Pengikut

Jumaat, Ogos 20, 2010

Hakikat Allah yg Beri Kefahaman, kita cuma usaha...

Bismillahirrahmanirrahim...

Erm,, sempat saya buka emel sebelum masuk tido malam tadi...saya pun memang dah lama melanggan / subscribe satu artikel mengenai pandangan seorang sahabat kita tentang jemaah Tabligh. Dalam emel yg saya dapat malam tadi tu dapatlah satu komen seorang hamba Allah mengenai jemaah yang buat usaha agama ni...

Saya nak komen utk terangkan pada beliau, saya bukanlah orang yg sepatutnya...pendek kata, tak mampu lagi kerana masih dalam usaha yang sedikit. Tapi amatlah bimbang sekiranya komen tersebut boleh mendatangkan fitnah bagi jemaah. So, saya harap sahabat-sahabat yang lebih 'arif atau dengan kata kampungnya "otai-otai kita" bolehlah menerangkan atau bantu saudara kita ini yang mungkin ingin mendalami dengan lebih lagi tentang usaha yang haq ini.


Di bawah ni saya sertakan komennya yang mana asalnya sahabat-sahabat boleh dapati dari laman : AL-BAKISTANI KE FIKRAH HAI

***************************************************************************
Menjana Kewangan Terpantas has left a new comment on the post "MENGAPA AKU MENINGGALKAN JEMAAH TABLIGH???":

Saya dah banyak kali perhatikan perangai org2 tabligh ni....

Satu masa tu.... di sebuah masjid di mana terdapat ramai JT. Lepas solat maghrib Tuan guru HJ Soleh Sik mula membaca kitab, saya dapati para jemaah tabligh pakat pakat keluar beramai ramai meninggalkan majlis pengajian....

Selepas peristiwa itu dan peristiwa2 seterusnya sudah banyak kali berlaku sedemikian.

Di kampong saya pun berlaku demikian.

Saya ingin bertanyakan kepada yg taksub tabligh ni. Kenapa sampai begitu. Bila time ustaz2 atau tok guru baca kitab, mereka meninggalkan majlis. adakah kerana hanya jemaah mereka saja yg betul atau apa ?

JT baru meninggalkan kg saya (3 hari). saya bertanyakan mereka tentang asas asas tabligh dan uslub tabligh....

bila bertanyakan tentang amar makruf nahi munkar. Mereka menyatakkan kami tiada "amar makruf nahi munkar" kami hanya menjalan "USAHA ATAS IMAN" DAN "USAHA AGAMA"

Apabila saya bertanyakan apa dia AGAMA ( WHAT IS 'ADDIN') .... dalam semua semua jamaah tu tak da seorang dapat jawab dengan baik. Mereka tak faham apa itu AGAMA dan tak tau nak tafsirkan "AGAMA"...

Ada yg cuba jawab tapi berbelit belit.. Apabila sya menyatakan macam mana ni.... nak dakwah sana sini dah berapa lama dah..... pengertian agama pun tak tau dan faham, mereka terus menyatakan yg saya mengondem mereka... saya tiada niat pun mengondem.

Mereka mengatakan yg tok guru pondok tak menjalankan usaha dakwah, hanya duduk di pondok dan buat amalan untuk diri sendiri shj. Org lain diabaikan. Kalau macam tu ... tok tok guru terpaksa meninggal mengajar ilmu ilmu dan keluar berdakwah.... sapa nak ganti tempat mereka.... pada hal anak murid tok guru ni beribu ribu.... ???????!!!!!!

Mereka juga mengajak saya keluar berdakwah. Pada hal kami (para jamaah masjid di kg) pun sedang memakmurkan masjid dan kampong kami. Kami sedang berusaha meramaikan para jamaah di masjid. Adakah ini tak dinamakan dakwah? Tiap tiap lepas maghrib saya akan mengajar anak qariah mengaji quran. Mereka menyatakan kami masih lagi tak menjalan usaha dakwah....... MASYA ALLAH...
Tak kan kami nak meninggalkan qariah kami yg masih belum sempurna pergi mendakwah org di qariah lain.
Saya betul betul betul tak faham dengan JT ni. Ada sorang tu (saya kenal dia dari tempat mana) di tempatnya pun masih tak terurus. Ramai org yg sangat jahil agama terdapat di kampongnya, dia pula datang bertabligh kat kampong saya...... nak tergelak laaaahhh.... lucu. 

 ***************************************************************************

Saya kira perlu utk bantu saudara kita ni. Moga Allah beri dia dan kita semua kefahaman yg haq. Insya Allah.
Wallahu a'lam.

*p/s : sekiranya artikel ini tidak wajar dikeluarkan, penulis mengalu-alukan sebarang teguran yg berhemah, insya Allah.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga allah bagi faham pada kedua2 golongan dan kita semua. bukan semua jemaah macam tu. jangan kerana beberapa orang, tabligh dipersalahkan. dalam jemaah ada orang baru, orang lama, yg alim dan jahil dll.

huzazi berkata...

Salam.
Berlapang dadalah dengan kepelbagaian. Tiada jamaah yang perfect. Sebaiknya semua bersifat lengkap-melengkapi. Benar... ahli2 yang jahil kadang2 mendatangkan fitnah pada jamaah. Kepada semua baik dari mana2 jamaah berilmulah anda.....

ahlia k.f.t. berkata...

salam,

pesan Maulana Saad adalah: perkara yg tidak baik sebaik-baiknya jangan diperkatakan kerana dengan kita memperkatakannya benda tu akan tersebar. Perkara baik (yakni agama) sekiranya diperkatakan akan tersebar. Sebab itu dalam bayan eldersts, mungkin jarang atau takde langsung kita dengar tentang keburukan umat dewasa ni disebut, sebab sekiranya diperkatakan ianya akan tersebar.

