Pengikut

Isnin, Ogos 16, 2010

Khabaran dariku...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt.

Lama sudah tak jenguk blog. Jenguk pun tak, apatah lagi nk post artikel. Masa tak mengizinkan.

Kali ni nak cerita apa? Saja nak share khabar. Tu je. Maklumla lame dah tak share idea2 kat sini. Beku jek idea nih sampai terabai blogku nih.


JEJAK MALAYSIA.
Semenjak sampai ke Malaysia 2 Ogos 2010 haritu sampailah saat ni memang tak berpeluang nak ngadap ruang blog lama2...rindu plak rasanya. Yang penting saat ni ak kembali. Untuk berkongsi rasa.

Alhamdulillah pada jam 9.30am 2 Ogos 2010 seperti yang dirancangkan dalam jadual penerbangan, ak dan sahabat2 telah sampai kaki menjejak Malaysia tanah air tercinta utk tujuan bercuti setelah hampir baru setahun menyulam pengalaman di bumi Mesir.

Turun saja dari flight seakan tak percaya, masih lagi berpeluang menghirup udara segar bumi Malaysia. Kami terus ke ruang ambil bagasi dan menunggu sehingga sampai mengutip semua barang2 kami yang baru keluar dari kargo flight. Lama. Hampir sejam. Selesai tepat jam 10am lebih kami terus ke ruang arrival. Tak sabar nak tatap wajah family yang dah lama tak bersua. Rindu yang teramat. Seorang perseorang sahabat2ku telah bertemu dgn keluarga. Ak masih lagi menunggu keluarga yang tak juga muncul2. Malu pun ada. Terasa janggal pun ada. Janggal menapak di bumi sendiri. Janggal juga dengan penampilan berniqab utk kali kedua di KLIA. Kali pertamanya ak berniqab semasa di KLIA utk meninggalkan family tercinta dan terbang ke Mesir utk menyambung pengajian. Segala-galanya tak seperti keadaan di Mesir. Teringat dialogku bersama teman sementelah kami terlepas cakap. Di Malaysia bukan mcm kt Mesir. Kita boleh cakap apa sahaja sebab org takkan faham apa yg kita sedang perkatakan. Hampir tidak biasa kami utk menjaga percakapan memandangkan di sini (Malaysia) semuanya akan faham apa yg kita cakapkan. Lainlah jika kita bertutur dalam bahasa Arab 'Ammiah mcm kt Mesir tu. Kalau ada org faham pun mungkin ustaz-ustaz yg sama penerbangan sama dgn kami yg juga pulang ke Malaysia utk bercuti.

Teman saya dah pun bertemu dgn keluarga. Ahah! mcm sedih plak tak jumpa lagi keluarga ak. Ak bernasib baik kerana abg temanku berbudi meminjamkan telefonnya utk ak hubungi keluarga. Ak tahu keluargaku sudah berada di KLIA tp cuma mrk tak pasti ak akan selesai urusan bagasi tu berapa lama.

Tak lama kemudian ak terlihat kereta Unser yang seakan ku kenal. Ya. Familyku sudah tiba. Hah! Gembira terpancar di wajah masing-masing familyku.  Gembira setelah sekian lama tidak bertemu. Bertemu dan berpisah kerana Allah, hati tidakkan gelisah. Alhamdulilah.


PENGALAMAN.
Tidak sabar rasanya utk pulang ke rumah. Rindu utk melihat rumahku syurgaku...eh, ye ker? Dalam perjalanan, ak saja yg berceloteh. Menceritakan pengalaman. Meneroka perbezaan antara bumi Mesir dan Malaysia. Antara yang ak amat teruja utk cerita dgn family adalah tentang jalan raya Malaysia-Mesir amat berbeza. Jika di Mesir jalan raya sibuk dan bising dengan bunyi hon kenderaan. Memang adatnya begitu. Org bunyikan hon utk dia beritahu org lain yg dia nak jalan. Sebab tu jalan raya kat Mesir yg asalnya ada tiga line boleh jadi 4 hingga lima line. Sape nk jalan, maka dia kene lah bunyikan hon. Sebab tu bising hon sana dan hon sini. Tapi tu sume pengalaman yang tak pernah kita dapat. Lepas ni mesti rindu suasana mcm tu. Cara org arab Mesir memandu pun kita akan rasa gerun bila kita lihat. Automatik kita boleh katakan tempat org arab Mesir ni memandu adalah di litar F1 di Sepang sana tuh. Tapi istimewanya mereka ni, even dorg drive mcm nak maut sekalipun, jarang-jarang berlaku kemalangan. Sebab mereka amat cekap! Cekap mengelak, cekap memotong, cekap dalam segala hal pun boleh dikatakan. Kerana semuanya manual.

