Pengikut

Selasa, Mei 18, 2010

Asbab tahajjud, sesorang beroleh hidayah Allah..

Masya Allah, masya Allah...

Ungkapan yg terkeluar dari mulut aku setelah selesai membaca entri seorang pemblogger kita yang membuatkan aku sekali lagi kagum dgn perancangan Allah utk menghadiahkan "hidayah" pada hambaNya.

Sahabat, jika kita dihadiahkan oleh Allah hidayah dan taufiqNya, segeralah kita rebut dan jaga sehabis baik hadiah tu supaya ia tidak berlalu begitu sahaja dgn sia-sia. Bukan mudah utk kita perolehinya krn org2 yg tertentu sahaja yg boleh mengecapi nikmat itu.

Apa yg aku maksudkan sebenarnya? Taufiq? Hidayah?

Taufiq ni adalah seperti jika kita ingin membuat sesuatu Allah izinkan atau mudahkan kita utk melakukannya. Jika baik perkara tu, alhamdulillah. Jika kita mudah utk melakukan perkara yg tidak baik, nauzubillah! -Wallahu a'lam. 

Hidayah dan taufiq ni suatu perkara yg berbeza tapi ianya berkait rapat antara satu sama lain.  Sebagai contoh seseorang yg tergerak melakukan sesuatu kebaikan itu dinamakan hidayah. Sekiranya dia lakukan perkara baik tersebut, ini bererti dia mendapat taufiq dari Allah utk melakukan  perkara tersebut. Lihat betapa pentingnya dan beruntung bagi siapa yg dihadiahkan oleh Allah taufiq dan hidayah kepadanya.

Pada entri kali ni aku nak kita sama2 share betapa luasnya rahmat Allah pada hambaNya melalui satu peristiwa yg pernah berlaku pada satu jemaah yg mana mereka ni dipilih oleh Allah s.w.t utk menumpukan masa mereka utk menjana iman semata2 utk agama Allah s.w.t dan juga meneruskan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kat sini aku sertakan pengalaman yg telah diceritakan oleh pemblogger musa kola kedah yg mana aku sendiri tersentuh dgn cerita beliau.

Mulanya aku ingat nak olah sendiri cerita ni tapi risau plak tersalah sampai maklumat nanti dengan keadaan mata aku ni yg dah balam nak tertutup. Jadi aku copy mentah2 lah bagi bacaan semua. Al-Maklumlah exited sangat nak share criter nih.

Harap kita sama-sama dapat ambil iktibar mana yg baik dari kisah ni, insya Allah.


