Pengikut

Jumaat, Julai 30, 2010

Jenazah istimewa...

Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia. Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.

Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama. 

Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar
Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.

cid:002001caf0eb$81c6ca30$0c0010ac@RuhaizahPC

Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.

Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!

Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.
Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat! 

Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita. 
 
Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah! 
 
Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam 'freezer' (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.
 
Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.
 
Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.
 
"Nampak macam no hospital nie", getus hati ustaz M.
 
"Hello, ustaz M ye?"... satu suara bertanya.
 
"Ya, ustaz M bercakap".
 
"Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?", sang suara meminta kepastian.
 
"Imam...imam. ....yanng mana satu....ermm. .oh...ya. .ya..ingat. .ingat... ", ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.
 
"Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?", beritahu sang suara ringkas.
 
"Ok..ok..., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ",
balas ustaz M.

 
Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari 'pending'. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.
 
Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah 'prosedur' yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar.
 
Bismillahir Rohmaanir Rohiim...... Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik 'stretcher ' peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan. ..
 
Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?
 
Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling.
 
Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku...terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan "ALLAH"!
 
Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.
 
Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan?....
 
Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.
 
Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya.
 
Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.
jenazah

MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT
Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.
 
Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu lain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.
 
Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita.
 
Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari
Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan
sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.

 
Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.
 
Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, "Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa..... ......... ......... .". Tiba-tiba imam ini terdiam....
 
Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya.
 
Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu' nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.
 
Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.
 
Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf
hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh
diucapkan selepas itu melainkan, "Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun..." .

 
Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini.
 
Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi...dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia....Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan...
 
Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.
 
Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?... .
 
Ya, badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M...
 
Subhanallah!
 
Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ;
"Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka
muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok
melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah...Ya Allah..Ya
Allah....... ......"

 
Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa
ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!

 
SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!
 
Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!
 
Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.
 
Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.
Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi
kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.
 
Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh
amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.

 
Wallahua'lam.
 
"Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam" yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut:  
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".

 
 **Penulis memperpanjangkan artikel ini dari sahabat remajamasjid@yahoogroups.com utk bacaan bersama.

Sabtu, Julai 24, 2010

Kepulangan perantau warga emas

Mengembara ke luar negara ketika berusia 19 tahun pada tahun 1953 demi menuntut ilmu, kini, Ahmadan Affandi Mustafa, 85, kembali ke tanah air buat kali pertama.

KETIBAAN Ahmadan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut oleh sanak saudara dan rakan-rakan.


BAGAI sirih pulang ke gagang. Selepas hampir lima dekad tidak pernah menjejakkan kaki di Malaysia, seorang warga emas Ahmadan Affandi Mustafa, 85, akhirnya pulang ke tanah air setelah terbuka hatinya untuk kembali ke pangkuan keluarga.
Dia yang membuat penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini disambut dengan penuh kesyukuran terutama oleh ahli keluarga dan sanak saudara.
Sebaik sahaja sampai di Malaysia, dia yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mat, memberitahu, hatinya terbuka untuk pulang ke tanah air bagi menghabiskan sisa hidup di samping ahli keluarga.
"Sudah sampai masanya saya menetap di sini bagi menghabiskan sisa hidup di tanah air sendiri, saya ingin habiskan sisa hidup yang tinggal ini bersama keluarga," kata Ahmadan yang merupakan anak kelahiran Johol, Negeri Sembilan.
Ahmadan memberitahu, sejak meninggalkan negara ini sebelum negara merdeka iaitu seawal tahun 1953, usianya banyak dihabiskan di perantauan demi menuntut ilmu.
Mengimbas kembali, peristiwa hampir 50 tahun lalu, dia memberitahu, banyak negara telah dikunjungi termasuk di benua Asia dan Eropah.
Menurutnya, dengan hanya mengembara seorang diri seawal usia 19 tahun, dia telah berjaya memijak kaki ke negara India semata-mata mahu mendalami ilmu agama.

