenjak saya sampai bulan Januari haritu tak pernah nye sempat nak ke taklim mingguan. Tempatnya pun tak tahu. Lagipun mmg kami buat usaha kat sini tak boleh campur dgn orang arab. Foreigner dgn foreigner je. Saya sabar. Cadangnya nak buat sendiri je. Tapi hubby bincang dgn amir sab foreigner, katanya kena cukupkan 5 amal masjid. Harapan tak kesampaian. Kawasan kami usaha sangat lemah. Lagipun tak ramai pasangan atau keluarga karkun mcm kami. Malahan tak ada. Yang ramainya di Kaherah. Kami di Mansurah cuma ada student² karkun lelaki yg masih bujang.

 Tapi alhamdulillah hubby terus menerus dgn usaha walaupun taklah lengkap 5 amal. Masih belum layak utk hidupkan taklim mingguan. Cuma kami istiqamah taklim harian di rumah lah. Alhamdulillah Allah beri taufik utk kami jaga taklim di rumah.

 Berita baiknya alhamdulillah sekarang usaha di sini dah umumiyat. Semenjak muzhoharot haritu. Amir sab dah btau kami yg kami dah boleh buat usaha dgn karkun tempatan. Kami dah boleh p taklim masturat. Boleh keluar jemaah dgn org tempatan. Cumanya Allah belum lagi pilih saya utk hadir taklim mingguan dgn org tempatan di sini. Tempatnya masih lagi belum kami ketahui. Pernah juga tanya karkun tempatan, katanya jauh juga dari tempat kami, Dirasat sini. 

 Kami juga azam utk keluar masturat Ramadhan ni. Moganya Allah pilih. Sahabat-sahabat sume doakan ye. Kita² yg bernasib baik di tempat masing², jika allah beri peluang utk kita bagi masa utk agama, gunakanlah sebaik²nya. Sekali Allah tarik nikmat tu tak guna dah utk kita menyesal.

 Mudahan mati kita dalam keadaan shahid di jalanNya. Cemburu dgn sahabat² yg dapat mati dalam masa buat usaha di jalan Allah.

Khamis, Julai 07, 2011

Kebijaksanaan Dzatun Nithaqain : ASMA BT ABU BAKR


Ya Allah! Kasihanilah dia kerana solat yang panjang diselangi tangisan di tengah kedinginan malam yang sepi, ketika orang-orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi. Ya Allah! Kasihanilah dia yang sering menahan lapar dan dahaga ketika bertugas jauh dari Madinah atau Mekah dalam menunaikan ibadah puasa kepadaMu. Ya Allah! Aku menyerahkannya di bawah pemeliharaanMu, aku redha dengan apa yang telah Engkau tetapkan bagiku dan baginya, dan berilah kami pahala orang-orang yang sabar...!" [ Doa Asma' radhiallahu anha buat puteranya, Abdullah bin Zubair]

Asma' binti Abu Bakar As-siddiq; saudara kepada Aisyah Ummul Mukminin (isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam); puteri kepada sahabat Rasulullah yang mulia, Saidina Abu Bakar As-siddiq; isteri Zubair bin Awwam, pejuang dan tokoh Islam yang mengutamakan redha Allah di dalam perjuangannya; Merupakan seorang wanita muhajir yang mulia dan bonda kepada Abdullah bin Zubair, salah seorang pejuang yang gugur mempertahankan agamanya; dan sesungguhnya kedudukannya ini cukup untuk mengangkat darjat beliau ke tempat yang tinggi, mulia dan terpuji. Peribadinya dirahmati Allah dengan keistimewaan yang sangat menonjol, setanding dengan para Muslimin di ketika itu; cerdas, cerdik, lincah, pemurah dan berani.

