Pengikut

Isnin, Mei 31, 2010

SHARING : SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) - AWAS...

General Info.....

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.


Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi.


Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh.


Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain..


Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.


Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif.


Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging).


Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak (Brain CT Scan).


Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed!


Terkejut.


Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya.


Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut.


Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. 


Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.



Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
 
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. 
Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat.


Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi..

Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. 

Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. 

Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

 
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
 

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis.

Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi..... (occupational stress).

 
Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. 

Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.


PENCEGAHAN
1.Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2.Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3.Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4.Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. 
Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun.
Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

 Kiriman email dari rakan untuk dikongsi
: TOLONG PANJANGKAN ARTIKEL INI KERANA KITA ADALAH MAHLUK ALLAH YANG PENYAYANG.....
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”

-Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

Sabtu, Mei 29, 2010

Motivasi : Bagaimana tahap kesabaran anda?

Assalamualaikum...

Jom kita cerita-cerita...

Cerita yg boleh menambah manfaat ilmu dalam diri kita...

Kita share2 ilmu yg ada dan xseberapa ni...sesatu je hehe...

Nak cerita pasal ape erk?

Ohh..macam tajuk kat atas tu..

Pasal sabar...

Aiwahh...(bahasa pasar mesir...promote jap hehe...)

Erm...

Ada apa dengan "SABAR"?

Ok, sabar kita ni sebenarnya Allah bagi kita 2 jenis sabar.

Dalam setiap ujian kita sebenarnya boleh melalui 2 jenis sabar.
1. صبر -Sobrun (biasa je...)
2. فصبر جميل -Fasobrun Jamil (tahap tinggi jugakla...)

Apa bezanya ye?

Kata Sheikh Husin jika kita ditimpa sesuatu ujian pastu ada orang tanya pada kita,  
"...kenapa dgn kamu ni?macam ada masalah je.." contoh ayat je...
Pastu kita jawab (kita menceritakan pada orang) yg kita ada masalah sekian, sekian tanpa merungut dan tahu ianya datang dari Allah (sifat orang-orang beriman), inilah yang dinamakan "SABAR".

Manakala jika kita ditimpa ujian kemudian orang tanya pada kita, dan kita cuma senyum dan pendam masalah tu, atau mungkin kita memberitahu pada sahabat kita bahawa kita memang sedang dalam masalah atau ujian, tetapi kita tidak memberitahu secara lebih detail, inilah yang dinamakan فصبر جميل. Dan darjatnya lebih tinggi dari SABAR biasa yg kita lalui.

Bertepatan dengan kisah ayah Nabi Yusuf a.s iaitu Nabi Allah Yaakub a.s tatkala menahan marah terhadap anak-anaknya yang telah berkali-kali menguji kesabarannya. Dia hanya mampu berpaling dari anak-anaknya dan mengatakan,
"...aduhai dukacitaku terhadap Yusuf..."-surah Yusuf : 83.
Beliau terkenangkan kisah dulu yang pernah menimpa Yusuf dan kali ini berlaku pula pada anaknya yang jua dikasihi di antara anak-anaknya yang lain selain Nabi Yusuf a.s iaitu Bunyamin. 

Dek kerana terlampau sayangkan nabi Allah Yusuf a.s dan terkenangkan akan kehilangannya sehingga nabi Allah Yaakub a.s telah menghidap penyakit yang berat dan menyebabkan beliau telah uzur.

Kemudian nabi Yaakub menjawab pada anak-anaknya yang telah menyebabkan Bunyamin kini ditimpa masalah dengan berkata kepada mereka,  
"...hanya kepada Allah aku mengadu kesusahan dan kesedihanku. Dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui..."-surah Yusuf : 86.
(Kisah Bunyamin pula hanya perancangan nabi Yusuf yang telah diilhamkan oleh Allah s.w.t supaya dipertemukan dengan orang tuanya.)

Masya Allah! Betapa tabahnya nabi Yaakub a.s menghadapi ujian yg maha hebat dari Allah mengenai anak-anaknya. Lepas satu, satu masalah datang menjengah. Namun betapa cekalnya beliau dan betapa tingginya tawakkal beliau kepada Allah s.w.t akhirnya beliau dipertemukan juga dengan dua anak kesayangannya Yusuf dan Bunyamin.

Apa yang dapat kita garap dari kisah nabi Allah Yaakub a.s ni adalah mengenai kesabaran yang tinggi dan terus-terusan bersabar dengan ujian yang menimpa dan kembali hanya pada Allah dan yakin bahawa di sisi Allah mempunyai jalan keluar kerana yakin ujian ini daripada Allah s.w.t.

Mudah-mudahan kita diberi TAUFIQ oleh Allah s.w.t untuk bersabar menghadapi ujian sebagaimana yang dihadapi oleh nabi Yaakub a.s dan mudah2an kita diberi kelebihan sebagaimana yang telah diperolehi nabi Yaakub hasil dari yakin dan sabar beliau menghadapi ujian dari Allah. Amin!