Itulah antara keadaan Mesir yg ak kagum amat berbeza dgn Malaysia. Selapas satu, satu ak cerita pd family. Ak je yg bercakap. Mereka dengar je. Sabar betul. Umi memang maklum yang anak perempuannya ni memang sentiasa banyak cakap.hehehe...apa je keadaan yg ak tak bercakap? Tunggu masa ak tido lah. Baru senyap. Atau bila ak sedang memikirkan sesuatu. Atau bila ak dengan dunia ak sendiri...heheh, berangan! Ya, ak memang kuat berangan jugak.

Sampai dah rasa letih, baru ak stop bercerita. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam setengah utk sampai ke rumah. Rindu ya amat! Sampai tak perasan perut lapar tak makan lagi. Kami mencari masjid utk bersolat dan tempat makan yg kami beli dari kedai unik bagi ak tadi. Kenapa unik? Memang unik sangat sebab kedai makan yg kami pilih td utk beli makanan adalah kedai yang mana pekerja2nya sume org kerdil. Comel sangat! Tapi yg bestnya kedai ni ramai org makan n beli kt sini. Mungkin sedap sgt kut. Ada kurang, ada lebihnya mereka ni. 

Ak tersenyum tgk gelagat adik bongsuku. Ahmad Khalil Hasbi. Umurnya baru 2 tahun. Cerdiknya Masya Allah! Dia pergi kt seorg pelayan kerdil ni, dengan tak semena-mena dia usik bahu org kerdil tu yg tingginya lebih kurang adikku itu. Org tu senyum je. Dan dia layan adik ak ok je. Maybe dia fahamla, budak2 kan... Ak nak tergelak pun ade jgk. Tapi ak tahan, agar tak terasalah org tu. Risau jgk terlepas. Ak bukan nk gelak sbb apa, Geli hati tgk gelagat adik ak. heheh! Dahla ak selalu rindu nak tgk dia masa ak kt Mesir haritu. Balik-balik ni plak tup2 dia tunjukkan aksi yg melucukan depan ak. Lagila ak geram. huhu...

Selesai makan, solat dan sebagainya kami meneruskan perjalanan utk sampai ke rumah.


CINCIN PUAKA ;P
Alhamdulillah. Rindu nak jejak rumah pun hilang bila nampak rumah dah ada depan mata. Sampai dah...Alhamdulilah.

Sampai-sampai je ak terus duduk dan baring sekejap utk hilangkan rasa penat setelah 3jam + 9 jam duduk dalam flight bagai nak patah pinggang rasanya. Lega dah sampai rumah.

Teringat ak pd suatu perkara. ahah! Cincin puaka tunang yg ak tak pernah lihat lagi semenjak diri ni dah diserahkan ikatan perjanjian dgn seorg yg bernama Encik Tunang.hihi Tak sangka. Balik je Malaysia ak bawa status sebagai tunangan org rupanya. Jika dulu ak meninggalkan Malaysia dgn status single, kini bergelar tunangan org. Ak minta adik ak keluarkan cincin puaka tunang utk ak cuba muat ke tak. Sbb ibu (bakal mak bertua) main agak je masa beli cincin tu.

Eden pon toraiii...waaa,,ALHAMDULILLAH muat. Syukur. Gembira. Teruja. Semuanya ada. Terus bg mesej pada tunang. Kali pertamanya tunang call ak. Malu pun ade. Kami tak banyak cakap pun. Ak pun letih. Memang tak terlayan lah. sorry ye...

Seakan tak percaya. Kini bergelar tunang org. Menunggu masa je utk bergelar ISTERI pulak. Allahhh... Segalanya pantas berlalu. Lain yg kami rancang asalnya, lain plak yg berlaku. Itulah aturan Allah. Sentiasa lebih baik dari hambaNya. Kami terima dengan redha.


PROSEDUR NIKAH.
Alhamdulillah, Sehingga saat ini ak juga telah menjalankan prosedur-prosedur utk proses nikah ni. Ni pun antara salah satu perkara yang buatkan ak takde masa nak berjam-jam depan laptop mengadap blog mcm ni.

Harini je ak dah selesai ikuti kursus pra-perkahwinan di sebelah bangunan Tabung Haji di Bahau. Sabar jugak la join kursus ni. Makumla, kita duduk dengar je tadah telinga selama dari jam 8am hingga 4.30pm selama dua hari ni. Akhirnya kami dibekalkan sijil. Sijil kursus ni merupakan salah satu item yg wajib jugak kerana sijil ni perlu disertakan dgn borang permohonan pernikahan. Ak kira pembaca sume maklum dah proses ni.