Kedermawanan beliau dapat dilihat jelas melalui ucapan anaknya," Aku belum pernah melihat wanita yang sangat pemurah melebihi ibuku termasuk Aisyah Radhiallahu anha. Beliau (Aisyah) mengumpulkan apa yang diperolehinya sedikit demi sedikit, lantas setelah itu barulah dinafkahkannya kepada mereka yang memerlukannya. Sedangkan ibuku, dia tidak pernah menyimpan sedikit pun sehingga hari esok"

Kebijaksanaan Dzatun Nithaqain

Kecemerlangan berfikir Asma Radhiallahu anha terpancar dari sikapnya yang penuh prihatin dan perhitungan yang bijaksana. Peristiwa Hijrah Abu Bakar menyaksikan pengorbanan seorang sahabat demi Islam, tidak meninggalkan sesen pun harta untuk keluarganya melainkan dibelanjakan keseluruhannya untuk Allah dan rasulNya.  Ketika Abu Quhafah (ayah kepada Abu Bakar radhiallahu anhu) yang masih musyrik menemui keluarganya, beliau berkata kepada Asma', "Demi Allah! Tentu ayahmu telah mengecewakanmu dengan hartanya, di samping akan menyusahkanmu dengan pemergiannya!".  Jawab wanita yang mulia ini, "Tidak wahai datuk! sekali-kali tidak! Beliau banyak meninggalkan wang buat kami" ujarnya sambil menghibur dan menenangkan datuknya. Dikumpulkannya batu-batu kerikil yang kemudiannya dimasukkan ke dalam lubang tempat kebiasaannya menyimpan wang. Kemudian dibawakan datuknya yang buta itu ke tempat simpanan tersebut, lantas berkata, "Lihatlah datukku! Beliau banyak meninggalkan wang buat kami!". Perkataan tersebut ternyata berjaya meyakinkan Abu Quhafah. Maksud perbuatan tersebut adalah untuk menyenangkan hati datuknya, agar tidak bersusah hati memikirkan hal tersebut. Malah, Asma'  juga tidak menginginkan bantuan dari orang musyrik meskipun datuknya sendiri. Inilah bukti yang menunjukkan besarnya perhatian beliau terhadap dakwah dan kepentingan kaum Muslimin.

Diberi julukan sebagai 'dzatun nithaqain' oleh Rasulullah yang membawa erti "wanita yang mempunyai dua tali pinggang", sebagai peringatan terhadap peristiwa Hijrah yang menyaksikan pengorbanan dan keberanian Asma' yang tiada tolok bandingannya. Beliau bersusah payah menyediakan bekalan makanan dan minuman buat Rasulullah dan Abu Bakar Radhiallahu anhu di saat genting seperti itu. Beliau mengoyakkan ikat pinggangnya kepada dua untuk dijadikan tali pengikat untuk mengikat bekalan makanan dan minuman tersebut, sehingga kerana peristiwa itu Rasulullah mendoakan beliau agar digantikan tali pinggang tersebut dengan yang lebih baik dan lebih indah di syurga kelak.

Tidak hanya itu pengorbanan Asma Radhiallahu anha. Peristiwa hijrah ini turut menyaksikan kekuatan berfikir dan perancangan strategi yang dimiliki oleh seorang Muslimah hasil dari aktiviti politik dan kecemerlangan berfikir yang diadun dengan ketaqwaan dan keimanan yang teguh. Asma' Radhiallahu anha bukan sekadar menjadi penghantar makanan kepada dua orang sahabat yang berperanan penting bagi umat Islam, malah beliau juga menyampaikan berita-berita penting tentang rencana-rencana pihak musuh terhadap kaum Muslimin. Dengan kehamilannya ketika itu, Asma' mengambil  peranan yang menjanjikan risiko tinggi, di mana bukan saja nyawanya menjadi taruhan, malah lebih dari itu, nyawa Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dan ayahnya turut sama terancam. Memikirkan kemarahan musuh Islam lantaran lolosnya Rasulullah dari kepungan, kafir Quraisy pastinya akan berusaha bersungguh-sungguh mencari-cari Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam untuk dibunuh kerana bencinya mereka terhadap dakwah Islam dan pejuang-pejuangnya.

