Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Rabu, Jun 01, 2011

Pahala Terakhir Seorang Isteri

( Selamat Membaca..:).
Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan.

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yangtelah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.Untuk pengetahuan semua, dikalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami.

 
Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan. Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.
 
Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.
 
Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan
kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap
suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata untuk melayan Adam dan
menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa.

 
Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong - menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.
 
Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan
Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja.
 

Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan. Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. 
 
Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang
berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut dipinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. 

 
Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak
melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

 
Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
 
Sabda Rasulullah s.a.w, 
"Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,tiada seorang
suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,tiba-tiba di tolak
oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu,
hingga dimaafkan oleh suaminya."

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan  bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya.

Itulah harapan saya .semoga Allah perkenankannya. ****

Nota:
Seperti yang pernah disarankan oleh Dr Fadhilah Kamsah.. pohon la
kemaafan kepada suami sebelum tidur... maafkan juga mereka2 yang ada kaitan dengan kita sebelum kita tidur.. kerna kita tak tau.. apakah esok kita masih boleh bangun or.. macam dalam kesah ni.. :)...

Ahad, Julai 11, 2010

Sekadar berbasa-basi...

...bagaimanakah??
Salam.

Lama dah tak update blog. Dah bersarang semut bagai dahh...

'Sibuk' punya pasal. Sibuk apa ntah. Asek berangan je keje nye..aisehh! 5 hari lg mau exam...kecot prott rasanya...Ummu Hani,,bangunlah! Sedarlah kamu dari lamunan...5 hari lagi nak exam tau tak??...hishh...

Saat ni kena panaskan enjin. Pastu press gear 5...adoihh...patutnyer dah xdek mase dah nk ngadap laptop nih..tp tu la..otak ni perlukan refreshing  jugak...sbb dah lame blurr...

Macam2 nk kena pikiaq. 

Nak exam lg...

nak buat persiapan 'tuutt' lagi...(bak kata fazira laa..hee~)

Tapi yg penting, tumpu kat exam dulu..kan,kan...

Kadang2 low jugak semangat nih. Sampaikan haritu dah buat keputusan yg tak leh diterima dek akal...sendiri tanya pada diri, "..betul ke ape yg aku buat??"

Alhamdulillah la kawan bg semangat semula. Aku pun duk pening2 pikiaq, last2 Allah buka jalan lagi...

Lepas analisa pelbagai masalah,ceh!  kutemui jawapan lagi...

Insya Allah, aku masih di sini teruskan pengembaraan walaupun lepas ni dah bertukar status...waaahh??

Insya Allah..ni sume bergantung pada doa sume jugak...

Hope semangatku makin meninggi lepas ni.

'Perkara itu' bukanlah penghalang utk aku terus menimba ilmu dan pengalaman di bumi berdebu ni...

Umur malam masih muda! Seronok belajar pun masih menebal lagi...jadi, jangan disia-siakan!

*************************************************

Cerita exam pulak...

...countdown...5 days more from today (11 July 2010)...

Bawah ni nak bentang exam schecdule aku yg dah nak semput harinye...

***JADUAL EXAM***
****************************

17/7/10 (SABTU)
 9.00-11.30am :
QIRAAT ILMI

20/7/10 (SELASA)
11.30am-1pm :
RESAM

24/7/10 (SABTU)
9.00-11.00am :
ULUM QURAN

25/7/10 (AHAD)

9.00-11.00am :
QURAN TAHRIRI,

11.30am-1pm :
FAWASIL

**tarikh bg QURAN dan QIRAAT SYAFAWI antara 17hb hingga 20/7/10

Mohon doa dari kalian ehh...

Doakan NAJAH utk kami semua Pelajar Qiraat Tahun Satu.

Jgn lupa tlg amin kan doa Sheikh Husin : "...KULLU NAJAH SOFI INSHA ALLAH!!..."

AMINNN...!!

Ok, sampai sini perkembangan dari aku.

Saje nak update blog jugak walaupun otak kering...hehe..