Arakian, entry kali ni eloklah diremove sebab akan menyebarkan keburukan tabligh, walaupun niatnya betul utk memperbetulkan salah faham.

wallahualam,
ahlia k.f.t.

Tanpa Nama berkata...

Salam
Kenapa nak remove? Bersikap terbuka lah. Jika tidak, nanti ada yang perasan dia perfect pulak, sehingga memandang rendah orang lain hatta orang alim, padahal diri jahil. Para sahabat pun terbuka untuk dikritik, kenapa tidak tabligh ?

Tanpa Nama berkata...

Jamaah tabligh tak salah. Semua maulana pengasas tabligh tidak mengajar begitu. Mereka hormat dan selalu meminta pandangan ulama' lain yang tak terlibat dengan tabligh. Tapi masalahnya tabligh dirosakkan oleh ahli2 yang tiada ilmu. Semangat mengatasi ilmu.

Tanpa Nama berkata...

Salam.
Saya setuju tu...
Rasul saw berkata siapa nak dunia mesti dengan ilmu. Siapa nak akhirat mesti dengan ilmu> Siapa nak dunia dan akhirat mesti dengan ilmu.
Bagaimana kita ?

penchacaiz berkata...

sdh lumrah zmn kerosakan umat, cungkil kekurangan org lain dan pampangkan kat seluruh manusia. perlukah?
korang yg dah taw tu (bajet faham) jumpe dan tegurlah dgn hikmah dan bijaksana dan lebih hikmah. sape ats muka bumi ni x wat silap. klu x nk silap Rasulullah saw je la wat dakwah sorang2, shbt x yah. jgn lah ade sifat tajastus (cari kesalahan org). tp, kesian la kat manusia yg x de ilmu utk beramal dan byk ilmu tp x dpt amal. kesalahan mesti dikecilkan...klu x puas hati jumpe face to face setel, klu rse diri hebat jmpe dgn yg sme hebat.jgn lak ko jmpe bdk rempit yg bru nk blajar2..(bru cara nabi..mujahadah), bkn ape takut melalui emel, blog, fb, foward2 ni timbul lak fitnah. jd, syor sy delete je entry ni.
lihat kebaikan org, tengok keburukan sendri. sekian, dpd pandangan manusia yg jahil dan daif.

Tanpa Nama berkata...

Salam.
Tuan penchacaiz kena sedarkan kebanyakan ahli jemaah yang jahil, tapi berlagak hebat tu. Mereka jadi penghijab tebal pada keindahan da'wah dan Islam. Sebab tu Islam bencikan sikap jumud dan beku, tak terbuka. Puncanya jahil. Keluasan ilmu akan menjadikan sesaorang sangat terbuka dan senantiasa boleh di tegur. Kita kata kita ikut Rasul saw dan sahabat, tapi kenapa dalam hal di tegur kita tak seperti sahabat r.anhum.

Tanpa Nama berkata...

geotorelxz best debt consolidation
credit consolidation
credit card debt consolidation

Unknown berkata...

Jemaah buat kerja ikut tertib, mesyuarat,usul.Contoh jika keluar dari masjid ketika majlis ilmu pergi kedai kopi (borak kosong) atau sebagainya adalah salah(tak ikut tertib).Kecuali keluar untuk jumpa orang bawa ke masjid.Apalagi jika sudah di mesyuarat kan lepas maghrib keluar jumpa si polan.(ahli jemaah ada juga yang siang sibuk keperluan,lepas maghrib saja dapat luangkan masa atau si polan yang nak di jumpa ada pada waktu itu saja)*Ini adalah penting mesyuarat tu.Di cadangkan tuan-tuan dapatlah duduk dalam mesyuarat harian jemaah tabligh untuk tau cara mereka buat kerja.Ada tak kena,bagi syor terbaik*contoh:-"lepas maghrib ada ustaz mengajar lah tuan,syor bagi masa lepas Isyak jumpa si polan maka keputusan akan di putuskan(yang diri sendiri kena terlibat dalam usaha ni)tidak hanya kritik saja tanpa buat kerja.Kritik berserta siap sambut kerja yang di bentangkan barulah betul.Jadi,ini baru sedikit tentang tertib(sikit sahaja) dan sedikit sangat dari mesyuarat.Usul tak masuk lagi.Ini pun tertib,mesyuarat,usul tidaklah jawapan sebenarnya.Masih ada lagi perkara-perkara lain dalam usaha tabligh yang perlu di huraikan yang setiap darinya ada kaitan antara satu sama lain.Apa yang boleh di katakan keluarlah 4 bulan,40 hari,3 hari.Buat usaha di tempat sendiri(5 amal masjid),(5 amal rumah)*amal rumah ni usaha atas keluarga sendiri.Insya Allah sedikit faham Allah akan beri kepada tuan.Namun hakikatnya semakin lama tuan buat usaha tuan akan rasa semakin tak faham walaupun dah banyak yang di ketahui(inilah sepatutnya rasa itu)*tak boleh rasa dah tau semua.Kerja di buat kerana "ini tanggungjawab saya".*hamba Allah,umat nabi.Iman saya,amal saya,saudara saya(satu kalimah),akhirat saya,(dunia sementara),dakwah saya(mendatangi manusia)akhlak saya,ibadat saya,akhir kalam saya ...insya Allah azam tuan 4 bulan,40hari,3 hari...