Di saat-saat genting seperti itu, Asma' mampu meramal segala kemungkinan yang bakal berlaku, dan dengan kecerdikan dan penuh perhitungan, beliau berjalan menuju Gua Tsur sambil menggembala kambing-kambingnya berjalan di belakangnya. Taktik ini dilakukan untuk mengaburi mata pihak musuh kerana jejaknya terhapus oleh jejak-jejak kambing gembalaannya itu. Tindakan ini belum tentu mampu dilakukan oleh seorang lelaki yang berani sekalipun, lantaran hal tersebut bakal mengundang bahaya, kezaliman, dan kekejaman orang-orang kafir Quraisy.

Permasalahan ini tidak cukup sampai di situ. Setelah kejayaan Rasulullah dan Abu Bakar keluar dari tempat persembunyian dan berhasil berhijrah ke Madinah, Asma' Radhiallahu anha dan keluarganya didatangi beberapa orang Quraisy, di antaranya Abu Jahal yang telah bertindak kasar menampar pipi Asma’ Radhiallahu anha dengan sekali tamparan yang mengakibatkan subangnya terlepas!. Asma' menjawab dengan penuh diplomasi saat beliau ditanya tempat persembunyian Rasulullah dan ayahnya dengan berkata," Demi Allah, aku tidak tahu di mana ayahku berada sekarang!"

Hijrah Asma' Radhiallahu anha dan suaminya ke Madinah berlaku selang beberapa lama dari hijrah sebelumnya, di mana pada ketika itu Asma' sedang sarat mengandungkan Abdullah bin Zubair dan hanya menanti detik-detik kelahirannya. Perjalanan yang jauh dan berbahaya ditempuhi jua sehinggalah angkatan para sahabat tiba di Quba'. Kelahiran anak pasangan sahabat ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Dialah bayi pertama yang dilahirkan di Madinah.

Sebaik-baik Ummu wa Rabbatul Bait

Seorang muhajirah yang agung, antara wanita yang awal memeluk Islam, sangat memuliakan suaminya meskipun Zubair hanya seorang pemuda miskin yang tidak mampu menyediakan pembantu buatnya. Hatta tidak mempunyai harta yang dapat melapangkan kehidupan keluarganya, melainkan hanya seekor kuda yang dijaganya dengan baik. Beliaulah isteri yang sentiasa sabar dan setia berkhidmat untuk suaminya, sanggup bekerja keras merawat dan menumbuk sendiri biji kurma untuk makanan kuda suaminya di saat Zubair sibuk menjalankan tugas-tugas yang diperintah Rasulullah kepadanya.

Di dalam didikannya, keperibadian Abdullah bin Zubair dibentuk. Beliau adalah susuk seorang ibu yang sangat memahami peranannya dalam melahirkan generasi utama yang berkualiti, generasi yang menjadikan kecintaan kepada Allah dan RasulNya di atas segala-galanya, sama ada harta, isteri, keluarga mahupun segala jenis perbendaharaan dunia. Beliau mencetak keperibadian generasi yang siap berjuang membela bendera Islam dan kalimah La ilaha illallah Muhammad Rasulullah. Keperibadian seperti ini terpancar jelas di dalam diri puteranya, Abdullah bin Zubair. Hal ini dapat kita teladani melalui kisah pertemuan terakhir di antara seorang ibu dan anak yang saling menyayangi dan mencintai satu sama lain, semata-mata kerana kecintaan keduanya kepada Allah Subhanahu wa Taala dan RasulNya.

Abdullah: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, wahai ibunda!

Asma': Wa'alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh, ya Abdullah! Mengapa engkau datang ke sini di saat-saat seperti ini? Padahal batu-batu besar yang dilontarkan Hajjaj kepada tenteramu menggetarkan seluruh Kota Mekah?

Abdullah: Aku hendak bermusyawarah dengan ibu.


Asma': Tentang masalah apa?