Malaysia...tunggu kepulangan aku!! =)

ok, jaga diri, iman dan amal.

jumpa lagi...adioss!

WASSALAM.

Rabu, Jun 23, 2010

Sedih mengenangkan diri, ummat...

Assalamualaikum...

Sebak hati ni tiba-tiba terfikir pasal lemahnya diri ni dan juga ummat kita yg masih tak sampai hidayah pada mereka. Tadi baru lepas baca blog seorg ukhti ni. Sedih. Biarpun dah lama blognya tak diupdatekan yg baru, namun hatiku tersangat tersentuh bila membaca tulisannya yg menceritakan perihal saudara-saudara di Singapura yg sedang tenggelam sukar bernafas dalam menghirup kemanisan kalimah iman. Singapura jiran kita. Itu lagi kesian. Kita di sini (Malaysia) walaupun aktif dengan usaha-usaha yg dihantar ke sana-sini namun masih dikira lemah juga kerana jika usaha kita berjaya, maka tiada istilah ISLAM TIDAK KELUAR DARI KEPOMPONGNYA.

Melihatkan keadaan ummat di sana yg semakin ramai tidak kenal islam, tidak kenal masjid, apatah lagi hendak mengenalpasti orang islam dan yang bukan islam pun amatlah payah. Kesian kerana usaha kita mungkin tak sampai atau mungkin tak aktif di sana. Mungkin ada tapi usaha yg sedikit. 

Kita perlu lebih tingkatkan usaha supaya dakwah boleh sampai di sana. Moga Allah hantar aku, ibu bapa dan keluargaku semuanya untuk sebarluaskan lagi islam di sana. Kesian. Mereka jiran kita. Kalau jiran sebelah rumah ada yg sakit, tidak mempunyai makanan, atau miskin dan sebagainya, kita tidak mengambil tahu hal keadaannya, maka teringatku pada sabdaan kekasih kita Nabi s.a.w, "tidak sempurna iman daripada kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri". 

Makanya di sini kita masih lagi tidak sepenuhnya mengasihi saudara kita sebagaimana kita mengasihi diri kita sendiri. Kita amat takut jika diri kita tertimpa apa-apa musibah. Tetapi kita hampir-hampir saja tidak merasakan jika keperitan tu dialami oleh orang lain. Ini kerana ada sikap pentingkan diri dan merasa diri sudah cukup sempurna. Sekalipun kita sudah merasakan cukup dgn nikmat islam yg kita ada, tetapi belum cukup sempurna lagi sebenarnya jika masih ada lagi saudara-saudara kita yg masih lemah dalam mencari kebenaran.

Hidayah tu Allah yg beri kepada sesiapa yg Dia kehendaki. Benar. Di samping itu kita perlulah fikir dan risau atas ummat ini yg mana hidayah yg tidak sampai kepada mereka ini juga adalah disebabkan lemahnya usaha dan iman kita ke atas mendakwahkan kalimah iman dan amal kepada mereka. Kelak di akhirat sana kita akan ditanya dan mereka juga akan menuntut daripada kita kerana kita tidak berjaya menyampaikan dakwah kepada mereka. Apa kita nak jawab dengan Allah Ta'ala esok?

Keadaan di Singapore sana yang mana azan pun tidak boleh kedengaran di luar itu menunjukkan lemahnya usaha kita dalam mendakwahkan kebenaran. Jika usaha tersebarluas di sana, aku yakin pemimpin di sana pun akan hormati kita sebagai ummat islam. Nampak sangat nilai islam di sana amat rendah dan hampir dihinjak-hinjakkan. Mana perginya dakwah di sana? Lagi menyedihkan bila ada anak muda mudi yg TAK KENAL MASJID dan hampir tak tahu di mana-mana tempat yg ada masjid. Allahhh, apa ni? Padahal mereka inilah kita harapkan sebagai PEMEGANG PANJI-PANJI ISLAM! 

Lihat, betapa lemah usaha kita.

