Pengikut

Rabu, Mac 03, 2010

...Bismillahirrahmanirrahim...

 
Gambar di bawah ini diambil ketika sheikh kami tiada dlm kelas.
Memang niat nak ambil gambar ni dan 'credit'kan dlm blog.
Bukan senang ape nak ambil gambar sheikh.
tak dapat ambil gambar sheikh,
bukunya pun jadilah.
Sheikh kami sorg yg sangat tertib
Kami sendiri amat kagum dgn setiap tindakan beliau.
Alhamdulillah kami Allah kurniakan masyaikh2 yg hebat2.
Hebat dengan ilmu dan hikmah.

Aku selalu dipesan oleh diri :
"jika kita muliakan ilmu, insyallah pada masa kita rasa sunyi, ilmu akan menemani kita sehingga kita rasa seolah2 kita seperti dihargai oleh semua makhluk yg lain. Inilah adab berilmu dgn ilmu."


Ini pula sebahagian dari matan yang perlu kami hafal
Mula2 nak hafal matan ni punya la payah.
Bak kata ust Imran :
"...macam nk baco jampi serapah..."

Tapi ini lah keistimewaan ilmu qiraat yg aku pelajari.
Banyak hikmah yg aku boleh adaptasikan dgn kehidupan.
"...sesuatu yg sukar dan payah jika disulami dgn sabar, sangka baik, dan redha, kelak kita akan peroleh natijahnya yg manis lebih manis dari 'asal (madu)."

Begitu jugak kehidupan
jika aku ada di persimpangan, apa blh aku buat?
mengeluh?
putus asa?
Itu semua sikap syaitan.
kita diajar supaya tidak bersikap negatif apabila berhadapan dgn ujian.

Hadapi ujian dgn tenang.
Kerana Allah itu Tenang,
Menyukai org yg bertenang.

Apabila kita hadapi masalah dgn tenang,
kita dapat sifat sabar.
Bila kita bersabar,
kita takkan mudah berputus asa.
Kerana kita yakin dgn janji-Nya.

"...ada hikmah di sebalik setiap kejadian..."


Ni plak sebahagian matan (bait syair) yg aku kena hafal utk hari ni.
(kolum yg aku dah gariskan)

Macam ni la cara aku hafal matan, dan buat nota.
Conteng-conteng je.
tu yg tanda bulat maknanya utk imam atau rawi.
(senang nk kenal)
Kalau yg dlm kurungan tu plak aku tandakan utk kalimah yg dibincangkan.

Macam best je nak kongsi ape yg aku blajar kt sini.
Contohla kan...
mcm dlm matan yg korang nampak tu, 
 kalimah (albirru an) 
dlm surah Baqarah, ayat 177
Imam qurra' iaitu Hamzah dgn rumus (fa)
dan Imam Hafs dgn rumus ('ain)
mereka ni akan baca dgn huruf ra' berbaris atas (fathah)
bunyinya = albirra an (mcm yg tertulis dlm mashaf yg ada kt tgn kita).
ayat : (laisal birra an tuallu wujuuhakum...)
Manakala baki Imam2 yg lain,
mereka akan baca dgn huruf berbaris depan (dhommah).
Bunyinya : (laisal birru an tuallu wujuuhakum...)

Itulah sebahagian contoh apa yg aku belajar di Maahad ye.
Apa yg aku ceritakan kt sini jugak utk tatapan keluarga aku di Malaysia.
Mudah-mudahan ilmu yg aku sampaikan kt sini juga mampu utk tathabbut dlm pikiran aku.
Amin.
Kita jumpa lagi di lain entri ya.
Bi iznillah.
 #######################O#######################

3 ulasan:

ismadiyusuf berkata...

bestnya...Alhamdulillah, Allah bagi nikmat tentang ilmu, pegang, amal dan sebarkan...

QuLMinD berkata...

Syukru lillah...ya,mmg indah jika rezeki kita Allah kurniakan dpt hidup dgn ilmu. Mudah2an dgn ilmu2 ni aku mampu utk terus bertapak dlm medan dakwah ilallah. Mudah2an juga Allah kurniakan aku kesempatan utk terus hidup dgn ilmu, mati dgn ilmu, amin!

fItRiNa berkata...

masyaAllah... seronoknye... mdh2an sudi lg berkongsi ilmu yg dipelajari kt sne ye... suke tgk... :)