Abdullah: Tenteraku banyak meninggalkanku. Mereka membelot dariku ke pihak musuh. Mungkin kerana mereka takut terhadap Hajjaj atau mungkin juga kerana mereka menginginkan sesuatu yang dijanjikannya sehingga anak-anak dan isteriku sendiri berpaling daripadaku. Sedikit sekali jumlah tentera yang tinggal bersamaku. Sementara utusan Bani Umayyah menawarkan kepadaku apa saja yang ku minta berupa kemewahan dunia asal saja aku bersedia meletakkan senjata dan bersumpah setia mengangkat Abdul Malik bin Marwan sebagai khalifah. Bagaimana pendapatmu wahai ibu?

Asma': Terserah kepadamu Abdullah! Bukankah engkau sendiri yang mengetahui tentang dirimu? Jika engkau yakin bahawa engkau mempertahankan yang haq dan mengajak kepada kebenaran, maka teguhkanlah pendirianmu sepertimana para perajuritmu yang telah gugur dalam mengibarkan bendera agama ini! Akan tetapi, jika engkau menginginkan kemewahan dunia, sudah tentu engkau adalah seorang anak lelakiku yang pengecut! dan bererti engkau sedang mencelakakan dirimu sendiri dan menjual murah harga kepahlawananmu selama ini, anakku!

Abdullah: Akan tetapi, aku akan terbunuh hari ini ibu.


Asma' : Itu lebih baik bagimu daripada kepalamu akan dipijak-pijak juga oleh budak-budak Bani Umayyah  dengan mempermainkan janji-janji mereka yang sangat sukar untuk dipercayai!

Abdullah: Aku tidak takut mati, Ibu. Tetapi aku khuatir mereka akan mencincang dan merobek-robek jenazahku dengan kejam!

Asma': Tidak ada yang perlu ditakuti perbuatan orang hidup terhadap kita sesudah kita mati. Kambing yang sudah disembelih tidak akan merasa sakit lagi ketika kulitnya dikupas orang!

Abdullah: Semoga Ibu diberkati Allah. Maksud kedatanganku hanya untuk mendengar apa yang telah ku dengar dari ibu sebentar tadi. Allah Maha Mengetahui, aku bukanlah orang yang lemah dan terlalu hina. Dia Maha Mengetahui bahawa aku tidak akan terpengaruh oleh dunia dan segala kemewahannya. Murka Allah bagi sesiapa yang meremehkan segala yang diharamkanNya. Inilah aku, anak Ibu! Aku selalu patuh menjalani segala nasihat Ibu. Apabila tewas, janganlah ibu menangisiku. Segala urusan dari kehidupan Ibu, serahkanlah kepada Allah!

Asma': Yang ibu khuatirkan andainya engkau tewas di jalan yang sesat.

Abdullah: Percayalah Ibu! Anakmu ini tidak pernah memiliki fikiran sesat untuk berbuat keji. Anakmu ini tidak akan menyelamatkan dirinya sendiri dan tidak memperdulikan orang-orang Muslim yang berbuat kebaikan. Anakmu ini mengutamakan keredhaan ibunya. Aku mengatakan semua ini di hadapan ibu dari hatiku yang putih bersih. Semoga Allah menanamkan kesabaran di dalam sanubari Ibu.

Asma': Alhamdulillah! segala puji bagi Allah yang telah meneguhkan hatimu dengan apa yang disukaiNya dan yang Ibu sukai pula. Rapatlah kepada Ibu wahai anakku, Ibu ingin mencium baumu dan menyentuhmu. Agaknya inilah saat terakhir untuk ibu memelukmu..."


Abdullah:Jangan bosan mendoakan aku Ibu!