Satu lagi aku terbaca komen dibawah artikelnya. Mungkin dia adalah org Brunei sendiri. Komen yg merayu supaya kita dapat menghantar jemaah lebih ke sana utk buat usaha. Mereka rindukan amal agama. Komen merayu :
"Kami di Brunei pun rindu rasanya hendak terima jemaah dari luar negeri untuk datang sini.. Mana-mana jemaah dari luar yang sedia untuk datang ke Brunei, tolong lah datang.."
Kesian sangat kat depa. Kita boleh lihat masih ada sinar jika kita terus menerus hantar jemaah ke sana yang mana dalam komennya beliau mengatakan bahawa mereka di sana baru pertama kali buat usaha jemaah jalan kaki. Ketika mereka (jemaah jalan kaki ni) berjalan merentasi lebuh raya, pernah ada orang yang mengatakan bahawa mereka ini kelihatan seperti ada pengikut-pengikut yang ramai bersama mereka sedangkan mereka hanya 6 orang sahaja. Memang MasyaAllah! Jadi impaknya, karkun-karkun di sana yang dah lama membeku terasa meningkat semula semangat mereka utk buat usaha.

Jadi mari kita sama-sama bantu mereka ni supaya dapat menyuburkan lagi sinar semangat yg kian malap.

Jadi utk itu moga Allah Ta'ala sediakan diri kita, keluarga kita utk korban harta di jalan Allah dan dapat menghantar jemaah seramai yg mungkin utk hidupkan kembali roh islam yg sudah lemah di sana INSYALLAH!


*********************************************

Cerita aku.

Aku sebenarnya sedang belajar di luar negara jauh dari bumi aku mula-mula mengenal dunia. Di sini memang ada jemaah-jemaah yg buat usaha. Tapi kalangan kami pelajar melayu ni amat sedikit yg aktif. Ada juga yg berdakwah. Tapi mostly berdakwah melalui persatuan. Namun yg mengikut jemaah tabligh ni amatla kurang. Ada tapi jumlahnya sedikit. Di sini aku hampir tidak dapat merasakan kemanisan dalam berdakwah. Aku hanya sempat mengikuti cerita-cerita yg aku baca dari internet. Dan aku juga sempat berdakwah sedikit-sebanyak pun di internet. Tapi internet ni benda yg bersifat mati. Hakikatnya kita perlu berdakwah jumpa orang. Tapi apakan daya, aku ni hanyalah wanita. Sampaikan pernah satu saat aku mengeluh, alangkah baiknya jika aku ni lelaki. Boleh join mereka yg buat usaha di luar sana, yang aktif di markaz-markaz, menjadikan dakwah yg diusahakan lebih hidup dan lebih real. Tapi aku bersyukur jugak sebab diruang alam maya ni jugakla sedikit sebanyak dapat meningkatkan josh dalam diriku melalui perkembangan-perkembangan usaha dakwah yg diceritakan oleh sahabat-sahabat kita. Aku akui. Aku juga lemah. Walaupun taklim adalah salah satu usaha yg aku masih kekalkan tetapi masih tidak memberi kesan pada sahabat-sahabatku di sini. Hatta kadang-kadang aku juga tersungkur lemah dalam mencari rahmat dan hidayah Allah. Selain keluarga aku di Malaysia, aku juga minta sahabat-sahabat maya ni sahaja lah supaya menyokong aku utk terus berdiri dalam usaha ni. Boleh beri nasihat, atau cerita-cerita dan karguzari yg boleh meniupkan semangat ni  supaya terus menerus  dapat menyuburkan iman dalam diri, seterusnya dapat dakwah sahabat-sahabat lain di sini juga. Aku juga perlukan sokongan kalian. Bantu lah aku! Hakikatnya aku juga perlu tingkatkan lagi amal, usaha, iman dan yg penting doa.

Itu sahaja cerita dari aku. Ini adalah keluhan aku kadang-kadang bila rasa nilai iman ni jatuh.

Moga dakwah terus dijadikan MAKSUD HIDUP.

INSYALLAH, selamat beramal!

