Pengikut

Rabu, Jun 22, 2011

SUSU IBU : Setiap Sedutan Satu Kebajikan...

 Rasulullah SAW bersabda:

Seseorang wanita yang redha mengandungkan bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya redha pula kepadanya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sebagaimana pahala puasa fisabilillah. Bila ia merasa sakit ketika bersalin, maka Allah tambah lagi pahala yang tidak terkira oleh manusia disebabkan terlalu banyaknya. Bila telah melahirkan anak dan ia menyusukannya dengan susunya sendiri, maka setiap teguk (satu sedutan) Allah berikan satu kebajikan. Bila ia semalaman tidak tidur kerana mengawasi (menjaga) anaknya yang sering menangis kerana sakit dan sebagainya, maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam fisabilillah dengan ikhlas.
-(Riwayat At – Tabrani)


 Yakinlah akan janji Allah, wanita yang sabar dan redha ketika mengandung dengan ujian alahan, pening, muntah, loya, dan sebagainya, dan tidak merungut-rungut  apa lagi marah-marah atau bersumpah untuk tidak akan mahu mengandung lagi, maka mereka akan mendapat pahala puasa fisabilillah.

Semua ujian yang diberikan ini adalah untuk menghapuskan dosa-dosa yang lalu atau untuk meninggikan darjat di sisi Allah. Bila mengingatkan tentang kelebihan ini maka akan mudahlah untuk melalui masa yang begitu lama sebelum kelahiran iaitu Sembilan bulan 10 hari.
Anak yang dilahirkan dan disusukan pula dengan susu badan, sesungguhnya setiap sedutan anak yang menyusu itu Allah akan tulis satu kebajikan yang telah kita buat. Hanya dengan menyusukan sambil memberi belaian kasih sayang terhadap anak itu sudah diberi ganjaran pahala, bukankah merupakan perkara mudah untuk dilakukan?

Ketahuilah wahai para wanita sekalian, pahala melahirkan anak sangat besar kerana sakitnya melahirkan itu adalah sakit yang kedua paling menyeksakan selepas sakit mati (ketika roh dicabut dari jasad). Oleh itu orang yang mati semasa bersalin, dan matinya pula dalam keadaan redha dan sabar maka ia mendapat pahala syahid. Mati syahid itu pula adalah menjadi idaman setiap orang Islam.
Anak demam dan meragam di tengah malam
Ketika orang lain tengah sedap tidur dan kita pula berjaga sebab anak meragam, sakit, merengek tengah malam, tetapi masih dapat bersabar dan ikhlas, maka beruntunglah kerana mencapai kemenangan di dunia dan di akhirat. Kemenangan di dunia sebab kita dapat melatih diri menjadi sabar, penyayang, pelembut sesuai dengan sifat kewanitaan, sedang menang di akhirat pula bakal mendapat tempat keredhaan Allah SWT.

Jumaat, Jun 10, 2011

Teruja tengok reaksi baby dlm perut ni gerak2... =)

Bismillahirrahmanirrahim...

Amboi seronok tengok blog hubby makin cantik di make-up nye..hm,,moga-moga iman dan amalnya pun begitu ye bang..hehe
Kite pun rasa mcm nak 'make-up' jgk ruangan entri kali ni. :-p

erk..jangan main bola dlm perut umi ye..hehe. Bak kata hubby,baby tgh main basikal..huhu..ngeri..


Harini hari jumaat.
Sebelum solat Jumaat, janjinya hubby dgn sahabat dia utk muzakarah kitab hikam kat rumah kami.
Sementara tunggu hubby muzakarahkan kitab Hikam dengan sahabat dia, saya tunggu dalam bilik.
Sebabnya hubby dgn sahabat dia nak muzakarah kat ruang tamu.
Hmm, nak ke mana-mana pun tak boleh, kene la tunggu dia habiskan muzakarahnya dulu.
Sambil tunggu dalam bilik, bosan pulak duduk saja-saja.
Saya ambil lah satu buku utk baca.
Buku tu mulanya saya baca dalam hati je.
Pastu tiba-tiba rasa mcm nak baca kuat sikit untuk bagi anak dalam perut ni dengar.
Baik juga sebab pasal kebesaran Allah sampailah masuk kisah para nabi yang Allah utuskan utk berdakwah pada umat mereka.
Siap dengan dalil al-Quran nya lagi.
Masa tengah duk khusyuk baca kisah nabi Saleh diutuskan kepada kaumnya, tiba-tiba rasa mcm perut ni bergegar beberapa saat setiap kali.
Huhu..sangat-sangat teruja.
Anak dalam perut ni bagi reaksi pada kisah nabi yang dibaca...Allahu Akbar!
Rasa mcm nak panggil je hubby utk tgk sama.
Tapi saya sabar je dulu. Tgk je la reaksi anak tu sorang diri...

Akhirnya saya terhenti dari baca kisah nabi tu sebab ghalit duk nengok baby dlm perut ni gerak-gerak.hehe..
Selalunya memang ada rasa dia gerak tapi tak pernah pulak nampak seaktif harini.
Mungkin berkat hari Jumaat. Juga mungkin dia sedang menerima apa yg dia dengar.
Syukur sangat anak umi ni dalam perut lagi dah tunjukkan suka pada agama.
Moganya dah besar nanti jadi Daie di Jalan Allah ye sayang..
Moga lebih ahsan dari umi dgn abi ye..

