Pengikut

Rabu, Jun 22, 2011

SUSU IBU : Setiap Sedutan Satu Kebajikan...

 Rasulullah SAW bersabda:

Seseorang wanita yang redha mengandungkan bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya redha pula kepadanya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sebagaimana pahala puasa fisabilillah. Bila ia merasa sakit ketika bersalin, maka Allah tambah lagi pahala yang tidak terkira oleh manusia disebabkan terlalu banyaknya. Bila telah melahirkan anak dan ia menyusukannya dengan susunya sendiri, maka setiap teguk (satu sedutan) Allah berikan satu kebajikan. Bila ia semalaman tidak tidur kerana mengawasi (menjaga) anaknya yang sering menangis kerana sakit dan sebagainya, maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam fisabilillah dengan ikhlas.
-(Riwayat At – Tabrani)


 Yakinlah akan janji Allah, wanita yang sabar dan redha ketika mengandung dengan ujian alahan, pening, muntah, loya, dan sebagainya, dan tidak merungut-rungut  apa lagi marah-marah atau bersumpah untuk tidak akan mahu mengandung lagi, maka mereka akan mendapat pahala puasa fisabilillah.

Semua ujian yang diberikan ini adalah untuk menghapuskan dosa-dosa yang lalu atau untuk meninggikan darjat di sisi Allah. Bila mengingatkan tentang kelebihan ini maka akan mudahlah untuk melalui masa yang begitu lama sebelum kelahiran iaitu Sembilan bulan 10 hari.
Anak yang dilahirkan dan disusukan pula dengan susu badan, sesungguhnya setiap sedutan anak yang menyusu itu Allah akan tulis satu kebajikan yang telah kita buat. Hanya dengan menyusukan sambil memberi belaian kasih sayang terhadap anak itu sudah diberi ganjaran pahala, bukankah merupakan perkara mudah untuk dilakukan?

Ketahuilah wahai para wanita sekalian, pahala melahirkan anak sangat besar kerana sakitnya melahirkan itu adalah sakit yang kedua paling menyeksakan selepas sakit mati (ketika roh dicabut dari jasad). Oleh itu orang yang mati semasa bersalin, dan matinya pula dalam keadaan redha dan sabar maka ia mendapat pahala syahid. Mati syahid itu pula adalah menjadi idaman setiap orang Islam.
Anak demam dan meragam di tengah malam
Ketika orang lain tengah sedap tidur dan kita pula berjaga sebab anak meragam, sakit, merengek tengah malam, tetapi masih dapat bersabar dan ikhlas, maka beruntunglah kerana mencapai kemenangan di dunia dan di akhirat. Kemenangan di dunia sebab kita dapat melatih diri menjadi sabar, penyayang, pelembut sesuai dengan sifat kewanitaan, sedang menang di akhirat pula bakal mendapat tempat keredhaan Allah SWT.

1 ulasan:

QuLMinD berkata...

ws Anak Pendang Sekeluarga ;
boleh2..zauji pnh ke IPB masa bujang dulu.
insha allah nnt suh dia bg karkuzari kt blog tuan ;-)