AHMADAN AFFANDI MUSTAFA


Dia kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin pada tahun 1989 dan Ijazah Sarjana dalam bidang ilmu Hadis pada tahun 1989.
"Daripada kunjungan pertama ke luar negara, hati saya terpanggil untuk terus melihat dunia. Saya mahu melihat seluas-luasnya dunia dan mencari sebanyak-banyaknya ilmu.
"Memang waktu itu, usia agak muda dan fikiran juga tidak matang, namun di situlah permulaan bagi saya mendewasakan diri dan belajar berdikari," katanya yang masih lagi fasih berbahasa Melayu.
Menurutnya, sewaktu tiba di KLIA dia ditahan oleh Jabatan Imigresen selama hampir satu jam ekoran tiada sebarang dokumen yang mengesahkan dia ialah rakyat negara ini.
Bagaimanapun, dia akhirnya dilepaskan setelah mendapat bantuan daripada Kedutaan Kaherah yang mengesahkan Ahmadan ialah rakyat Malaysia.
Sementara itu, salah seorang ahli keluarga, Rubiah Yaacob, 51, berkata, kepulangan Ahmadan begitu dinanti-nanti selama ini memandangkan dia tidak pernah bertemu Ahmadan sejak bapa saudaranya itu meninggalkan negara ini.
"Saya bersyukur dia mahu pulang ke tanah air. Selama ini saya tidak pernah bertemu dengannya. Saya hanya mendengar kisah mengenainya dari mulut ke mulut saudara-mara kami yang lain.
"Selepas berjaya menjejakinya, saya hanya berhubung melalui surat. Sejak itu kami mula memujuk supaya dia pulang ke pangkuan keluarga," katanya.

AHMADAN berbual dengan dua anak saudaranya, Rubiah (kanan sekali) dan Kasma (dua dari kanan).


Seorang lagi, ahli keluarga Ahmadan, Kasma Yahya, 56, berkata, dia bercadang untuk mengadakan kenduri kesyukuran atas kesudian bapa saudaranya itu pulang dan menetap terus di negara ini.
Katanya, dia juga akan menguruskan segala urusan pendaftaran kerakyatan Ahmadan dalam masa terdekat memandangkan bapa saudaranya itu kini tidak mempunyai sebarang dokumen kerakyatan.

***************************************************
Berita ini dipetik dari akhbar harian KOSMO yang tidak dapat dipastikan tarikh keluarannya bila. Namun saya sebenarnya terkilan kerana tidak sempat mengenali tubuh tua ini. Sangat-sangat terkilan kerana saat jejak kaki ni kali pertama menapak di Rumah Kebajikan Anak Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) pernah saja terlirik pandang pada tubuh tua itu namun seingatku tidak pernah tersapa tubuh tua itu walau sepatah perkataan. Mengenalinya hanya sebagai 'orang lama' tidakku sangka beliau seorang yang hebat berjasa. Moga Allah rahmati beliau. Sempat saja beliau menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Malaysia bersama keluarga tercinta. Saya percaya, belum pun sempat puas ahli keluarga melepaskan rindu setelah sekian lama berpisah, Allah swt lebih cepat memanggilnya pulang kerana Allah swt lebih rindu utk bertemu beliau. Sangat-sangatlah terkilan sebab pernah saja berselisih dengan tubuh tua itu tapi xpernah bersapa. Apalagi nak meneguk setitis ilmu dari beliau. Semestinya luas pengetahuan beliau seluas perjalanannya mengembara sebagai pencinta ilmu. Kagum. 

-alFatihah buat arwah-

Khamis, Julai 22, 2010

KISAH BENAR! : Gempaq mayat tak reput

“Kakak menangis sebab menyesal dan rasa berdosa sebab dahulu semasa arwah masih hidup dan sehat, kakak selalu marah dan menghalang dia daripada keluar ikut dakwah tabligh, tapi dia keluar juga walaupun kakak marah.”

Oleh Tuan Haji Musa Kuala Kedah

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM

Jika kita membaca Alquran dan Hadis-hadis nabi saw, kita akan berjumpa tentang berita-berita atau targhib tentang kemulian orang-orang beriman yang berjihad di jalan Allah swt dengan diri dan harta mereka yang mana mereka terbunuh atau syahid di Jalan Allah swt. Mereka ini dijanjikan syurga yang penuh kenikmatan oleh Allah swt, di Padang Mahsyar nanti mereka akan bangun didepan Allah swt dalam keadaan sebagaimana mereka syahid didunia, ada yang terpotong telinga, hidung, tangan , kaki dan ada yang luka terburai keluar perutnya dan pelbagai keadaan. Mereka ini akan bangun didepan Allah dalam keadaan luka mereka baharu sahaja berlaku, darah masih segar merah lagi. Ada juga yang kita dengar ada orang menggali tanah untuk membangunkan kawasan, yang mana mereka tidak tahu dibawahnya ada kubur Sahabat nabi saw yang mati syahid terbunuh, bila sahaja mereka lihat mayat tersebut yang mana darah merah masih segar keluar walaupun dah lebih seribu tahun berlalu, Allahuakbar.