Tadi hubby masuk bilik.
Katanya dah nak pergi dah utk solat Jumaat.
Saya pun btau la yang anak tadi duk gerak-gerak.hehe..dia pun teruja.
Katanya anak dalam tu duk naik basikal..alahaii,,pulak dah..huhu..
Lepas bangun tidur pagi tadi lagi dia dah rasa dah kat perut ni yg anak tu duk gerak-gerak.
Cuma baby ni makin aktif pulak dia lepas dibaca kisah nabi tu.

Lepas Jumaat ni mcm biasa lah hubby akan terus ke Sandub utk talaqqi kitab Hikam bersama sheikh pulak.
Nanti talaqqi sampai asar.
Lepas tu akan terus ke Salam pulak ke rumah sahabat dia Ust Khairi utk sesi pembelajaran Nahu.
Sampailah lebih kurang sebelum maghrib agaknya.
Lepas maghrib pulak dia akan ke Talkha dgn sahabat-sahabat karkun Mansurah ni utk talaqqi kitab hadis dengan salah sorg sheikh yang juga biasa dengan usaha tabligh ni.
Kata hubby dulu sheikh ni pernah belajar di Pakistan utk belajar hadis.
Masa talaqqi minggu lepas kata hubby dia siap tasykil lagi murid-murid yang talaqqi dgn dia utk bagi masa khuruj 3 hari, 40 hari dan sebagainya.

Sekarang ni tinggallah saya sorang-sorang kat rumah ni. Bertemankan baby dalam perut ni..
Hmm..kalau hari-hari biasa lain saya akan ke kelas, tinggal hubby sorang-sorang kat rumah.
Dan akan menjadi rutin mingguannya pulak setiap hari Jumaat akan tinggallah saya seorang diri kat rumah ni.
Orang perempuan ni biasanya nak kan teman utk bercakap.
Alhamdulillah line internet pun harini tak demam, jadi ada juga lah tempat utk saya melepaskan kata..hehe.
Kalau tak tu, kat Mesir ni hari Jumaat lah macam2 masalah berlaku.
Air takde lah..tiba-tiba tak naik..
Internet tiba-tiba tak syaghol..hmm..
Boleh mati kutu dibuatnya kat rumah ni.
Tapi tu sumenye asbab ye..
Ada ke takde ke sume tu tak jugak boleh datangkan manfaat atau mudharat.
Yang datangkan manfaat mudharat hanyalah Allah SWT.

ehm2..tengah bentuk fikir ni.
hehe..Doakan ye bulan Julai ni insha allah ada ijtimak utk pelajar2 wafidin (foreigner) di Markaz wafidin kat Kaherah.
Mudah2an Allah izinkan saya dan suami utk keluar masturat lepas ijtimak tu nanti.
Mulanya hubby je yg kata dia nak keluar.
Bila difikir-fikir balik saya pun rasa mcm nak keluar jugak.
Nak ambil peluang sebelum bersalin ni nanti.
Dah ada anak nanti kene tunggu lepas 2 tahun dan bercerai susu baru boleh keluar masturat.
Lama nye lah nak tunggu.. :'(

Rasanya itu je kut yang nak dikongsi utk entri kali ni.
Akan datang saya tulis lagi insha allah manfaat apa yg saya dapat dari buku yg saya baca utk baby tadi.
Moga semua beroleh hidayah Allah insha allah.

************************************

اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ وَاشْفِهِ وَأنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا.

Ya Allah,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku  dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawar-Mu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.


اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ.

Ya Allah,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.


اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا.

Ya Allah, zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .


اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً.

Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim dan beramal .


اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خَلْقَهُ وَأفْصِحْ لِسَانَهُ وَأحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ .

Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan, sihatkanlah tubuh badannya, dan indahkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w.


   وَالْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ.

Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Rabu, Jun 01, 2011

Pahala Terakhir Seorang Isteri

( Selamat Membaca..:).
Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan.

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yangtelah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.Untuk pengetahuan semua, dikalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami.

 
Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan. Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.
 
Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.
 
Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan
kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap
suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata untuk melayan Adam dan
menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa.

 
Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong - menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.
 
Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan
Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja.
 

Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan. Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. 
 
Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang
berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut dipinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. 

 
Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak
melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

 
Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
 
Sabda Rasulullah s.a.w, 
"Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,tiada seorang
suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,tiba-tiba di tolak
oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu,
hingga dimaafkan oleh suaminya."

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan  bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya.

Itulah harapan saya .semoga Allah perkenankannya. ****

Nota:
Seperti yang pernah disarankan oleh Dr Fadhilah Kamsah.. pohon la
kemaafan kepada suami sebelum tidur... maafkan juga mereka2 yang ada kaitan dengan kita sebelum kita tidur.. kerna kita tak tau.. apakah esok kita masih boleh bangun or.. macam dalam kesah ni.. :)...