Pengikut

Rabu, Mei 25, 2011

...kembali menulis...

Ku mulai dengan kalam "Bismillah" moga ada keberkatannya.

Sungguh lama tak menjengah blog ni apalagi menulisnya..kekangan masa yg begitu menyempit sekali. Semenjak mendirikan rumahtangga tak pernah berkesempatan utk update blog...sehingga kini aku sudah bergelar seorang isteri kepada seorang jejaka pilihan Allah utk melayari bahtera hidup bersama. Moga berkekalan jua hendaknya..Amin! :-)

Saat entri ini ditulis, aku baru memasuki tahun tiga. Tahun ini bakalan terjadi saat2 yg mendebarkan seperti yg dilalui kakak2 tahun tiga sebelumnya.."EXAM FINAL YEAR!!". kene buat betul2..belajar bukan kerana exam,tapi kerana Allah..insha Allah-pesanan utk diri. :-)

Juga sebelum aku bakal menduduki EXAM besar tahun ini, bakal juga melahirkan putera@puteri sulung (tak pasti lagi jantinanya) utk menambah lagi keceriaan hati abi dan umminya ni. Jangkanya pada 8 Okt 2011.Tak sangka Ummu Hani mmg benar2 bakal bergelar seorang "ummi".-insha Allah. Hubby selalu tanya, dah sedia ke nak jadi ummi? Hati ni kadangkala berdebar juga utk memberi jawapan yg pasti. Sebab kita bukan tahu apa yg bakal terjadi. Nak tumpu study lagi, menguruskan tanggungjawab sebagai suri lagi...masya Allah..Moga diberiNya kekuatan.Tawakkal je bekalannya kerana masakan Allah tu nak bagi pada kita tanggugjawab sebesar ini jika mmg Allah tahu kita mampu memikulnya..Allah akan aturkan perjalanan yg terbaik pada masa itu nanti.

Semenjak balik ke Mesir ni tak pernah lagi aku membuat kasyfu mutab'ah dengan doktorah bagi mengetahui keadaan anakku yang sudah 5 bulan dalam kandungan. Inipun dek kerana kekangan masa dan keadaan yg tidak mengizinkan. Balik je ke Mesir selepas muzoharat haritu terus kalut duk fikir pasal exam. Sekarang ni exam dah pun habis, nak tumpu study plak utk madah2 tahun 3. Haritu masa di Malaysia ada jugak buat kasyfu mutab'ah dengan klinik kerajaan. Kali terakhir aku buat appoinment dgn doktor,aku sepakat dgn hubby utk buat ultrasound scan.saje nak tau macam mana kedaan baby dalam perut. Masa tu baru 15 minggu kalau tak silap. Jumpa doktor masa tu dapat pulak doktor laki. Hubby dah decide dah kalau doktornye laki,kite cancel..alamak terkilan plak rasanya.Aku cuba request doktor perempuan utk wat scan, alhamdulillah Allah mudahkan. Dapat doktor india perempuan.Jadilaa..Hepi sungguh dapat tengok baby. Sihat plak tu,alhamdulillah. Jantung kecik dia berdegup-degup gitu.Nampak jelas je.Rindu nak tengok lagi anak umi ni dalam perut. Setiap kali rindu je mesti aku belek gambar scan yang doktor bagi.

 Sekarang dah jam 6.30 petang kat Mesir ni. Nak masak pun tak masak2 lagi..taktau nak wat masak apa.Duduk sorang2.Kalau ada hubby ligat sket kepala ni mikir nak masak apa. Hubby pergi kelas nahu.Lepas habis dia blajar nahu tu nanti dia terus ke Tir'ah katanya..harini hari ghast kedua dia.Balik pulak malam.Lepas isyak..Lepas isyak tu pun tak tentu..kadang lewat.ye la,ada la tu yg dimesyuaratkan dengan karkun Mansurah ni mungkin.

Oklah, "sudah kedengaran azan berkumandang di masjid berdekatan". Menunjukkan maghrib sudah masuk waktu.Teringat pulak ayat kak Umu (Ahlia Ishak) dulu masa pernah chat dgn dia.-credit to kak umu sbb sudi datang nusrah jemah di rumah Hani kt Malaysia haritu yek ;-)



رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

2 ulasan:

umu6point berkata...

Assalamualaikum Hani.. :)
Alhamdulillah..kembali juga. Ingatkan dah x mau menulis..hehee
Amboi, dia dah tengok gambar baby ye.. Akak plak selalu pegang perut anggarkan, agak2 baby dah besar mane..> kes x sabar nak baby membesar dan keluar berkenalan dengan abi dan ummi nye ni..hihii

Semoga hani kuat menempuh hari2 yang mendatang. Besar tu pikul tanggungjawab yang banyak dalam satu2 masa :)

مسافر اسلام berkata...

Assalammualaikom wtb. Semoga berjaya.