Entri kali ini aku kongsi sebagaimana yang diceritakan oleh Sheikh Husin kepada kami ketika muhadharah (kelas) pada hari pertama kami selepas cuti untuk exam baru-baru ni.

Kisah ni aku tujukan khas buat pembaca sekalian dan secara privacynya aku hadiahkan buat sahabatku Siti Nakiah...hehe..aku doakan ko tabah dan moga Allah hadiahkan ko sesuatu yang lebih baik lepas ni hasil dari sabar ko hadapi ujian yang Allah hadiahkan ni tanda Allah nak tambah kasih sayangNya pada ko...fasobrun jamil yerk...hehe..(ni khas dari aku nih..hehe)

Aiwahh...jumpa lagi kita pada entri akan datang, InsyaAllah.

Jada diri, jaga iman ,jaga amal.

Salam Mahabbah, Salam Muhibbah, Salam Dakwah!

Selasa, Mei 25, 2010

'Rahsia' bola hitam dan putih...


Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki.

Pengasuhnya mengadu kepada bapanya....

"Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia Tak ada basikal...apa tuan tak segan?"

Lantas...... . si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagi tau,

"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."

Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa.

"Kenapa bola itam dan putih?"

"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je."

Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa berlalu

kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor..

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi.

"anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...".

Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak..Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?"

Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kwasan tempat tinggal nya. Trend baru....

Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya... Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu...........Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.

Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller bladebaru bersama secebis nota:

"Biar kamu tak malu".

Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi:

"Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakannya."

"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.

Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga
ditinggalkan di ruang kerja si bapa..

"trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu....

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah...

Suatu hari,

ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.

Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan
Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang.

Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! .

Tetapi si bapa masih kesal........

Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih...

Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti.

Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.

Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je.

Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee..

Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?

Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun tanya...bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!

Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagii..., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya

Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2.. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.

Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak saya?"

Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya.. sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."

Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya.

"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia....akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... .

Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"

"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.. sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak.. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."

Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?"

Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"

(anda semua pun ingin tahu kan ...?)


Si anak menjawab dengan nada terputus putus

kerana sudah tidak dapat

bertahan dan

masanya sudah hampir

tiba....







"sebabnya .........saya.. saya....

saya...."







*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan

nafasnya hilang. Si anak

sudah meninggal sebelum

sempat memberitau bapanya

tentang bola hitam & bola putih.



Tengok, si bapa yang selalu hidup

bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku

yang cuma paste cerita, lagi la tak

tau ape ape... MACAMMANA NI? Kecewa jugak

nih.

Isk!Isk! Isk!........ ...Rasa

nak tumbuk je perut orang yang mula-mula

forward kat aku.
 
 
MORAL: Jangan buat benda2 tak elok, balasan dapat cash time tu juga.

p/s : sekadar suka suki =)

Rabu, Mei 19, 2010

Pelajar UMT kita shahid ketika khuruj!!! -feedback dari rakan si Shahid.

Bismillah...

Allahumma solli 'ala saiyidina wa Maulana Muhammadin manfalaqatil anwaaru illa bizaatih...

Bismillahi Masya Allah...

Bismillahi Tabarakallah...

Bismillahi 'ala Rasulillah...

Pagi ini serasa seperti ada azam baru aku buka lid laptopku. Seperti ada sesuatu yg 'sedang menanti' aku.

Bismillahi Masyallah sekali lagi...

Aku buka laman Rakan Blog aku temui apa yg sebelum ni aku cari.

Sedang heboh memperkatakan tentang seorang sahabat kita yg Shahid di jalan Allah.

Sebelum ni aku pernah terima emel dari remajamasjid@yahoogroup mengenai kisah si Shahid yg meninggal semasa khuruj jalan Allah.

Dalam emel tersebut ada diberitahu bahawa gambar dan bukti disertakan. Namun aku kecewa lantaran bukti hanya sekadar tulisan.

Aku balas pada ownergroup supaya disiarkan kembali emel tersebut krn mungkin terdapat masalah teknikal yg telah menyebabkan gambar tidak disertakan.

Menunggu balasan. Hari demi hari berlalu tiada balasan dari ownergroup.

Takpelah, tiada balasan diterima.

Biarkan, bukan itu yg sebenarnya aku nk ceritakan di sini.

Kat sini aku nak share lagi satu khabaran kehebatan kuasa Allah tentang si Shahid yg telah shahid semasa khuruj di jalan Allah.

Sahabat-sahabat, ini kisah benar yg berlaku pada sahabat kita.

Biarpun kisah ni dah beribu kali berpindah tangan, namun aku tak segan utk menyebarkan lagi kisah benar ini dengan tujuan kita semua buka mata, minda, hati, bahkan seluruh anggota kita jika Allah takdirkan blh mdapat kefahaman, kita buka seluas-luasnya.

Alhamdulillah, syukur pada Allah krn di zaman ini yg mana Islam sedang berada di hujung mata pedang pihak kuffar, Allah datang nak bantu kita utk sedarkan kita betapa kerja yg haq ini perlu diteruskan utk selamatkan umat Islam yg sedang dilanda penyakit.