Inilah kesah yang ingin aku paparkan untuk renungan kita bersama.

Nama orang dan tempat berlaku sengaja aku rahsiakan, tetapi ini adalah kesah benar yang berlaku pada Jun 2010 yang lepas.

Sekarang pihak Keretapi tanah Melayu sedang membina landasan keretapi laju dari Utara ke Kuala Lumpur yang dijangka siap pada tahun 2012 nanti, yang mana apabila ia beroperasi kelak, masa yang diambil untuk perjalanan sehala dari Alor setar ke Kuala Lumpur hanya 3 jam sahaja. Dalam membina landasan keretapi baru ini banyaklah tanah, rumah, kedai kepunyaan rakyat diambil dan dibayar pampas an yang berpatutan oleh kerajaan yang dipersetujui oleh mereka. Sistem landasan keretapi mana-mana negara pun agak pelik kerana apabila landasan yang dibina ini melalui sungai, ia akan bina jambatan, bila melalui tasek ia akan bina jambatan, bila ia merentas banjaran atau gunung ia tidak akan melencong tetapi ia akan mengorek bukit atau gunung menjadi terowong, pendek kata apa sahaja yang ia jumpa dihadapannya ia tak akan melencong sebaliknya benda dihadapan itulah yang kena berubah. (macam orang dakwah juga apa sahaja halangan datang jangan elak diri tapi terus maju macam k/api). Perkara yang sama juga berlaku apabila landasan baru ini merentasi satu kawasan surau dan kubur. Kubur ini akan diubah ketempat yang baharu. Untuk mengubah kubur ini mesti mendapat persetujuan Tuan Mufti dan dibawah pengawasan pihak Polis. Tarikh pemindahan kubur ini telah ditetapkan, arahan mufti , untuk setiap kubur hanya seorang atau dua orang waris sahaja dibenarkan untuk mengangkat atau melihat jenazah yang akan diubah. Seluruh kawasan di kelilingi dengan tali dan dikawal oleh anggota polis, sesiapa tidak dibenarkan masuk kecuali orang yang berkenaan. Penggalian disaksikan oleh Tuan mufti dan beberapa pegawai agama lain serta Pegawai Polis.

Tersebut kesah seorang wanita yang mana kubur suaminya juga termasuk senarai yang dipandahkan. Suaminya meninggal dunia 3 tahun lepas akibat sakit barah hati. Dia tidak mempunyai waris yang dekat, dia telah memohon kepada mufti, warisnya diganti dengan sahabat baik arwah suaminya, tetapi tidak dibenarkan oleh mufti. Wanita ini merayu lagi katanya sahabat arwah suaminya ini memang baik dengan arwah semasa dia sehat, sakit dan bila meninggal dunia dialah juga yang mengurus jenazah arwah suaminya, mendengar ini mufti membenarkannya. Kedua-dua mereka, arwah dan sahabatnya merupakan kawan baik aku juga.

Beginilah ceritanya, satelah kubur dikorek alangkah terkejutnya sahabat aku ini bila dilihat kain kafan yang menutup arwah masih elok tidak reput walaupun sudah 3 tahun berlalu. Bila tiba masa untuk mengangkat jenazah, tuan mufti mengarahkan supaya sehelai kain baharu dibalut lagi dan melarang supaya jangan dibuka wajahnya (ikut syariat). Setelah siap dibalut dan bila sahaja sahabat aku dan beberapa orang lagi mengangkat jenazahnya, alangkah terkejutnya dia, dipegangnya tangan, masih lagi rasa tangan tidak reput, dipegangnya punggung, masih rasa ketulan punggung dan tidak reput. Badannya juga masih badan biasa, sama saperti jenazah yang baru dikebumikan semalam sahaja. Sahabat aku masa itu merasa bagai nak jatuh kerana terkejut. Wanita ini apabila melihat keadaan suaminya yang sedemikian terus menangis dan menangis sehingga jatuh terduduk. Selepas selesai kerja pemindahan tuan mufti bertanya kepada sahabat aku, siapakah arwah tersebut dan tambahnya lagi ini adalah tanda dia adalah ahli syurga. Dahulu semasa pengkebumian jenazahnya pun semua orang yang hadir mengatakan kuburnya mengeluarkan wangian yang harum.Selepas peristiwa ini sahabatku berkata selama 2 hari dia tidak dapat tidur malam kerana teringat peristiwa tersebut. Berbalik kepada kesah wanita ini, sahabat aku bertanya mengapa ia menangis, katanya:

“Kakak menangis sebab menyesal dan rasa berdosa sebab dahulu semasa arwah masih hidup dan sehat, kakak selalu marah dan menghalang dia daripada keluar ikut dakwah tabligh, tapi dia keluar juga walaupun kakak marah”

Arwah dahulu semasa hayatnya bekerja dalam satu jabatan kerajaan, Arwah ini dijabatan/pejabatnya memanglah seorang yang dikenali disemua peringkat, dari ketua atasan sehinggalah pencuci lantai pejabat semua mengenalinya. Dia peramah suka ketawa dan senyum dan menyapa kepada semua orang, tapi masa itu arwah tidak amal agama, tidak kenal solat, puasa dan perintah lain, yang dia kenal dan diamalnya hanya larangan Allah sahaja. Sikapnya mula berubah apabila dia telah mula ikut dakwah tabligh 3 hari yang pertama kali, dia telah mula mendekati dirinya pada Allah dan bertaubat Nasuha, semua perangai lamanya telah dibuang terus dalam hidupnya. Kehidupannya kini mula tenang dan dia telah belajar dan beramal dengan penuh tekun setiap perintah Allah swt mengikut sunnah nabi saw. Dia yakin inilah satu usaha kenabian yang dapat merubah kehidupan seseorang kepada satu kehidupan beragama yang direzai oleh Allah swt. kemudian dia ambil cuti tanpa gaji dan ikut keluar lagi 40 hari, walaupun isterinya marah dan tidak berapa suka dia keluar dakwah, kemudian selepas beberapa tahun tahun berikutnya dipohon pula cuti tanpa gaji selama 4 bulan dan diluluskan cutinya untuk keluar 4 bulan di India, Pakistan dan Bangladesh. Satelah pulang dari khuruj 4 bulan, arwah telah menerima surat pemberhentian kerja oleh jabatannya, dengan satu alasan yang tidak munasabah, tetapi arwah reza dan pasrah dengan takdir Ilahi, dia tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang untuk bela diri. Jadi arwah pasrah dan untuk mencari rezeki memelihara anak dan isterinya, arwah telah memulakan perniagaan kecilan berniaga air mainuman dan jual kueh muih ditepi taman rumahnya. Tetapi usaha dakwah tidak ditinggalkanya terus aktif membuat usaha di kampongnya setiap hari bersama sahabat baiknya tadi. Keadaan ini berlalu sehingga beberapa tahun, sehingga sampai satu masa ketika arwah dan sahabat aku ini sedang minum teh tarik disebuah warung, ia disapa oleh seorang lelaki Cina “hai awak sudah jadi ustaz ka sekarang”. Dengan penuh gembira arwah menyambut lelaki cina ini yang merupakan kawan baiknya dahulu dizaman jahiliah, mereka bertanya khabar dan satelah memberitahu hal yang sebenar bagaimana dia telah dipecat, kawan Cina berkata dia akan mengambil kes ini dan akan membawa ke mahkamah tanpa mengambil apa-apa bayaran upah pada arwah. Kawannya ini dahulu bekerja sepejabat dengannya tapi sudah berhenti dan menjadi peguam. Masa itu juga kawan cina ini menghulurkan padanya duit RM2000. Dipendek cerita kesnya yang dibawa ke mahkamah telah dimenangi oleh arwah, beliu telah mendapat bayaran balik beratus ribu ringgit oleh kerajaan dan kerjanya pula disambung semula. Dengan wang tersebut arwah telah mendaftar untuk mengerjakan farzu haji bersama isterinya , selang beberapa lama Tabung Haji telah mengeluarkan surat yang mereka berdua akan berangkat ke Mekah pada tahun itu juga.