Sebelum matahari terbenam di petang itu, Abdullah bin Zubair syahid menemui Rabbnya. Dia kembali kerana mengutamakan redha Allah dan redha ibunya yang beriman. Diriwayatkan, bahawa Al-Hajjaj berkata kepada Asma' setelah Abdullah terbunuh :"Bagaimanakah engkau lihat perbuatanku terhadap puteramu ?" Asma' menjawab :"Engkau telah merosak dunianya, namun dia telah merosak akhiratmu." Asma' wafat di Mekkah dalam usia 100 tahun, sedang giginya tetap utuh, tidak ada yang tanggal dan akalnya masih sempurna. [Mashaadirut Tarjamah : Thabaqaat Ibnu Saad, Taarikh Thabari, Al-Ishaabah dan Siirah Ibnu Hisyam].  Semoga Allah meredhai kedua hambaNya, Asma' dan puteranya.

Khatimah
Inilah sebuah teladan yang sangat berharga buat kita semua. Asma' Radiallahu anha bukan sahaja menunjukkan keberaniannya, kepatuhannya kepada Allah, suami dan ayahnya; juga pengorbanannya yang besar, sikap dermawannya dan kecemerlangan berfikir yang menjadi cermin keperibadiannya. Bersama suaminya, Zubair bin Awwam, terbentuklah keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah; bukan kerana harta yang melimpah ruah, tetapi  limpahan barakah dan rahmat dari Allah Subhanahu wa Taala kerana ahli keluarganya yang menjadikan kecintaan mereka hanya kepada Allah dan Rasul di atas kecintaan-kecintaan lainnya. Dari keluarga ini, lahirlah seorang syuhada yang gagah berani, tidak takut terhadap apapun kecuali Allah Subhanahu wa Taala  Semoga kisah Asma’ Abu Bakar ini akan sentiasa mekar di jiwa kita sebagai motivasi diri dalam menyemai kecintaan serta menjalankan kewajipan terhadap Rabbul Izzati.

Rabu, Jun 22, 2011

SUSU IBU : Setiap Sedutan Satu Kebajikan...

 Rasulullah SAW bersabda:

Seseorang wanita yang redha mengandungkan bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya redha pula kepadanya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sebagaimana pahala puasa fisabilillah. Bila ia merasa sakit ketika bersalin, maka Allah tambah lagi pahala yang tidak terkira oleh manusia disebabkan terlalu banyaknya. Bila telah melahirkan anak dan ia menyusukannya dengan susunya sendiri, maka setiap teguk (satu sedutan) Allah berikan satu kebajikan. Bila ia semalaman tidak tidur kerana mengawasi (menjaga) anaknya yang sering menangis kerana sakit dan sebagainya, maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam fisabilillah dengan ikhlas.
-(Riwayat At – Tabrani)


 Yakinlah akan janji Allah, wanita yang sabar dan redha ketika mengandung dengan ujian alahan, pening, muntah, loya, dan sebagainya, dan tidak merungut-rungut  apa lagi marah-marah atau bersumpah untuk tidak akan mahu mengandung lagi, maka mereka akan mendapat pahala puasa fisabilillah.

Semua ujian yang diberikan ini adalah untuk menghapuskan dosa-dosa yang lalu atau untuk meninggikan darjat di sisi Allah. Bila mengingatkan tentang kelebihan ini maka akan mudahlah untuk melalui masa yang begitu lama sebelum kelahiran iaitu Sembilan bulan 10 hari.
Anak yang dilahirkan dan disusukan pula dengan susu badan, sesungguhnya setiap sedutan anak yang menyusu itu Allah akan tulis satu kebajikan yang telah kita buat. Hanya dengan menyusukan sambil memberi belaian kasih sayang terhadap anak itu sudah diberi ganjaran pahala, bukankah merupakan perkara mudah untuk dilakukan?

Ketahuilah wahai para wanita sekalian, pahala melahirkan anak sangat besar kerana sakitnya melahirkan itu adalah sakit yang kedua paling menyeksakan selepas sakit mati (ketika roh dicabut dari jasad). Oleh itu orang yang mati semasa bersalin, dan matinya pula dalam keadaan redha dan sabar maka ia mendapat pahala syahid. Mati syahid itu pula adalah menjadi idaman setiap orang Islam.
Anak demam dan meragam di tengah malam
Ketika orang lain tengah sedap tidur dan kita pula berjaga sebab anak meragam, sakit, merengek tengah malam, tetapi masih dapat bersabar dan ikhlas, maka beruntunglah kerana mencapai kemenangan di dunia dan di akhirat. Kemenangan di dunia sebab kita dapat melatih diri menjadi sabar, penyayang, pelembut sesuai dengan sifat kewanitaan, sedang menang di akhirat pula bakal mendapat tempat keredhaan Allah SWT.