Allahhh...sangatlah cemburu apabila membaca kisah si Shahid ini.

Mana taknya...Beliau dipanggil Allah semasa berada di atas jalan dakwah. Masya Allah!

Bukan niat aku di sini utk menunjukkan kehebatan bagi sesiapa yg berada di dalam jemaah yg dikenali sebagai Jemaah Tabligh ini. Tidak sama sekali.

Bahkan niatku hanyalah utk meyakinkan diri ini dan sesiapa sahaja bahawa kerja ini merupakan kerja yg Allah terima dan perlu diteruskan di zaman Islam sekarang ini yg mana secara dalam diamnya berada di ambang maut!

Sedar tidak sedar kita sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap misi pihak kuffar yang mana tujuannya utk melihat kita leka dengan hiburan dunia semata-mata dan dan malangnya al-Quran yg selama ini menjadi pegangan kita, kita sendiri telah membenarkan tindakan pihak kuffar ke atas diri kita yg mana telah dirakamkan oleh Allah s.w.t menerusi firmanNya dalam surah al-Baqarah, ayat 120;
"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah
kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka."

Allah beritahu kita bahawa Yahudi dan Nasrani laknatullah takkan pernah redha pada kita (muslimin) sehingga kita ikut acuan hidup mereka.

Tapi apa yg berlaku sekarang, kita sendiri lihat betapa benarnya bahawa musuh Allah kini sedang bersilang kaki, berpangku tangan dengan senang hati sambil ketawa sinis melihat telatah kita yg telah mengikut telunjuk mereka dalam diam. 

Nauzubillah! Moga Allah jauhkan aku, dan sahabat2 sekalian dari terpijak duri yg boleh membuatkan kita tersungkur masuk dalam perangkap mereka. Amin! 


Kisah si Shahid
(**...syukran credited to blogger karkuzaridakwahiman, Anak Pendang Sekeluarga, and REVOLUSI PERJUANGAN!!! for info...)

Karkuzari (laporan) ini disampaikan oleh beberapa rakan seusaha yang turut bersama menguruskan jenazah allahyarham.

Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Arwah berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

Jemaah 40 hari daripada Terengganu ini telah diputuskan di Masjid Jamek Bandar Sri Petaling untuk buat usaha dakwah & tabligh di Sandakan, Sabah. Jemaah seramai 10 orang terdiri 5 orang awam dan lima lagi lagi pelajar UMT, selamat tiba di lapangan terbang Sandakan pada hari Rabu malam Khamis, 28hb April 2010. Jemaah kemudian dihantar ke Masjid Pangeran Hj. Galpam, Batu 7 buat sementara waktu yang juga merupakan marhalah seorang daripada syura Sandakan, Hj. Mohd Zain.

Pada pagi hari Jumaat bersamaan 30hb April 2010, jemaah telah berangkat ke daerah Pamol, kawasan perladangan Kelapa Sawit terancang yang jauh jarak perjalanannya daripada bandar Sandakan sekitar dalam 150 km. Di daerah ini ada 13 buah kampung. Kebiasaannya jemaah 40 hari yang bergerak di Sandakan akan buat usaha sama ada di kawasan bandar, kepulauan-kepulauan sekitar, daerah-daerah kecil dan kawasan pedalaman mengikut keputusan yang telah dimesyuaratkan bersama oleh syura tempatan atas kesediaan jemaah. Memandangkan jemaah telah diputuskan ke daerah ini, kemungkinan besar juga jemaah ini akan buat usaha dakwah & tabligh di daerah berdekatan iaitu Telupid. Di daerah ini berlaku kes murtad dan beberapa rombongan jemaah daripada Semenanjung telah dihantar ke sana termasuklah jemaah daripada Batu Pahat pada akhir tahun lepas.

Detik-detik kematian Allahyarham..

Rakan arwah, Fadhil, yang turut bersama jemaah ini telah ditanya oleh Datuk Hj. Abdul Rahman di Masjid Pangeran Hj. Galpam berkenaan kejadian yang menimpa arwah. Dia menceritakan pada pagi Selasa 4hb Mei 2010, arwah diberi tanggungjawab untuk memberi bayan selepas sembahyang fardhu subuh berjemaah. Kemudian kesemua mereka bermesyuarat untuk mengagih-agihkan tugasan pada hari itu. Setelah mesyuarat dan beberapa waktu ketika, mereka (pelajar) seramai 5 orang pergi ke sungai berhampiran untuk mandi kerana simpanan air di surau amat terhad untuk kegunaan wudhu dan lainnya. Pada waktu awal pagi itu yang masih berembun (suasana pedalaman), mereka kesemuanya turun ke tebing sungai yang mana ketinggian paras air di tebing sungai itu sahaja pun sudah separas dada. Mereka termasuk arwah cuba berenang menyeberangi sungai ke tebing bersebelahan. Setelah hampir di pertengahan, mereka memutuskan untuk kembali semula ke tebing kerana sungai itu amat dalam. Arwah tertinggal di belakang dan lemas tenggelam. Rakan mereka menyangkakan arwah bergurau kerana kali terakhir mereka melihat sebelum arwah tenggelam, dia masih kelihatan tersenyum seolah tiada apa-apa yang berlaku. Setelah dua minit berlalu, barulah mereka risau kerana tidak melihat arwah. Pada pagi itu juga, ada beberapa pelajar sekolah menengah yang berjalan kaki berhampiran sungai untuk ke sekolah. Mereka inilah yang membantu rakan jemaah mengeluarkan arwah daripada dasar sungai. Dalam usaha menyelamatkan arwah dengan menekan pada dadanya, air berserta lumpur keluar daripada mulut arwah dan tidak dapat diselamatkan lagi.
انّا للہ و انّا الیہ راجعون

