Assalamualaikum...
Sebak hati ni tiba-tiba terfikir pasal lemahnya diri ni dan juga ummat kita yg masih tak sampai hidayah pada mereka. Tadi baru lepas baca blog seorg ukhti ni. Sedih. Biarpun dah lama blognya tak diupdatekan yg baru, namun hatiku tersangat tersentuh bila membaca tulisannya yg menceritakan perihal saudara-saudara di Singapura yg sedang tenggelam sukar bernafas dalam menghirup kemanisan kalimah iman. Singapura jiran kita. Itu lagi kesian. Kita di sini (Malaysia) walaupun aktif dengan usaha-usaha yg dihantar ke sana-sini namun masih dikira lemah juga kerana jika usaha kita berjaya, maka tiada istilah ISLAM TIDAK KELUAR DARI KEPOMPONGNYA.
Melihatkan keadaan ummat di sana yg semakin ramai tidak kenal islam, tidak kenal masjid, apatah lagi hendak mengenalpasti orang islam dan yang bukan islam pun amatlah payah. Kesian kerana usaha kita mungkin tak sampai atau mungkin tak aktif di sana. Mungkin ada tapi usaha yg sedikit.
Kita perlu lebih tingkatkan usaha supaya dakwah boleh sampai di sana. Moga Allah hantar aku, ibu bapa dan keluargaku semuanya untuk sebarluaskan lagi islam di sana. Kesian. Mereka jiran kita. Kalau jiran sebelah rumah ada yg sakit, tidak mempunyai makanan, atau miskin dan sebagainya, kita tidak mengambil tahu hal keadaannya, maka teringatku pada sabdaan kekasih kita Nabi s.a.w, "tidak sempurna iman daripada kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri".
Makanya di sini kita masih lagi tidak sepenuhnya mengasihi saudara kita sebagaimana kita mengasihi diri kita sendiri. Kita amat takut jika diri kita tertimpa apa-apa musibah. Tetapi kita hampir-hampir saja tidak merasakan jika keperitan tu dialami oleh orang lain. Ini kerana ada sikap pentingkan diri dan merasa diri sudah cukup sempurna. Sekalipun kita sudah merasakan cukup dgn nikmat islam yg kita ada, tetapi belum cukup sempurna lagi sebenarnya jika masih ada lagi saudara-saudara kita yg masih lemah dalam mencari kebenaran.
Hidayah tu Allah yg beri kepada sesiapa yg Dia kehendaki. Benar. Di samping itu kita perlulah fikir dan risau atas ummat ini yg mana hidayah yg tidak sampai kepada mereka ini juga adalah disebabkan lemahnya usaha dan iman kita ke atas mendakwahkan kalimah iman dan amal kepada mereka. Kelak di akhirat sana kita akan ditanya dan mereka juga akan menuntut daripada kita kerana kita tidak berjaya menyampaikan dakwah kepada mereka. Apa kita nak jawab dengan Allah Ta'ala esok?
Keadaan di Singapore sana yang mana azan pun tidak boleh kedengaran di luar itu menunjukkan lemahnya usaha kita dalam mendakwahkan kebenaran. Jika usaha tersebarluas di sana, aku yakin pemimpin di sana pun akan hormati kita sebagai ummat islam. Nampak sangat nilai islam di sana amat rendah dan hampir dihinjak-hinjakkan. Mana perginya dakwah di sana? Lagi menyedihkan bila ada anak muda mudi yg TAK KENAL MASJID dan hampir tak tahu di mana-mana tempat yg ada masjid. Allahhh, apa ni? Padahal mereka inilah kita harapkan sebagai PEMEGANG PANJI-PANJI ISLAM!
Lihat, betapa lemah usaha kita.
Satu lagi aku terbaca komen dibawah artikelnya. Mungkin dia adalah org Brunei sendiri. Komen yg merayu supaya kita dapat menghantar jemaah lebih ke sana utk buat usaha. Mereka rindukan amal agama. Komen merayu :
"Kami di Brunei pun rindu rasanya hendak terima jemaah dari luar negeri untuk datang sini.. Mana-mana jemaah dari luar yang sedia untuk datang ke Brunei, tolong lah datang.."
Kesian sangat kat depa. Kita boleh lihat masih ada sinar jika kita terus menerus hantar jemaah ke sana yang mana dalam komennya beliau mengatakan bahawa mereka di sana baru pertama kali buat usaha jemaah jalan kaki. Ketika mereka (jemaah jalan kaki ni) berjalan merentasi lebuh raya, pernah ada orang yang mengatakan bahawa mereka ini kelihatan seperti ada pengikut-pengikut yang ramai bersama mereka sedangkan mereka hanya 6 orang sahaja. Memang MasyaAllah! Jadi impaknya, karkun-karkun di sana yang dah lama membeku terasa meningkat semula semangat mereka utk buat usaha.
Jadi mari kita sama-sama bantu mereka ni supaya dapat menyuburkan lagi sinar semangat yg kian malap.
Jadi utk itu moga Allah Ta'ala sediakan diri kita, keluarga kita utk korban harta di jalan Allah dan dapat menghantar jemaah seramai yg mungkin utk hidupkan kembali roh islam yg sudah lemah di sana INSYALLAH!
*********************************************
Cerita aku.