Jumaat, Jun 10, 2011

Teruja tengok reaksi baby dlm perut ni gerak2... =)

Bismillahirrahmanirrahim...

Amboi seronok tengok blog hubby makin cantik di make-up nye..hm,,moga-moga iman dan amalnya pun begitu ye bang..hehe
Kite pun rasa mcm nak 'make-up' jgk ruangan entri kali ni. :-p

erk..jangan main bola dlm perut umi ye..hehe. Bak kata hubby,baby tgh main basikal..huhu..ngeri..


Harini hari jumaat.
Sebelum solat Jumaat, janjinya hubby dgn sahabat dia utk muzakarah kitab hikam kat rumah kami.
Sementara tunggu hubby muzakarahkan kitab Hikam dengan sahabat dia, saya tunggu dalam bilik.
Sebabnya hubby dgn sahabat dia nak muzakarah kat ruang tamu.
Hmm, nak ke mana-mana pun tak boleh, kene la tunggu dia habiskan muzakarahnya dulu.
Sambil tunggu dalam bilik, bosan pulak duduk saja-saja.
Saya ambil lah satu buku utk baca.
Buku tu mulanya saya baca dalam hati je.
Pastu tiba-tiba rasa mcm nak baca kuat sikit untuk bagi anak dalam perut ni dengar.
Baik juga sebab pasal kebesaran Allah sampailah masuk kisah para nabi yang Allah utuskan utk berdakwah pada umat mereka.
Siap dengan dalil al-Quran nya lagi.
Masa tengah duk khusyuk baca kisah nabi Saleh diutuskan kepada kaumnya, tiba-tiba rasa mcm perut ni bergegar beberapa saat setiap kali.
Huhu..sangat-sangat teruja.
Anak dalam perut ni bagi reaksi pada kisah nabi yang dibaca...Allahu Akbar!
Rasa mcm nak panggil je hubby utk tgk sama.
Tapi saya sabar je dulu. Tgk je la reaksi anak tu sorang diri...

Akhirnya saya terhenti dari baca kisah nabi tu sebab ghalit duk nengok baby dlm perut ni gerak-gerak.hehe..
Selalunya memang ada rasa dia gerak tapi tak pernah pulak nampak seaktif harini.
Mungkin berkat hari Jumaat. Juga mungkin dia sedang menerima apa yg dia dengar.
Syukur sangat anak umi ni dalam perut lagi dah tunjukkan suka pada agama.
Moganya dah besar nanti jadi Daie di Jalan Allah ye sayang..
Moga lebih ahsan dari umi dgn abi ye..

Tadi hubby masuk bilik.
Katanya dah nak pergi dah utk solat Jumaat.
Saya pun btau la yang anak tadi duk gerak-gerak.hehe..dia pun teruja.
Katanya anak dalam tu duk naik basikal..alahaii,,pulak dah..huhu..
Lepas bangun tidur pagi tadi lagi dia dah rasa dah kat perut ni yg anak tu duk gerak-gerak.
Cuma baby ni makin aktif pulak dia lepas dibaca kisah nabi tu.

