Pengikut

Jumaat, Jun 10, 2011

Teruja tengok reaksi baby dlm perut ni gerak2... =)

Bismillahirrahmanirrahim...

Amboi seronok tengok blog hubby makin cantik di make-up nye..hm,,moga-moga iman dan amalnya pun begitu ye bang..hehe
Kite pun rasa mcm nak 'make-up' jgk ruangan entri kali ni. :-p

erk..jangan main bola dlm perut umi ye..hehe. Bak kata hubby,baby tgh main basikal..huhu..ngeri..


Harini hari jumaat.
Sebelum solat Jumaat, janjinya hubby dgn sahabat dia utk muzakarah kitab hikam kat rumah kami.
Sementara tunggu hubby muzakarahkan kitab Hikam dengan sahabat dia, saya tunggu dalam bilik.
Sebabnya hubby dgn sahabat dia nak muzakarah kat ruang tamu.
Hmm, nak ke mana-mana pun tak boleh, kene la tunggu dia habiskan muzakarahnya dulu.
Sambil tunggu dalam bilik, bosan pulak duduk saja-saja.
Saya ambil lah satu buku utk baca.
Buku tu mulanya saya baca dalam hati je.
Pastu tiba-tiba rasa mcm nak baca kuat sikit untuk bagi anak dalam perut ni dengar.
Baik juga sebab pasal kebesaran Allah sampailah masuk kisah para nabi yang Allah utuskan utk berdakwah pada umat mereka.
Siap dengan dalil al-Quran nya lagi.
Masa tengah duk khusyuk baca kisah nabi Saleh diutuskan kepada kaumnya, tiba-tiba rasa mcm perut ni bergegar beberapa saat setiap kali.
Huhu..sangat-sangat teruja.
Anak dalam perut ni bagi reaksi pada kisah nabi yang dibaca...Allahu Akbar!
Rasa mcm nak panggil je hubby utk tgk sama.
Tapi saya sabar je dulu. Tgk je la reaksi anak tu sorang diri...

Akhirnya saya terhenti dari baca kisah nabi tu sebab ghalit duk nengok baby dlm perut ni gerak-gerak.hehe..
Selalunya memang ada rasa dia gerak tapi tak pernah pulak nampak seaktif harini.
Mungkin berkat hari Jumaat. Juga mungkin dia sedang menerima apa yg dia dengar.
Syukur sangat anak umi ni dalam perut lagi dah tunjukkan suka pada agama.
Moganya dah besar nanti jadi Daie di Jalan Allah ye sayang..
Moga lebih ahsan dari umi dgn abi ye..

Tadi hubby masuk bilik.
Katanya dah nak pergi dah utk solat Jumaat.
Saya pun btau la yang anak tadi duk gerak-gerak.hehe..dia pun teruja.
Katanya anak dalam tu duk naik basikal..alahaii,,pulak dah..huhu..
Lepas bangun tidur pagi tadi lagi dia dah rasa dah kat perut ni yg anak tu duk gerak-gerak.
Cuma baby ni makin aktif pulak dia lepas dibaca kisah nabi tu.

Lepas Jumaat ni mcm biasa lah hubby akan terus ke Sandub utk talaqqi kitab Hikam bersama sheikh pulak.
Nanti talaqqi sampai asar.
Lepas tu akan terus ke Salam pulak ke rumah sahabat dia Ust Khairi utk sesi pembelajaran Nahu.
Sampailah lebih kurang sebelum maghrib agaknya.
Lepas maghrib pulak dia akan ke Talkha dgn sahabat-sahabat karkun Mansurah ni utk talaqqi kitab hadis dengan salah sorg sheikh yang juga biasa dengan usaha tabligh ni.
Kata hubby dulu sheikh ni pernah belajar di Pakistan utk belajar hadis.
Masa talaqqi minggu lepas kata hubby dia siap tasykil lagi murid-murid yang talaqqi dgn dia utk bagi masa khuruj 3 hari, 40 hari dan sebagainya.