Jemaah telah pergi ke balai polis berdekatan dan melaporkan kejadian ini. Akhirnya, pegawai polis yang telah diberi tanggungjawab, menghantar jenazah ke Hospital Duchess of Kent di bandar Sandakan dengan menaiki jeep untuk mendapatkan pemerikasanan lanjutan daripada pihak hospital. Dua orang daripada jemaah ikut serta, seorang rakan seusaha tempatan yang nusrah jemaah ini dan seorang lagi rakan arwah, Fadhil. Hj. Darwis yang juga merupakan syura Sandakan dan seorang doktor di hospital tersebut, mendapat perkhabaran ini dan kemudiannya menyebarkan berita ini kepada rakan seusaha yang lain. Hari selasa malam rabu merupakan malam mesyuarat mingguan usaha dakwah & tabligh di Sandakan. Takaza ini dibentangkan dalam mesyuarat supaya pengurusan jenazah arwah dilakukan dengan kadar segera dan dihantar ke pangkuan keluarganya di Sabak Bernam, Selangor. Tugasan telah diagih-agihkankan kepada rakan seusaha yang bersedia menyambut tazaka ini, daripada hal pengurusan jenazah di bilik mayat hospital termasuklah mengkafan dan menyembahyang arwah sehinggalah pengurusan kargo di lapangan terbang Sandakan.

Rabu, 5hb Mei 2010..

Selepas sembahyang subuh berjemaah, rakan seusaha yang telah diberi tanggungjawab, pergi ke bilik mayat Hospital Duchess of Kent. Semasa arwah dikeluarkan daripada peti sejuk mayat, beberapa rakan seusaha mengangkat arwah. Seorang daripada mereka menceritakan, jenazah arwah sangat ringan dan lembut tidak kaku seperti orang yang masih hidup. Wajah dan tubuh arwah kelihatan berpeluh, seperti baru sahaja mandi. Tubuh arwah masih dalam kemerah-kemerahan. Arwah dimandi dan dikafankan, kemudian disembahyangkan oleh rakan seusaha yang ramainya dalam sekitar 30 orang di tempat khas. Jenazah juga disembahyangkan oleh beberapa rakan seusaha yg lain selepas itu. Hj. Lakariba (syura Sandakan) tidak menahan esak tangis semasa menyembahygkan jenazah. Sementara menunggu pegawai kementerian kesihatan pada pagi itu, Hj. Lakariba membuka semula kafan arwah dan melihat wajahnya, sekali lagi Hj. Lakariba menangis. Rakan seusaha yang lain mengatakan, wajah arwah tenang dan tampak keputihan seperti diletakkan cairan lilin pada permukaan wajahnya. سُبْحَانَ اللّهِ

Pada pukul 9 pagi, pegawai daripada Kementerian Kesihatan datang dan menguruskan jenazah. Pemeriksaan pada tubuh arwah dilakukan, keranda dipakukan pada empat penjuru, dibungkus dengan canvas dan diberi cop/seal sebagai tanda sudah diberi pengesahan. Lebih kurang sejam selepas itu, barulah jenazah dihantar ke lapangan terbang Sandakan. Fadhil rakan pelajar arwah yang turut keluar 40 hari bersama arwah, menaiki kapal terbang ke KLIA menghantar jenazah arwah. Diberitakan oleh rakan seusaha, pengurusan jenazah teratur dan lancar/dimudahkan oleh Allah. Semasa menghantar jenazah arwah, tiada lampu isyarat merah melambatkan perjalanan.Allahyarham kembali ke rahmatullah pada waktu pagi, keesokan paginya juga jenazah dapat dihantar ke Semenanjung.

Sedikit karkuzari daripada Faiez Yemeny di FB, group Umat akhir Zaman, beliau mengatakan bahawa allahyarham masih menuntut di Universiti Malaysia Terengganu(UMT).
Arwah seorang yang amat peramah, sentiasa tersenyum, fikirman dan karkun lama dikalangan pelajar. 

Walaupun sudah dua hari berlalu, darah di hidung dan mulutnya masih lagi mengalir, muka tenang dan jernih.