Dalam cerita Singapura dilanggar Todak, dengan fikir seorang kanak-kanak telah menyebabkan Singapura selamat dari ancaman todak, begitu juga apabila negeri Beringin Rendang berlawan dengan negeri Masai dengan mempertaruhkan negara melalui empat soalan cepumas, jika kalah negerinya akan tergadai tetapi dengan asbab seorang kanak-kanak namanya Belalang dan bapanya Pak Belalang maka negeri Beringin Rendang diselamatkan .
Inilah kesah benar yang aku ingin ceritakan. Kesah ini berlaku disekitar tahun 1981, masa itu aku masih belajar di UPM .Pada masa cuti semester, selama 5 minggu aku telah keluar dakwah Tabligh 20 hari kat Melaka bersama pelajar dan lagi 2 minggu aku pulang kampong kat kuala kedah.
Dalam cuti 2 minggu kat kampung aku telah pergi kat markas di Alor Setar. Di markas ada satu jemaah 40 hari baru sampai, campur dari Johor dan Melaka. Amernya Mujahid dari Johor ia bekas pelajar UPM ( Sekarang menjadi Pengarah Pertanian Pahang bergelar Dato jika tak silap). Jemaah dimesyuaratkan keluar di kawasan Kuala Nerang dan patah balik ke Pokok Sena, aku ditasykil untuk nusroh 5 hari.
Masjid pertama ialah di masjid Pekan kuala Nerang, mula-mula tak dapat masuk tetapi setelah berjumpa dengan imam dan Ajk dibenarkan juga masuk, disini tidak ada sambutan dari orang tempatan, kecuali ada seorang pelajar SPM namanya Tarmizi, ia ikut 3 hari bersama kami. Tarmizi ini lepas SPM telah sambung belajar kat UPM dan berjumpa dengan aku kat sana dan dia menjadi fikirman kat Kolej ke2 UPM. Aku masih ingat di masjid ini AJK telah mengambil nama kami bersama pekerjaan, disinilah aku mengetahui pekerjaan semua ahli jemaah.
Masjid kedua kami pergi ialah masjid Felda Bukit Tembaga (Felda yang kedua di Malaysia selepas Felda Lurah Bilut di Bentong Pahang). Kami sampai pagi Jumaat, sambutan disini amat baik, Imamnya sendiri telah duduk bersama kami dalam mesyuarat pagi dan juga taklim, dimana dia telah belajar adab dan usul, 4 perkara dibanyakkan, 4 perkara dikurangkan 4 perkara ditinggalkan dan 4 perkara jangan disentuh semasa keluar jalan allah. Rupa-rupanya adab dan usul ini beliau telah membaca dan membahasnya sewaktu mengajar sebelum solat jumaat, tetapi secara positif mengikut al quran dan hadis. Tuan Imam ini merupakan Tok Guru, beliau belajar di pondok dari kecil sehingga tua dan mengajar lagi kat pondok kemudian dilantik menjadi imam di Felda Bukit Tembaga.
Jemaah telah berusaha seperti biasa dan setiap ada program ijtimae Tok imam ini pasti akan duduk dan mendengar dengan penuh perhatian dan tak pernah beliau komplen apa-apa pada jemaah. Sehingga waktu malam beliau makan bersama kami dan duduk dalam taklim akhir dan adab tidur. Semasa adab tidur diberi, kelebihan tahajjud juga disebut dengan banyak untuk menimbulkan keghairahan untuk beramal. Disini kami duduk 3 hari dan jemaah berpindah ketempat lain, aku pula balik rumah.
Dipendekkan cerita dah lama aku tidak dengar ceritanya kecuali sekali ada aku dengar beliau telah dibawa oleh jemaah Khawas keluar kat Thailand 10 hari. Pada tahun 1982 ijtimak dunia di Terangganu, aku telah keluar 4 bulan ke IPB sebelum ijtimak diadakan. Setelah tamatnya Ijtimak di Terangganu banyak jemaah 4 bulan telah dihantar ke IPB termasuklah Tuan Imam ini. Aku telah berjumpa dengan beliau di Markas Nizamuddin India. Ia begitu seronok berbual dengan aku.
Disinilah beliau mencerikan padaku bagaimana ia tertarik dengan jemaah tabligh ini. Bermula dengan jemaah kami yang keluar kat tempatnya dahulu, dimana setiap program yang dia duduk itu, tujuannya untuk melihat amalan-amalan orang dakwah.
Beliau berkata padaku
“Musa, masa depa bagi kelebihan tahajjud, saya dok ingat depa cakap saja mereka tak boleh buat, sebab saya dari kecil sampai besar mengaji pondok kemudian mengajar di pondok pula pun susah nak solat tahajjud, bangun buang air kecil bolehlah”.
Inilah kata-katanya yang masih aku ingat.
Katanya lagi
“Malam tu saya tak tidoq, saya dok perati (lihat) apa depa buat, depa semua tidoq dah. Kemudian agak malam sikit, bangun sorang, pelan-pelan (perlahan) jalan pi bilik air, sapapun tak dengar dia jalan dalam kelam, kemudian bangun pula sorang lagi, macam tu juga, senyap , kemudian bangun lagi, kemudian depa sembahyang tahajjud secara senyap-senyap tak ganggu sapa” .
Tambahnya lagi
“Lepas tu depa semua pakat berdiri sembahyang, saya pula jalan pelan-pelan pi dengar depa baca apa, tiap-tiap orang saya pi dan dengar, depa baca surah apa sebab berdiri lama.sampai kat sorang tu saya dengar dia baca surah yaasin, saya ingat dia ni mesti orang alim sebab dia baca yaasin dalam tahajjud, orang biasa mana boleh buat macamtu”.
Esoknya dia tanya amer jemaah iaitu Mujahid siapa orang tu sambil menuding tangan ke arah orang yang membaca surah yaasin malam tadi dalam tahajjud. Amer sab memberitahu dia kerja sebagai posmen dari Melaka, dengar sahaja “Posmen” terkejutlah Imam ini.
“Saya terkejut ingat kan orang alim tapi posmen sahaja, malu saya dengan amalan depa ini, hati saya berasa tersentuh dan sebab itulah saya ikut jemaah tabligh ini”.
Ini luahan imam ini pada saya secara ikhlas kat markas Nizamudin. Maksud tuan imam ini bukanlah beliau nak merendahkan posmen ini tidak sama sekali, tapi kebiasaannya di negara kita ini, jika seseorang yang bekerja disektor yang bukan agama, pengetahuan agamanya tidaklah setinggi mana, sekadar biasa sahaja. Tapi bila beliau lihat amalan orang ini hebat seperti amalan orang alim, itulah yang membuat beliau terkesan dihatinya.
Apabila saya habis belajar di UPM dan balik kampong kami sering keluar 3 hari bersama termasuklah keluar masturat, aku amatlah akrab dengan beliau, cucu perempuannya pun aku mengajar kat sekolah dan pernah keluar masturat bersama dengan aku.Walaupun aku muda tapi beliau amat suka untuk keluar jalan allah bersama dengan aku.
Diakhir-akhir hayatnya ,kalau dulu kami sama-sama pergi buat khususi berjumpa manusia cerita tentang kebesaran Allah dan kepentingan usaha agama allah dan ajak orang keluar di jalan Allah. Bila masuk zaman Milanium tahun 2000 kami juga sama-sama telah dimasukkan ke hospital dengan sakit masing-masing, berulang-ulang masuk dan keluar hospital bersama sehinggalah Allah telah menjemput beliau kehadratnya, meninggalkan aku dengan kenangan bersamanya yang tak akan kulupakan. Sekarang usaha dakwah ini telah disambung oleh menantu lelakinya yang telah berkahwin dengan anak perempuannya, yang mana mereka ini suami isteri banyak berkorban di jalan Allah swt. , kerap rumah mereka menerima jemaah masturat. Inilah yang dikatakan keberkatan Ibubapa yang membuat pengorbanan atas agama Allah, Insyallah Allah akan ambil ahli keluarga untuk sambung usaha agamanya. Menantunya ini juga amat baik dengan aku, kerana nak menyambung persahabatan yang telah terjalin dengan bapa mertuanya.
Nama Tok imam ini ialah AllahyarhamTuan Guru Iman Haji Ibrahim semoga Allah mencucuri Rahmat keatasnya dan memasukkan Rohnya bersama Nabi-nabi, Siddiqin, Syuhada` dan Solihin. Amin
 Amin, ya Rabbal 'alamin..