Lepas Jumaat ni mcm biasa lah hubby akan terus ke Sandub utk talaqqi kitab Hikam bersama sheikh pulak.
Nanti talaqqi sampai asar.
Lepas tu akan terus ke Salam pulak ke rumah sahabat dia Ust Khairi utk sesi pembelajaran Nahu.
Sampailah lebih kurang sebelum maghrib agaknya.
Lepas maghrib pulak dia akan ke Talkha dgn sahabat-sahabat karkun Mansurah ni utk talaqqi kitab hadis dengan salah sorg sheikh yang juga biasa dengan usaha tabligh ni.
Kata hubby dulu sheikh ni pernah belajar di Pakistan utk belajar hadis.
Masa talaqqi minggu lepas kata hubby dia siap tasykil lagi murid-murid yang talaqqi dgn dia utk bagi masa khuruj 3 hari, 40 hari dan sebagainya.

Sekarang ni tinggallah saya sorang-sorang kat rumah ni. Bertemankan baby dalam perut ni..
Hmm..kalau hari-hari biasa lain saya akan ke kelas, tinggal hubby sorang-sorang kat rumah.
Dan akan menjadi rutin mingguannya pulak setiap hari Jumaat akan tinggallah saya seorang diri kat rumah ni.
Orang perempuan ni biasanya nak kan teman utk bercakap.
Alhamdulillah line internet pun harini tak demam, jadi ada juga lah tempat utk saya melepaskan kata..hehe.
Kalau tak tu, kat Mesir ni hari Jumaat lah macam2 masalah berlaku.
Air takde lah..tiba-tiba tak naik..
Internet tiba-tiba tak syaghol..hmm..
Boleh mati kutu dibuatnya kat rumah ni.
Tapi tu sumenye asbab ye..
Ada ke takde ke sume tu tak jugak boleh datangkan manfaat atau mudharat.
Yang datangkan manfaat mudharat hanyalah Allah SWT.

ehm2..tengah bentuk fikir ni.
hehe..Doakan ye bulan Julai ni insha allah ada ijtimak utk pelajar2 wafidin (foreigner) di Markaz wafidin kat Kaherah.
Mudah2an Allah izinkan saya dan suami utk keluar masturat lepas ijtimak tu nanti.
Mulanya hubby je yg kata dia nak keluar.
Bila difikir-fikir balik saya pun rasa mcm nak keluar jugak.
Nak ambil peluang sebelum bersalin ni nanti.
Dah ada anak nanti kene tunggu lepas 2 tahun dan bercerai susu baru boleh keluar masturat.
Lama nye lah nak tunggu.. :'(

Rasanya itu je kut yang nak dikongsi utk entri kali ni.
Akan datang saya tulis lagi insha allah manfaat apa yg saya dapat dari buku yg saya baca utk baby tadi.
Moga semua beroleh hidayah Allah insha allah.

************************************

اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ وَاشْفِهِ وَأنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا.

Ya Allah,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku  dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawar-Mu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.


اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ.

Ya Allah,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.


اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا.

Ya Allah, zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .


اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً.

Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim dan beramal .


اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خَلْقَهُ وَأفْصِحْ لِسَانَهُ وَأحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ .

Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan, sihatkanlah tubuh badannya, dan indahkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w.


   وَالْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ.

Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Rabu, Jun 01, 2011

Pahala Terakhir Seorang Isteri

( Selamat Membaca..:).
Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan.

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yangtelah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.Untuk pengetahuan semua, dikalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami.

 
Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan. Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.
 
Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.
 
Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan
kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap
suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata untuk melayan Adam dan
menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa.

 
Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong - menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.
 
Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan
Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja.
 

Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan. Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. 
 
Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang
berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut dipinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. 

 
Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak
melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

 
Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
 
Sabda Rasulullah s.a.w, 
"Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,tiada seorang
suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,tiba-tiba di tolak
oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu,
hingga dimaafkan oleh suaminya."

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan  bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya.

Itulah harapan saya .semoga Allah perkenankannya. ****

Nota:
Seperti yang pernah disarankan oleh Dr Fadhilah Kamsah.. pohon la
kemaafan kepada suami sebelum tidur... maafkan juga mereka2 yang ada kaitan dengan kita sebelum kita tidur.. kerna kita tak tau.. apakah esok kita masih boleh bangun or.. macam dalam kesah ni.. :)...