Sebelum arwah berangkat bersama jemaah ke Pamol, arwah sempat memberi sepucuk surat kepada Cikgu Juswan (rakan seusaha Masjid Pangeran Hj.Galpam) untuk dihantar kepada keluarganya di Sabak Bernam. Semoga Allah SWT mengurniakan pahala Syahid kepada arwah, diberi ganjaran SyurgaNya tanpa Hisab, diberi kesabaran kepada ayah bondanya dan mempertemukan kita dan beliau di Syurga Firdaus bersama dengan para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin. Amin Ya Rabbal Èalamin...
 Sahabat-sahabat, aku akan sambung kisah ni dengan feedback yg diberikan oleh pihak keluarga Allahyarham pula pada entri seterusnya, Insya Allah.

Moga Allah pilih kita sama2 sentiasa berada di atas jalanNya yg HAQ. AMIN!!

-MUTIARA CINTA-

Berkata Imam Al-Ghazali:

"Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah, bertenang dalam menanggung kepahitan, sifat sabar terbentang dalam dadamu, lisanmu perlu dikunci, matamu dikawal, rahsiamu disembunyikan, hanya dilihat oleh Tuhan sahaja, namamu jgn terkenal, mulutmu tersenyum, perutmu lapar, hatimu luka,hindari dari terkenal, pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut, siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai, malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan, Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan..."

Alhamdulillah! Bukan semua org Allah bagi nikmat mcm ni...

Aku pasrah, aku redha.

Tepat jam 7.15am waktu Malaysia, bersamaan 2.15am waktu Mesir aku secara rasminya telah mendelete akaun laman hiburan "*b" milik aku atas beberapa kesedaran tertentu yang Allah telah singkapkan.

Alhamdulillah. Itu yg aku mampu lafazkan.

Tetapi masih berlatih berpijak di alam realiti dalam maya ni juga yang mana hakikat kita juga akan diuji atas perkara yg kita pegang atau lafazkan.

Harap aku tabah.

Ingin sekali aku share skarang ni tapi seperti biasalah...idea ni suka sangat muncul tiba2 tgh malam mcm ni. Aku nak rehatkan minda ni dulu utk menempuh kembali alam realiti pada esok harinya.

Moga aku tabah dalam menyambut cinta dari Kekasih sekalian para kekasih ni bermula saat ini yg aku ucapkan kata2 rasmi mengenai hal ini.

Doakan aku.

Jumpa esok insya Allah.

Wassalam.

p/s: thanks credited to sohibus suwar di atas. Aku temuinya dlm laman google image. tq!

Selasa, Mei 18, 2010

Asbab tahajjud, sesorang beroleh hidayah Allah..

Masya Allah, masya Allah...

Ungkapan yg terkeluar dari mulut aku setelah selesai membaca entri seorang pemblogger kita yang membuatkan aku sekali lagi kagum dgn perancangan Allah utk menghadiahkan "hidayah" pada hambaNya.

Sahabat, jika kita dihadiahkan oleh Allah hidayah dan taufiqNya, segeralah kita rebut dan jaga sehabis baik hadiah tu supaya ia tidak berlalu begitu sahaja dgn sia-sia. Bukan mudah utk kita perolehinya krn org2 yg tertentu sahaja yg boleh mengecapi nikmat itu.

Apa yg aku maksudkan sebenarnya? Taufiq? Hidayah?

Taufiq ni adalah seperti jika kita ingin membuat sesuatu Allah izinkan atau mudahkan kita utk melakukannya. Jika baik perkara tu, alhamdulillah. Jika kita mudah utk melakukan perkara yg tidak baik, nauzubillah! -Wallahu a'lam. 

Hidayah dan taufiq ni suatu perkara yg berbeza tapi ianya berkait rapat antara satu sama lain.  Sebagai contoh seseorang yg tergerak melakukan sesuatu kebaikan itu dinamakan hidayah. Sekiranya dia lakukan perkara baik tersebut, ini bererti dia mendapat taufiq dari Allah utk melakukan  perkara tersebut. Lihat betapa pentingnya dan beruntung bagi siapa yg dihadiahkan oleh Allah taufiq dan hidayah kepadanya.

Pada entri kali ni aku nak kita sama2 share betapa luasnya rahmat Allah pada hambaNya melalui satu peristiwa yg pernah berlaku pada satu jemaah yg mana mereka ni dipilih oleh Allah s.w.t utk menumpukan masa mereka utk menjana iman semata2 utk agama Allah s.w.t dan juga meneruskan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kat sini aku sertakan pengalaman yg telah diceritakan oleh pemblogger musa kola kedah yg mana aku sendiri tersentuh dgn cerita beliau.

Mulanya aku ingat nak olah sendiri cerita ni tapi risau plak tersalah sampai maklumat nanti dengan keadaan mata aku ni yg dah balam nak tertutup. Jadi aku copy mentah2 lah bagi bacaan semua. Al-Maklumlah exited sangat nak share criter nih.