Sekarang ni tinggallah saya sorang-sorang kat rumah ni. Bertemankan baby dalam perut ni..
Hmm..kalau hari-hari biasa lain saya akan ke kelas, tinggal hubby sorang-sorang kat rumah.
Dan akan menjadi rutin mingguannya pulak setiap hari Jumaat akan tinggallah saya seorang diri kat rumah ni.
Orang perempuan ni biasanya nak kan teman utk bercakap.
Alhamdulillah line internet pun harini tak demam, jadi ada juga lah tempat utk saya melepaskan kata..hehe.
Kalau tak tu, kat Mesir ni hari Jumaat lah macam2 masalah berlaku.
Air takde lah..tiba-tiba tak naik..
Internet tiba-tiba tak syaghol..hmm..
Boleh mati kutu dibuatnya kat rumah ni.
Tapi tu sumenye asbab ye..
Ada ke takde ke sume tu tak jugak boleh datangkan manfaat atau mudharat.
Yang datangkan manfaat mudharat hanyalah Allah SWT.

ehm2..tengah bentuk fikir ni.
hehe..Doakan ye bulan Julai ni insha allah ada ijtimak utk pelajar2 wafidin (foreigner) di Markaz wafidin kat Kaherah.
Mudah2an Allah izinkan saya dan suami utk keluar masturat lepas ijtimak tu nanti.
Mulanya hubby je yg kata dia nak keluar.
Bila difikir-fikir balik saya pun rasa mcm nak keluar jugak.
Nak ambil peluang sebelum bersalin ni nanti.
Dah ada anak nanti kene tunggu lepas 2 tahun dan bercerai susu baru boleh keluar masturat.
Lama nye lah nak tunggu.. :'(

Rasanya itu je kut yang nak dikongsi utk entri kali ni.
Akan datang saya tulis lagi insha allah manfaat apa yg saya dapat dari buku yg saya baca utk baby tadi.
Moga semua beroleh hidayah Allah insha allah.

************************************

اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ وَاشْفِهِ وَأنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا.

Ya Allah,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku  dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawar-Mu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.


اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ.

Ya Allah,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.


اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا.

Ya Allah, zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .


اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً.

Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim dan beramal .


اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خَلْقَهُ وَأفْصِحْ لِسَانَهُ وَأحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ .

Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan, sihatkanlah tubuh badannya, dan indahkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w.


   وَالْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ.

Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

7 ulasan:

Awanama berkata...

assalamualaikum..
saya pun pernah jugak macam tu..tgh baca taklim,baby dlm perut buklan main aktif..alhamdulillah..

IBNU ARAHMAN berkata...

masyaallah

bila zaujati crita mcam tu truja gak abg.tp msa tu abg nak p solat jumaat dah tak smpat nak tgk lama, nak pgang btal wudhu` plak. kull khoir insyaallah.. truskan dakwah dan taklim pd ank mga klua2 trus pgng pd usha dakwah. eh nak kuar 40h ye.insyaallah ana musta`id.

QuLMinD berkata...

W'salam..

Alhamdulillah..itu lah tandanya kita ni dari alam roh-->alam lg rahim dah akur dgn agama. Cumanya bila dah dihantar ke dunia ni kita selalu je lupa diri..mudah2an Allah sentiasa menetapkan kita atas JalanNya.. =)

Hubby-->syukran atas komennye..<3
Moganya kita sama2 kemudi bahtera ni berlandaskan sunnah dan agama dlm kehidupan.Hanya itu cara yg membawa kejayaan.Pasti dan pasti ianya diredhai Allah krn bersandarkan kpd kekasihNya s.a.w
Insya allah azamnya kluar 40 hari.yg penting allah izin,
Insha Allah

Siti Safura Binti Roslan berkata...

salam~~cumelnyer umu...yg xtahan tu boleh main basikal??..hehe..jg ank buah ak bek2 ye umu...syg ko..

Norsha berkata...

Salam ziarah dan salam kenal,
Moga bahagia selamanya, dikurnai Allah keberkatan dan kesejahteraan berkekalan....tentunya sedang melalui saat indah ketika ini...

QuLMinD berkata...

Norsha ;

Wslm..
Amin wa alfu syukran Norsha.
Mudahan saudari juga dikurnai Allah keberkatan dan kesejahteraan berkekalan. ツ

Syukran atas ziarahnya =)

QuLMinD berkata...

cikgu Norsha rupenye..

Mintak doa berterusan cikgu.. =)