Borang permohonan pernikahan ak dah siap isi. Cuma tunggu salinan ic tunang a.k.a bakal suami dan surat kebenaran berkahwin yg Encik Tunang postkan. Mungkin esok sampai. Hari bekerja. Hari ni hari cuti. Tunggu je lah.


REZEKI AYAH UMI.
Ujian saringan HIV pun ak dah jalani. Alhamdulillah negatif. Ak p buat ujian dgn along (abgku yg sulung). Beliau pun bakal menikah juga. Alhamdulillah tahun ni rezeki ayah umi berkat. Dapat orang baru. Dua menantu dan seorang cucu. Insya Allah. Abg yg kedua kami panggil angah bakal menjadi ayah tak lama lagi. Insya Allah bulan 11 dijangka kakngah will give-birth. Ceria riang gembira je muka ayah umi. heheh! Alhamdulillah, syukur yek.

Ni mcm nk cerita proses menikah jek...heheh! xpe, sekadar perkongsian dgn sahabat2.


WEDDING INVITATION CARD.
Pasal wedding invitation card plak alhamdulillah jugak maklong dan paklong sudi utk incharge. Sekarang mungkin dah siap print. tunggu nak post kpd kengkawan jek and send to sedara mara yg berada di pelbagai pelosok negeri.heheh! 4 negeri jek...Kuala Lumpur, Negeri Sembilan ni sendiri, Melaka dan Pahang.


PERANTIN 3 IN 1 =)
Insya Allah seperti yg kami (hamba Allah yg lemah ni) rancangkan, pada hari majlis walimahku nanti akan dilakukan majlis serentak bersama 2 pengantin lain iaitu alongku dan paksu (adik bongsu umi. Utk mereka, walimah sebelah lelaki.

Nak ceritakan kisah pertunangan along dan paksu. Dah Allah katakan jodoh, itulah takdir namanya. iya kan?...

Pada hari Sabtu dua minggu lepas berlaku hari pertunangan serentak along dan paksu. Sebelah pagi, along. Sebelah petang, paksu. Alhamdulillah la tunang masing-masing org Negeri Sembilan jugak. Senang kerja. heheh! Along dgn org kampung sebelah ni je dan paksu dgn org Seremban. Nak dikatakan jodoh juga rupa-rupanya dua-dua tunang ni ada ikatan saudara dgn kami. Tunang along sdara sebelah ayah, tunang paksu sdara sebelah umi. Aihh,,memang ideal lah tu Insya Allah. Cuma ak dgn Encik Tunang je Insya Allah setakat ni yg kami tahu kami takde ikatan saudara melainkan bakal menjadi saudara dekat itu mungkin. Memandangkan Encik Tunang merupakan org Johor, so kami takde lah mana2 sdara di Johor setakat ni.


WALIMAH
Insya Allah dijangka ak akan melangsungkan akad pada ptg Jumaat lepas Asar 15 Syawal 1431H bersamaan 24 September 2010. Pada esok harinya iaitu pada hari Sabtu 16 Syawal 1431H bersamaan 25 Septembernya akan diadakan walimah utk Pengantin 3 in 1... Insya Allah.


DOAKAN KAMI.
Mohon doanya dari kalian agar semua yg dirancangkan akan berjalan dengan berjaya dan lancar.

Mohon doa juga agar hubungan yang bakal kami bina ni dapat disemai dgn Mawaddah wa Rahmah.

Allah, kekalkanlah kami...

Allah, bahagiakanlah kami...

Allah, redhailah hub ini...

Jadikan rumahtangga yg bakal kami bina ini asbab titian menuju ke JannahMu...

Jadikan juga keluarga yang bakal terbina ni penyejuk mata kami...

Kami lemah ya Allah, tunjukilah kami...pimpinlah kami...

Amin, amin, ya Rabbal 'Alamin!

*************************************************************
-saya sertakan kad jemputan bagi sahabat2 sume. Nanti saya update lagi Insya Allah utk Wedding Invitation Card ni dengan masukkan map utk ke rumah pengantin plak. Jemput hadir Insya Allah.

3 ulasan:

Ahmad Nordinie berkata...

Mabruk2..
smoga perkahwinan kekal ke akhir hayat dan berkekalan terus lah ke akhirat hendaknye..
amiin
:D

Hafizi Tajuddin berkata...

mabruk..
barakallahu lakuma..
wa baraka alaikuma..
tp kitrg dak thn last ni xdapek la dtg sbb nak tgu konvo=)doakan y terbaik u korg..cite la lg

jannahamani berkata...

mabruk wa barakallahu lakuma wa a'laikuma wa jama'a baina kuma fil khair.... smga wlimah bjln dgn lncr... dan hdup kkl bhgia hnga ke syurga... amiin... salam ramadhan dan mnunaikn ibdh puasa dr perantauan...