Harap kita sama-sama dapat ambil iktibar mana yg baik dari kisah ni, insya Allah.


Dalam cerita Singapura dilanggar Todak, dengan fikir seorang kanak-kanak telah menyebabkan Singapura selamat dari ancaman todak, begitu juga apabila negeri Beringin Rendang berlawan dengan negeri Masai dengan mempertaruhkan negara melalui empat soalan cepumas, jika kalah negerinya akan tergadai tetapi dengan asbab seorang kanak-kanak namanya Belalang dan bapanya Pak Belalang maka negeri Beringin Rendang diselamatkan .
Inilah kesah benar yang aku ingin ceritakan. Kesah ini berlaku disekitar tahun 1981, masa itu aku masih belajar di UPM .Pada masa cuti semester, selama 5 minggu aku telah keluar dakwah Tabligh 20 hari kat Melaka bersama pelajar dan lagi 2 minggu aku pulang kampong kat kuala kedah.
Dalam cuti 2 minggu kat kampung aku telah pergi kat markas di Alor Setar. Di markas ada satu jemaah 40 hari baru sampai, campur dari Johor dan Melaka. Amernya Mujahid dari Johor ia bekas pelajar UPM ( Sekarang menjadi Pengarah Pertanian Pahang bergelar Dato jika tak silap). Jemaah dimesyuaratkan keluar di kawasan Kuala Nerang dan patah balik ke Pokok Sena, aku ditasykil untuk nusroh 5 hari.
Masjid pertama ialah di masjid Pekan kuala Nerang, mula-mula tak dapat masuk tetapi setelah berjumpa dengan imam dan Ajk dibenarkan juga masuk, disini tidak ada sambutan dari orang tempatan, kecuali ada seorang pelajar SPM namanya Tarmizi, ia ikut 3 hari bersama kami. Tarmizi ini lepas SPM telah sambung belajar kat UPM dan berjumpa dengan aku kat sana dan dia menjadi fikirman kat Kolej ke2 UPM. Aku masih ingat di masjid ini AJK telah mengambil nama kami bersama pekerjaan, disinilah aku mengetahui pekerjaan semua ahli jemaah.
Masjid kedua kami pergi ialah masjid Felda Bukit Tembaga (Felda yang kedua di Malaysia selepas Felda Lurah Bilut di Bentong Pahang). Kami sampai pagi Jumaat, sambutan disini amat baik, Imamnya sendiri telah duduk bersama kami dalam mesyuarat pagi dan juga taklim, dimana dia telah belajar adab dan usul, 4 perkara dibanyakkan, 4 perkara dikurangkan 4 perkara ditinggalkan dan 4 perkara jangan disentuh semasa keluar jalan allah. Rupa-rupanya adab dan usul ini beliau telah membaca dan membahasnya sewaktu mengajar sebelum solat jumaat, tetapi secara positif mengikut al quran dan hadis. Tuan Imam ini merupakan Tok Guru, beliau belajar di pondok dari kecil sehingga tua dan mengajar lagi kat pondok kemudian dilantik menjadi imam di Felda Bukit Tembaga.
Jemaah telah berusaha seperti biasa dan setiap ada program ijtimae Tok imam ini pasti akan duduk dan mendengar dengan penuh perhatian dan tak pernah beliau komplen apa-apa pada jemaah. Sehingga waktu malam beliau makan bersama kami dan duduk dalam taklim akhir dan adab tidur. Semasa adab tidur diberi, kelebihan tahajjud juga disebut dengan banyak untuk menimbulkan keghairahan untuk beramal. Disini kami duduk 3 hari dan jemaah berpindah ketempat lain, aku pula balik rumah.
Dipendekkan cerita dah lama aku tidak dengar ceritanya kecuali sekali ada aku dengar beliau telah dibawa oleh jemaah Khawas keluar kat Thailand 10 hari. Pada tahun 1982 ijtimak dunia di Terangganu, aku telah keluar 4 bulan ke IPB sebelum ijtimak diadakan. Setelah tamatnya Ijtimak di Terangganu banyak jemaah 4 bulan telah dihantar ke IPB termasuklah Tuan Imam ini. Aku telah berjumpa dengan beliau di Markas Nizamuddin India. Ia begitu seronok berbual dengan aku.