Jumaat, Jun 18, 2010

BICARA TENTANG CINTA

Tetiba hari ni rasa nak postkan something tentang C.I.N.T.A...
ececece..tetiba plak yek??huhu...

Yang remaja sekarang duk sibuk sangat tentang cinta ni.

Tapi ingat!

Cinta itu fitrah dan mesti diletakkan betul pada paksinya.

Jangan sampai cinta dijadikan maksud hidup.

Tapi yang perlu dijadikan maksud hidup adalah DAKWAH ILALLAH.

********************************************************

 Assalamualaikum……

Bicara ini adalah tentang hakikat cinta HAWA…
Ya tentang cinta mmg tidak akan pernah habis dibicarakan….Aku bukan pujangga yg hebat dalam membahas tentang cinta. Aku ingin bicara atas nama wanita. Wanita adalah makhluk yg sempit akal dan mudah terbawa-bawa emosinya…sangat mudah bagi golongan adam utk membuat golonganku bermimpi.

Tolong..berhentilah memberi angan-angan kpd kami. Mungkin kami akan memuncung tika disapa, atau membuang muka kala di puji. Tetapi sejujurnya, ada perasaan bangga. Bukan suka kpd kamu (mungkin) tetapi suka kerana diperhatikan lebih.

Di antara kami, ada golongan hawa yg pandai menjaga diri. Tetapi tidak semua kami mempunyai hati yg suci.

Oleh itu kpd golongan adam….jangan kamu tawarkan sebuah ikatan bernama ta’aruf bila kamu benar-benar belum bersedia akan situasinya. Sebuah ikatan yg tidak pasti yg boleh jd berumur tidak.

Cuma dalam hitungan bulan tetapi menginjak usia tahun, tanpa kepastian bila akan dipastikan.

SERINGKALI...

Persahabatan itu dibungkus label ‘ukhwah fillah’ dan seringkali juga persahabatan antara golongan hawa dan adam ini dijangkiti virus yg bernama ‘rasa’ dan ‘makna’…kerana tiada suatu hubungan pun yg tidak berkait dgn soal ‘rasa’ .

Sebelum kamu memutuskan untuk mendatangi kami…jawab dulu pertanyaan ini dgn JUJUR.
Setelah tiga bulan kamu mendatangi dan menyatakan cinta, kamu masih belum bersedia mengikrarkan dlm sebuah pernikahan??

Atau kamu masih memerlukan masa yg lebih lama dan meminta kami menunggu dgn alasan yg tidak syar’i dan terlalu duniawi….
Jika YA adalah jawapannya, bermakna kamu lebih ‘hebat’ dan ‘berani’ daripada Saidina Ali. Dia hanya berani mengatakan cinta kepada Fatimah, setelah menikah.

Ali..Pemuda kesayangan Rasulullah s.a.w tetap menunggu waktu bertahun-tahun untuk mengatakannya. Bukan kerana pengecut, tetapi kerana dia adalah LELAKI KUALITI SYURGA.

TOLONG.

Kami tidak ingin menyakiti hati calon suami kami yg sebenarnya. Mereka berusaha menjaga hijab, agar datang kpd kami dalam keadaan suci hati, tetapi kami malah menjaja cinta kepada lelaki yg belum tentu menjadi suami kami. Atau kamu sekarang sudah berani menjamin bahawa kamu adalah calon suami kami yg sebenarnya???
MAAF!
Wanita itu lemah dan mudah ditaklukkan.

Sebagai saudara kami, tolong..jagalah kami.

Kerana kami jadi lemah dgn surat cinta kalian.

Bukankah akan lebih indah bila kita bertemu dgn jalan yg lebih diberkati-Nya? 
Bukankah lebih membahagiakan bila kita dipertemukan dlm situasi yg diredhai-Nya?

Bukan Cuma saat menikah, tetapi saat pertemuan yg juga bebas dari maksiat. Allah maha Pencemburu Dia maha Memiliki kami..maka mintalh kepada-Nya sebelum mendatangi kami.

Akhir kalam….