Kita merancang Allah juga yang menentukan semuanya, dan ketetapan Allah pasti akan berlaku sebagaimana kehendakNya, sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah arwah telah diserang penyakit barah hati dan meninggal dunia. Semuga Allah mncucuri rahmatnya pada arwah dan meletakkan dia bersama para syuhada dan solihin amiin.

Kita yang hidup ini masih belum tentu nasib kita , bagaimana akhir kalam kita adakah dalam husnulkhotimah, oleh itu marilah terus kita berusaha untuk memperbaiki diri dan menguatkan iman dan amal kita ikut perintah Allah swt dengan cara ditunjuki oleh nabi saw.

Diambil dari blog Ziarah76,Tuan Haji Musa Kuala Kedah

Jumaat, Julai 16, 2010

Kisah seorang tua dengan tiga anaknya...

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yang sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.



Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.



Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya.. jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.



Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.



Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"



Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"



Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.



Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"



Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..



Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.



Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.



Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.



Sekian adanya.



APA PENGAJARAN CERITA INI.



Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.



Harben ialah HARTA-BENDA,

Anis ialah ANAK-ISTERI, dan

Amsal ialah AMAL-SOLEH.



Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ini jangan lah lupa dengan akhirat dan rukun Islam yang lima .



Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.



Wassalam.



**Biar susah, jangan menyusahkan.....
...exam esok Sabtu 17 Julai 2009, bersamaan 5 syaaban 1431H. Doakan kejayaan hamba... :)

Selasa, Julai 13, 2010

Jom ulangkaji sblm tiba imtihan...QIRAAT 1: RUMUS PARA QURRA' MENGIKUT MATAN AL-JAZARI (QIRAAT 10)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Kali ni saya nk tukar angin ulangkaji kt ruangan ni...dalam masa yg sama mmg niat nk share dgn pembaca sedikit sebanyak apa yg kami (Pelajar Qiraat Tahun Satu) belajar di Mesir ni. 

Entri ni jugak sbg menjawab permintaan salah seorang pembaca yg pernah satu ketika dulu, lama sudah saya kira yg mana beliau mencadangkan agar saya dapat meneruskan penulisan tentang ilmu Qiraat yg pernah saya share sebelum ni. Tapi artikel yg sebelum ni yg pernah saya kongsikan bersama itu adalah secara tidak langsung saya postkan dlm blog ni. Sebenarnya tiada niat pun utk membuat penulisan yg panjang mengenai ilmu Qiraat ni.

Alhamdulillah pada malam ini (ketika saya menulis blog ini) Allah memberi izin pada saya utk kongsikan bersama pembaca seterusnya menguji ingatan saya mengenai rumus para imam Qurra 'Asyarah (seperti tajuk entri di atas) sebagai persediaan menghadapi imtihan beberapa hari sahaja lagi.

Insya Allah mudah-mudahan Allah beri saya kekuatan untuk menyenarai habiskan rumus-rumus imam Qurra' 'Asyarah bagi pengenalan ilmu Qiraat ini.

أبـــــــــــــــــج 
Nafi' : أ
Qalun  : ب
Warsy : ج

دهـــــــــــــــز
Ibnu Kathir : د
al-Bazzi : هـ
Qunbul : ز


حــطـــــــي
Abu Amru : ح
ad-Duuri : ط
as-Susi : ي



كلـــــــــــــــــم
Ibnu 'Amir : ك
Hisyam : ل
Ibnu Zakuan : م


نصــــــــع
'Asim : ن
Syukbah : ص
Hafs (biasa diamalkan di Malaysia) : ع


فـــضــــــــق
Hamzah : ف
Khalaf : ض
Khallad : ق


رســـــــــــــت
al-Kisae : ر
Abu al-Harith : س
ad-Duuri : ت


ثخـــــــــــــــذ
Abu Jaafar : ث
Ibnu Wardan : خ
Ibnu Jammaz : ذ


ظغــــــــــش
Yaaqub : ظ
Ruwais : غ
Rauh : ش
-Rumus yang kesepuluh adalah utk imam Khalaf yg dipanggil Khalaf al-'Asyir. 

Rumus-rumus ini digunapakai ketika kita hendak menterjemahkan matan yg dikarang oleh imam al-Jazari dalam kitabnya Thoiyibatun Nasyri.