Disinilah beliau mencerikan padaku bagaimana ia tertarik dengan jemaah tabligh ini. Bermula dengan jemaah kami yang keluar kat tempatnya dahulu, dimana setiap program yang dia duduk itu, tujuannya untuk melihat amalan-amalan orang dakwah.
Beliau berkata padaku
“Musa, masa depa bagi kelebihan tahajjud, saya dok ingat depa cakap saja mereka tak boleh buat, sebab saya dari kecil sampai besar mengaji pondok kemudian mengajar di pondok pula pun susah nak solat tahajjud, bangun buang air kecil bolehlah”.
Inilah kata-katanya yang masih aku ingat.
Katanya lagi
“Malam tu saya tak tidoq, saya dok perati (lihat) apa depa buat, depa semua tidoq dah. Kemudian agak malam sikit, bangun sorang, pelan-pelan (perlahan) jalan pi bilik air, sapapun tak dengar dia jalan dalam kelam, kemudian bangun pula sorang lagi, macam tu juga, senyap , kemudian bangun lagi, kemudian depa sembahyang tahajjud secara senyap-senyap tak ganggu sapa” .
Tambahnya lagi
“Lepas tu depa semua pakat berdiri sembahyang, saya pula jalan pelan-pelan pi dengar depa baca apa, tiap-tiap orang saya pi dan dengar, depa baca surah apa sebab berdiri lama.sampai kat sorang tu saya dengar dia baca surah yaasin, saya ingat dia ni mesti orang alim sebab dia baca yaasin dalam tahajjud, orang biasa mana boleh buat macamtu”.
Esoknya dia tanya amer jemaah iaitu Mujahid siapa orang tu sambil menuding tangan ke arah orang yang membaca surah yaasin malam tadi dalam tahajjud. Amer sab memberitahu dia kerja sebagai posmen dari Melaka, dengar sahaja “Posmen” terkejutlah Imam ini.
“Saya terkejut ingat kan orang alim tapi posmen sahaja, malu saya dengan amalan depa ini, hati saya berasa tersentuh dan sebab itulah saya ikut jemaah tabligh ini”.
Ini luahan imam ini pada saya secara ikhlas kat markas Nizamudin. Maksud tuan imam ini bukanlah beliau nak merendahkan posmen ini tidak sama sekali, tapi kebiasaannya di negara kita ini, jika seseorang yang bekerja disektor yang bukan agama, pengetahuan agamanya tidaklah setinggi mana, sekadar biasa sahaja. Tapi bila beliau lihat amalan orang ini hebat seperti amalan orang alim, itulah yang membuat beliau terkesan dihatinya.
Apabila saya habis belajar di UPM dan balik kampong kami sering keluar 3 hari bersama termasuklah keluar masturat, aku amatlah akrab dengan beliau, cucu perempuannya pun aku mengajar kat sekolah dan pernah keluar masturat bersama dengan aku.Walaupun aku muda tapi beliau amat suka untuk keluar jalan allah bersama dengan aku.
Diakhir-akhir hayatnya ,kalau dulu kami sama-sama pergi buat khususi berjumpa manusia cerita tentang kebesaran Allah dan kepentingan usaha agama allah dan ajak orang keluar di jalan Allah. Bila masuk zaman Milanium tahun 2000 kami juga sama-sama telah dimasukkan ke hospital dengan sakit masing-masing, berulang-ulang masuk dan keluar hospital bersama sehinggalah Allah telah menjemput beliau kehadratnya, meninggalkan aku dengan kenangan bersamanya yang tak akan kulupakan. Sekarang usaha dakwah ini telah disambung oleh menantu lelakinya yang telah berkahwin dengan anak perempuannya, yang mana mereka ini suami isteri banyak berkorban di jalan Allah swt. , kerap rumah mereka menerima jemaah masturat. Inilah yang dikatakan keberkatan Ibubapa yang membuat pengorbanan atas agama Allah, Insyallah Allah akan ambil ahli keluarga untuk sambung usaha agamanya. Menantunya ini juga amat baik dengan aku, kerana nak menyambung persahabatan yang telah terjalin dengan bapa mertuanya.
Nama Tok imam ini ialah AllahyarhamTuan Guru Iman Haji Ibrahim semoga Allah mencucuri Rahmat keatasnya dan memasukkan Rohnya bersama Nabi-nabi, Siddiqin, Syuhada` dan Solihin. Amin
 Amin, ya Rabbal 'alamin..