Aku sebenarnya sedang belajar di luar negara jauh dari bumi aku mula-mula mengenal dunia. Di sini memang ada jemaah-jemaah yg buat usaha. Tapi kalangan kami pelajar melayu ni amat sedikit yg aktif. Ada juga yg berdakwah. Tapi mostly berdakwah melalui persatuan. Namun yg mengikut jemaah tabligh ni amatla kurang. Ada tapi jumlahnya sedikit. Di sini aku hampir tidak dapat merasakan kemanisan dalam berdakwah. Aku hanya sempat mengikuti cerita-cerita yg aku baca dari internet. Dan aku juga sempat berdakwah sedikit-sebanyak pun di internet. Tapi internet ni benda yg bersifat mati. Hakikatnya kita perlu berdakwah jumpa orang. Tapi apakan daya, aku ni hanyalah wanita. Sampaikan pernah satu saat aku mengeluh, alangkah baiknya jika aku ni lelaki. Boleh join mereka yg buat usaha di luar sana, yang aktif di markaz-markaz, menjadikan dakwah yg diusahakan lebih hidup dan lebih real. Tapi aku bersyukur jugak sebab diruang alam maya ni jugakla sedikit sebanyak dapat meningkatkan josh dalam diriku melalui perkembangan-perkembangan usaha dakwah yg diceritakan oleh sahabat-sahabat kita. Aku akui. Aku juga lemah. Walaupun taklim adalah salah satu usaha yg aku masih kekalkan tetapi masih tidak memberi kesan pada sahabat-sahabatku di sini. Hatta kadang-kadang aku juga tersungkur lemah dalam mencari rahmat dan hidayah Allah. Selain keluarga aku di Malaysia, aku juga minta sahabat-sahabat maya ni sahaja lah supaya menyokong aku utk terus berdiri dalam usaha ni. Boleh beri nasihat, atau cerita-cerita dan karguzari yg boleh meniupkan semangat ni supaya terus menerus dapat menyuburkan iman dalam diri, seterusnya dapat dakwah sahabat-sahabat lain di sini juga. Aku juga perlukan sokongan kalian. Bantu lah aku! Hakikatnya aku juga perlu tingkatkan lagi amal, usaha, iman dan yg penting doa.
Itu sahaja cerita dari aku. Ini adalah keluhan aku kadang-kadang bila rasa nilai iman ni jatuh.
Moga dakwah terus dijadikan MAKSUD HIDUP.
INSYALLAH, selamat beramal!
8 ulasan:
moga Allah trima.. amin
impak yang besar kepada hidayah adalah tahajud....90% dalam usaha agama, usaha kat luar cuma 10%...usaha dakwah ni, kerja Allah, dekatilah Allah, Allah akan permudahkan so...
it's really nice...
:)
to yard :
amin..syukran atas doanya.
akk baca dah kisah tragis berniaga awak..masya Allah gigihnya.hari yg akk post artikel tu alhamdulillah tiba2 allah bg rezeki pd akk ade org hulurkan 3keping not bjumlah 20,20 dan 10 skaligus menjumlahkan sebanyak 50genih yg akk dpt secara percuma pd hari tersebut.ALHAMDULILLAH.Mungkin niat akk utk post artikel tu mmg benar2 lahir dr hati,Allah bg rezeki dr sumber yg tk disangka2...jd,pengajarannya IKHLASKAN NIAT KITA DLM APA2 PERKARA YG KITA LAKUKAN.
Memetik kata seorg 'shbt': HATI adalah tempat turunnya pandangan ILLAHI.jadi,jagalah hati agar terus dipandang Allah dgn pandangan rahmatNya.
to ismadiyusuf:
syukran..ana suka nasihat mcm ni...lama dah xdengar muzakarah kelebihan amal mcm ni.rasa lebih semangat nk tingkatkan amal INSYA ALLAH.Selalu amal je banyak tp,kualiti dan nilai tu kurang sbb kita jarang diberi targhib dan tarhib dlm amal.
to n0vemBer zuLu:
thanks. moga allah beri kemanisan pada kita dlm beramal INSYA ALLAH.AMIN ya Rabb!
he2.. benar!..rezki dari Allah.. bkn usaha..
kita msti yakin dari amal.. bkn usaha
to yard :
hakikatnya yard,amal yg kita lakukan tu sume milik allah. sebanyak mana pun amal yg kita lakukan,Allah berhak meerima atau menolaknya. Jadi,dlm kita beramal,jgn kita pasakkan niat semata2 nk dptkn ganjaran dan SYURGA dr Allah,tp kita lakukan amalan tu hendaklah semata2 kerana harapkan REDHANYA.Insya Allah.Bagus yard,teruskan usaha dlm mendakwahkan kebenaran!
aslmkm..
Subhanallah.. semangat ustzh yg begitu membara.. moga Allah anugerahkan saya juga smgt sebegitu dalam menjalankan usaha agama..
amal belum tentu lagi dterima, tapi niat Allah dah terima.
Niat seolah2 nk usaha beri hidayat kepada semua orang.
macam usaha dan pengorbanan yg telah dizahirkan oleh nabi dan sahabat..
Joss2 juga, hikmah jangan lupa..
teruskan smgt utk usaha di kalangan wanita di tempat ustzh..
usaha agama usaha yg seni..
InsyaAllah perlahan2 Allah akan ubah suasana dan keadaan.
Ganjaran dapat, ujian pun dapat..
bila datang ujian. Jangan putus asa. Allah itu ada, yakinlah..
In tansurullaha yansurkum..
jangan patah semangat..
buat usaha dengan semangat sebagaimana nabi2 jalankan usaha..
usaha yg sbenar bila di mlm hari....
Catat Ulasan