TENTANG JODOH...
Aku takkan runsingkannya lagi, seperti halnya takdir lahir dan takdir mati. Takkan mengundur dan ke depan sedikit pun. Aku yakin seseorang di sana telah diciptakan Allah khusus untukku. 
Bukankah manusia diciptakan berpasang-pasangan. 
Mungkin dia, mungkin juga bukan.

Bila dia adalah ikhwan yg baik bagiku, namun Allah tak izinkan dia utk menikahiku, maka aku yakin Allah telah menyediakan ikhwan yg jauh lebih baik daripda dia utkku.

Kerana aku tahu ALLAH TAKKAN PERNAH MENGECEWAKANKU.

Tentang dia…
Dia mungkin telah tersedar telah mensia-siakan waktunya utkku…
YA, jalan itu masih panjang….dan dia pun memilih mencintai Kekasih Sejati daripada diriku..
SUBHANALLAH!
Bagaimana mungkin aku tidak semakin mencintai dia…
Dan jelaslah bahawa dia berhak mendapatkan wanita yg jauh lebih baik daripadaku…
Kudoakan semoga dia dikurniakan isteri yg solehah, yg jauh lebih baik daripada yg pernah dibayangkan sebelumnya…
KERANA ALLAH TAKKAN PERNAH MENGECEWAKAN HAMBA-HAMBANYA...


(DOA CINTA-Bagi pasangan bercinta boleh amal, INSYALLAH!)

“Ya ALLAH aku memohon kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, dan cinta kepada orang-orang yg mencintai-Mu, juga kpd amal perbuatan yg akan mendekatkan diriku untuk lebih mencintai-Mu..”



**UnTuK YaNg TeRCiNtA**


Aku menerimamu

Kerana cintamu pada-Nya

Aku mengasihimu kerana

Kasihmu pada-Nya

Adakah aku kau pilih

Kerana pilihan-Nya untukmu?

Terimalah aku bukan kerana mahar

Yang kau beri padaku

Bukan jua kerana cintamu padaku

Melebihi cintamu pada-Nya

Tetapi kerana aku adalah

Perempuan yg dijodohkan-Nya untkmu

Kasihilah aku…sayangilah aku..

Kerana ketaatanmu pada-Nya

Moga mahligai yg dibina

Direstui…diberkati…

Hingga ke SYURGA…


********************************************************
“AkU MeNciNTaiMu KeRaNa aGaMa Yg AdA PaDaMu..JiKa KaU HiLaNgKaN aGaMa DaLaM DiRiMu MaKa HiLaNgLaH CiNTaKu PaDaMu…”
********************************************************

Khamis, Jun 17, 2010

Moga aku setabah Ummu Sulaim R.A!!

Salam mujahadah!

Bertemu lagi dalam entri kali ini dengan pembawakan tajuk yg berbeza dgn yg sebelumnya.

Terima kasih pada laptop kesayanganku dan juga sekalian adik beradiknya yang banyak berjasa membantu aku dalam menyampaikan risalah dakwah setakat yang termampu di alam maya ini.

Baru-baru ini aku ada bercerita dgn seorang sahabat yang sangat-sangat memahami diriku dan aku begitu menghargai keprihatinannya pada aku walaupun aku tahu dia begitu sibuk dengan urusan agamanya. Moga Allah mudahkan urusannya dan sentiasa memberi nusrah padanya atas kerisauannya untuk meninggikan kalimah allah s.w.t.

Dia juga banyak mengajar aku erti mujahadah, ketelusan fikrah beragama, kebergantungan pada tali Allah dalam setiap keadaan dan masa. Terima kasih 'sahabat'! Kau merupakan wasilah dari Allah utk membimbing diriku.

Teringat aku pada perbualanku dengannya mengenai kekagumanku pada seorang sahabiah yg bernama Ummu Sulaim (moga aku dapat mencotohi ketabahannya-UMMU SULAIM=UMMU HANI : Amin!)