Subhanallah. Jadi pengajarannya juga di sini dont judge a book by its cover malah kita sendiri bukak buku tu dan kita cuba jadikan diri kita sbgmana yg tersebut dalam isi buku tersebut. Senang kata, kita alami dulu baru kita tahu apa yg kita sangkakan tu betul atau tidak.

Pengajaran yg lain, jom kita sama2 tingkatkan amal tahajjud yg mana solat tahajjud ni adalah solat khas bagi org2 yg soleh sahaja. Bukan semua org diberi taufiq oleh Allah utk bangun tahajjud. Jadi, sama2 doa agar Allah pilih kita utk bersama2 dgn golongan yg sedia terpilih ini..insyallah.

AZAM : 24 jam masa diberi utk agama Allah insya Allah!

p/s : jika ada yg kurang faham dgn some istilah, boleh tanya erk,, bisa dijelaskan insya Allah.
...syukran credited to Tuan Haji Musa kola kedah and picture belongs to blogger 'mang'?

Ahad, Mei 16, 2010

QULMIND PRODUCTION.wmv




Selamat Hari Guru kpd semua guru esp guru2ku di MDUAHKedah 1998, madrasah lil banat Pahang 1999,Madrasah Miftahul Ulum Taiping Perak 2000, Maahad Tahfiz Ummul Qura' (MTUQ) Sabak Bernam Selangor 2001, SMRAJ Jempol N9 2002-2003, SMADHM Serting Ulu N9 2004, SMATKEM P.Dickson 2005, Institut Teknologi Yayasan N9 (ITYNS) 2006, Institut Tahfiz al-Quran N9 (ITQAN) 2006-2009, Maahad Fatayat Mansurah Mesir 2009-(until now...)

Hope Allah will give His Rahmat and Barakah in ur life because teaching and leading us to know anything about life.

Salam Rindu penuh penghormatan!

Sayang selamanya...

Khamis, Mei 13, 2010

Bergenang airmataku...

Salam maghfirah, salam ketaatan sahabat2...

Jangan diganggu situasi aku sekarang ini...itu yang mampu aku lafazkan tatkala membaca bait2 kisah dari laman blog sahabat yg telah berjaya menumpahkan airmataku yang sekian lama kering dengan muhasabah.

Aku bersyukur ya Allah kerana dgn jalan ini Kau pertemukan aku dgn sesuatu yg membuatkan hatiku terusik lantas tersedar dari lamunan duniawi dan terus terlintas di hati ini..."...Allahhh...banyak benar dosa yg telah aku lakukan padaMu..malu aku ya Allah padaMu,,malu aku ya Allah pada nabiMu..."

Terkenangkan mimpi sahabat mengenai Rasulullah, terdetik hati ini bahawa jauh sekali kelayakan aku utk aku bermimpi bertemu dgn Rasulullah...lantaran kotornya mata ini dgn banyak melihat maksiat...Allahhh jauhnya diriku berbanding dgn sahabat yg bertuah itu ketemu kekasihMu walaupun hanya dalam mimpi...

Ya, memang benar prinsip, motto, pegangan hidupku adalah ;
"...aku lebih suka diuji Allah dengan kesusahan dari diuji Allah dgn kesenangan yg akan membuatkan aku lupa pada Tuhan Penciptaku..."

...tapi adakah mampu aku utk melawan takdir Allah yg memberikanku ujian dari segala bentuk ujian? Diakui sememangnya aku lemah.. Aku sememangnya mudah tersungkur dalam lembah kesenangan...

Aku sertakan disini perkongsian kisah sahabat yg bertuah itu yang berpeluang menitip nasihat dari kekasih kita ketika dihujani ujian yg maha ujian..dan direzekikan berubat-rawatan dengan para sahabat nabi yg telah dijanjikan syurga oleh Allah...(moga Allah sentiasa rahmati beliau...) Biarpun kisah ini sudah berapa ribu berpindah tangan, namun ingin juga aku kongsikan bersama sahabat-sahabatku yang lain agar sama-sama kita sedar dari lamunan bahawa siapakah diri kita sebenarnya. Dalam kurniaan umur yang Allah hadiahkan pada kita, berapa banyak amal kita, berapa kalikah ingatan kita terhadap Pencipta kita, berapa jauh atau dekatkah rindu kita dengan Kekasih kita, rindu kita dengan Kekasih kepada kekasih kita junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Sahabat kita ini memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut.

Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan,  
“Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan dibaringkan di sana. Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau kelihatan hampir nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.

Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilulah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah...indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja.

Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan,  
"Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”
Subhanallah..!Baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fi masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..

Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: Qalallahu Ta'ala ;
”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).

Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughah arab, tp diterjemahkan di sini) ;
“Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi;
“Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” 

Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi.

Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? Wallahua’lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ”

Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas nikmat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Jika sebelumnya, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…”

Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan;
“Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” 

Subhanallah!! Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan;
“Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” 

Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

Subhanallah!! Waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah...dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis.

Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak,...bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.

Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?”

Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…
banyakkan lah berselawat dan berzikir..insyaAllah kita semua akan mendapat syafaatnya di Akhirat kelak..Aminn!!

Allah berikanku itu dan ini namun aku lupa itu juga adalah ujian dari Allah...Aku lupa sehingga aku diberi jentikan kesedaran dari Allah dengan menyoroti kisah sahabat yg bertuah itu...terlintas lagi di hati ini...Siapalah aku berbanding dia yg tabah dgn ujian yg Allah berikan..dan dengan ujian itu sahabat bertuah itu telah menghiasi ujian yg Allah hadiahkan dengan amalan yg cukup utk membuatkan dia tabah dan mendapat janji Allah bahawa "..Allah bersama-sama dengan org yg sabarrrrrr..."

Allahhh...bertuahnya dia..dapat ketemu KekasihMu, sahabat-sahabat kekasihMu...Allahhh org2 yg mulia tu,,Subhanallah, Masya Allah!! Biarpun dapat bertemu hanya dalam mimpi. Siapalah aku utk berpeluang seperti itu dengan mata yg penuh diselaputi dosa-dosa maksiat ini ya Allahhh...

Moga Allah sentiasa menghadiahkan TAUFIQNYA pada kita utk sentiasa meningkatkan dan mengekalkan keTAQWAAN kita pada Allah...