Rumus-rumus ini juga telah dikarang bagi memudahkan karangan beliau dan bagi menyedapkan penyebutan cerita yg terdapat dalam matan.
*****************************************************
Setakat ini dahulu apa yg saya mampu kongsikan bersama.
Mudah-mudahan ilmu ini dapat disebarluaskan lagi demi membuka mata masyarakat yg mana ramai juga yg sudah memandang jauh ilmu ini dan semakin ia ditinggalkan.

Doakan saya tenang dalam menempuh imtihan yg bakal menjelma 3 hari lagi.

Jika direzekikan Allah, akan saya kongsikan lagi ilmu ini  bersama pembaca sekalian setakat kudrat dan kefahaman yg ada dalam diri saya Insya Allah. Jika tidak dalam masa yg terdekat, Insya Allah akan saya sambung lagi di masa-masa akan datang dengan membicarakan secara khusus dan mendalam lagi tentang kalimah-kalimah yg diperselisihkan oleh imam-imam Qurra' yg mana ilmu ini telah banyak diperkatakan oleh para masyaikh saya bahawa ianya seronok dan 'lazat' utk dibincangkan.

Selamat membaca!

Wassalam.

Ahad, Julai 11, 2010

Sekadar berbasa-basi...

...bagaimanakah??
Salam.

Lama dah tak update blog. Dah bersarang semut bagai dahh...

'Sibuk' punya pasal. Sibuk apa ntah. Asek berangan je keje nye..aisehh! 5 hari lg mau exam...kecot prott rasanya...Ummu Hani,,bangunlah! Sedarlah kamu dari lamunan...5 hari lagi nak exam tau tak??...hishh...

Saat ni kena panaskan enjin. Pastu press gear 5...adoihh...patutnyer dah xdek mase dah nk ngadap laptop nih..tp tu la..otak ni perlukan refreshing  jugak...sbb dah lame blurr...

Macam2 nk kena pikiaq. 

Nak exam lg...

nak buat persiapan 'tuutt' lagi...(bak kata fazira laa..hee~)

Tapi yg penting, tumpu kat exam dulu..kan,kan...

Kadang2 low jugak semangat nih. Sampaikan haritu dah buat keputusan yg tak leh diterima dek akal...sendiri tanya pada diri, "..betul ke ape yg aku buat??"

Alhamdulillah la kawan bg semangat semula. Aku pun duk pening2 pikiaq, last2 Allah buka jalan lagi...

Lepas analisa pelbagai masalah,ceh!  kutemui jawapan lagi...

Insya Allah, aku masih di sini teruskan pengembaraan walaupun lepas ni dah bertukar status...waaahh??

Insya Allah..ni sume bergantung pada doa sume jugak...

Hope semangatku makin meninggi lepas ni.

'Perkara itu' bukanlah penghalang utk aku terus menimba ilmu dan pengalaman di bumi berdebu ni...

Umur malam masih muda! Seronok belajar pun masih menebal lagi...jadi, jangan disia-siakan!

*************************************************

Cerita exam pulak...

...countdown...5 days more from today (11 July 2010)...

Bawah ni nak bentang exam schecdule aku yg dah nak semput harinye...

***JADUAL EXAM***
****************************

17/7/10 (SABTU)
 9.00-11.30am :
QIRAAT ILMI

20/7/10 (SELASA)
11.30am-1pm :
RESAM

24/7/10 (SABTU)
9.00-11.00am :
ULUM QURAN

25/7/10 (AHAD)

9.00-11.00am :
QURAN TAHRIRI,

11.30am-1pm :
FAWASIL

**tarikh bg QURAN dan QIRAAT SYAFAWI antara 17hb hingga 20/7/10

Mohon doa dari kalian ehh...

Doakan NAJAH utk kami semua Pelajar Qiraat Tahun Satu.

Jgn lupa tlg amin kan doa Sheikh Husin : "...KULLU NAJAH SOFI INSHA ALLAH!!..."

AMINNN...!!

Ok, sampai sini perkembangan dari aku.

Saje nak update blog jugak walaupun otak kering...hehe..

Malaysia...tunggu kepulangan aku!! =)

ok, jaga diri, iman dan amal.

jumpa lagi...adioss!

WASSALAM.