Suatu hari di waktu anaknya meninggal dunia, suaminya Abu Talhah r.a sedang berpuasa. Pada malam tersebut Ummu Sulaim berhias diri secantik mungkin dan menghidangkan juadah berbuka utk suaminya. Pada malam tersebut mereka berdua telah bersatu. Ummu Sulaim langsung tidak menceritakan pada suaminya.

Pada keesokannya baru dia bertanya pada suaminya. "...abang, saya ingin menanyakan suatu perkara, sekiranya seseorang tu diberi pinjam sesuatu barang dan sampai satu masa, si peminjam inginkan barangnya kembali...dia sepatutnya memulangkan atau terus menyimpan dan tidak memulangkan barang itu..?".

Jawab suaminya, "..Sudah pasti barang tu patut dipulangkan. Apakah haknya untuk menyimpan barang itu? Barang yang dipinjam semestinya dipulangkan."

Mendengar jawapan suaminya itu, terus terang Ummu Sulaim r.a pada suaminya, "...anak abang, Abu 'Umair r.a yang merupakan amanah daripada Allah s.w.t telah diambilNya kembali."

Mendengarkan penjelasan tu, marahla hati Abu Talhah r.a ni...

Allahu Akbar! Suami dia sedih sangat.

Kata Abu Talhah, "...kamu tidak memberitahuku sebelum ini??"

Pastu esoknya dia p la jumpa Rasulullah, ngadu pada nabi.

Mendengarkan kisahnya terus Rasulullah s.a.w bersabda, “Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan di tengah umatku seorang wanita yang sabar seperti kesabaran wanita Bani Israel”. (As-Sirah Al-Halabiyah, 3/74)

Lepas pada hari tu, ada seorang sahabat ansar ni kata pada Abu Talhah bahawa dia telah melihat ada keberkatan pada doa nabi s.a.w.

Mana taknya, seorang anak dia meninggal, dia redha dan berkat dari doa nabi, Allah kurniakan pada mereka ni seorang anak yang soleh yang telah diberi nama Abdullah bin Abu Talhah r.a.

Kemudian dari Abdullah bin Abu Talhah r.a Allah s.w.t telah kurniakan 10 orang anak yang kesemuanya huffaz al-Quran...

Masya Allah, Tabarakallah!

Ini kita lihat dari satu sudut. Melalui sudut yang lain, kita boleh lihat sikap Ummu Sulaim.

Beliau langsung tak ceritakan pada suaminya dek kerana risau suaminya yang sedang berbuka pada malam tu boleh jadi tak selera nak makan.

Allahu Akram! Ummu Sulaim telah ihtiram suaminya yang sedang berbuka WALAUPUN pada masa tu dia sendiri menahan sedih...Allaaahh, bayangkan...huh! Masya Allah!

Moga aku akan menjadi setabah itu.

Sesolehah itu! AMIN...

Insyallah...Tanam azam dan bentuk diri mulai sekarang. Bukan mudah tanpa latihan dan usaha yang berterusan...

Tadi pun dengar radioislam, ade sorang  ustaz ni mungkin bagi bayan. Pada akhir-akhir bayan beliau ada menyebut tentang korban dalam agama.

Ustaz tu kata, sekarang ni zaman khuruj 40 hari dah habis dah. Sekarang ni dah bermula zaman khuruj 4 bulan...mak oihh!! huh!

Macam mana lah agaknye ye...orang zaman sekarang ni nak kena tinggal 3 hari pun dah cuak..hahah! Ni kan plak 4 bulan...takyah nak kate 40 hari...huhu...

Pastu ustaz tu tambah lagi, kita kena niat dan azam utk mati jauh dari rumah kita..hah! Lagi la plak...

Allahhh...Macam mana ni? Tapi kita kena ingat 1 perkara je. Dunia kan sementara.

Jika kita ikhlas korbankan perasaan kena tinggal tu kat dunia ni, Insyallah Allah akan sediakan ganjaran lebih besar, afdhal dan baik di akhirat. (mudah2an aku boleh terima hakikat yang aku bakal kena tinggal suatu hari nanti..Insyallah..huh!)