Subhanallah. Jadi pengajarannya juga di sini dont judge a book by its cover malah kita sendiri bukak buku tu dan kita cuba jadikan diri kita sbgmana yg tersebut dalam isi buku tersebut. Senang kata, kita alami dulu baru kita tahu apa yg kita sangkakan tu betul atau tidak.

Pengajaran yg lain, jom kita sama2 tingkatkan amal tahajjud yg mana solat tahajjud ni adalah solat khas bagi org2 yg soleh sahaja. Bukan semua org diberi taufiq oleh Allah utk bangun tahajjud. Jadi, sama2 doa agar Allah pilih kita utk bersama2 dgn golongan yg sedia terpilih ini..insyallah.

AZAM : 24 jam masa diberi utk agama Allah insya Allah!

p/s : jika ada yg kurang faham dgn some istilah, boleh tanya erk,, bisa dijelaskan insya Allah.
...syukran credited to Tuan Haji Musa kola kedah and picture belongs to blogger 'mang'?

1 ulasan:

musa berkata...

Asmkum saya rasa bersyukur kpd Allah kerana tuan telah menyebarkan N3 saya semuga ia menjadi asbab hidayat. Teringat saya satu ketika orang memberitahu maulana Zakaria rah. ada orang cetak rompak kitab fadzail amalnya . Beliau berkata alhamdulillah allah telah menyebar luaskan kitab tersebut smuga ianya menjadi hidayah pd ramai orang.