ALLAH, BANTU LAH AKU...

SEKIRANYA AKU TERLARI DARI LANDASANMU,

PEGANGLAH UBUN-UBUNKU

BIMBING AKU KEMBALI SUSURI JALAN-MU...

AMIN.

Aiwah...Insyallah nanti kita jumpa lagi ya pada entri akan datang.

Jaga diri, iman dan Selamat beramal!


p/s : kisah tentang Ummu Sulaim ni banyak versi...ni versi yang aku pernah baca dari pelbagai sumber dan kesimpulannya mcm yang aku dah kisahkan di atas...WALLAHU A'LAM.

Ahad, Jun 06, 2010

BIODATA RASULULLAH SAW-Moga cinta padanya kembali bertaut



Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Tarikh lahir: Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

· Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).

· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul

akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M..

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

· Khadijah Binti Khuwailid.

· Saudah Binti Zam'ah.

· Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

· Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

· Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

· Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

· Zainab Binti Jahsy.

· Maimunah Binti Harith.

· Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

· Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)..

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN: Thuwaibah

SAUDARA SUSUAN:

1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

IBU SUSUAN: Halimah Al-Saidiyyah

SAUDARA SUSUAN:

1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka ' bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

NABI MUHAMMAD SAW - MANUSIA AGUNG

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

· Aku melihat cahaya dari lidahnya.

· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

· Wajahnya seperti bulan purnama.

· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali

· Mulut baginda sederhana luas dan cantik..

· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

· Janggutnya penuh dan tebal menawan...

· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

· Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.

· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

· Seimbang antara kedua bahunya.

· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

· Warna kulitnya putih tapi sihat.

· Kulitnya putih lagi bercahaya.

· Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

· Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

· Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULAN :
  • Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
  • Moga kita dapat menanam-subur kembali cinta pada nabi s.a.w
  • Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.

Sabtu, Mei 29, 2010

Motivasi : Bagaimana tahap kesabaran anda?

Assalamualaikum...

Jom kita cerita-cerita...

Cerita yg boleh menambah manfaat ilmu dalam diri kita...

Kita share2 ilmu yg ada dan xseberapa ni...sesatu je hehe...

Nak cerita pasal ape erk?

Ohh..macam tajuk kat atas tu..

Pasal sabar...

Aiwahh...(bahasa pasar mesir...promote jap hehe...)

Erm...

Ada apa dengan "SABAR"?

Ok, sabar kita ni sebenarnya Allah bagi kita 2 jenis sabar.

Dalam setiap ujian kita sebenarnya boleh melalui 2 jenis sabar.
1. صبر -Sobrun (biasa je...)
2. فصبر جميل -Fasobrun Jamil (tahap tinggi jugakla...)

Apa bezanya ye?

Kata Sheikh Husin jika kita ditimpa sesuatu ujian pastu ada orang tanya pada kita,  
"...kenapa dgn kamu ni?macam ada masalah je.." contoh ayat je...
Pastu kita jawab (kita menceritakan pada orang) yg kita ada masalah sekian, sekian tanpa merungut dan tahu ianya datang dari Allah (sifat orang-orang beriman), inilah yang dinamakan "SABAR".

Manakala jika kita ditimpa ujian kemudian orang tanya pada kita, dan kita cuma senyum dan pendam masalah tu, atau mungkin kita memberitahu pada sahabat kita bahawa kita memang sedang dalam masalah atau ujian, tetapi kita tidak memberitahu secara lebih detail, inilah yang dinamakan فصبر جميل. Dan darjatnya lebih tinggi dari SABAR biasa yg kita lalui.

Bertepatan dengan kisah ayah Nabi Yusuf a.s iaitu Nabi Allah Yaakub a.s tatkala menahan marah terhadap anak-anaknya yang telah berkali-kali menguji kesabarannya. Dia hanya mampu berpaling dari anak-anaknya dan mengatakan,
"...aduhai dukacitaku terhadap Yusuf..."-surah Yusuf : 83.
Beliau terkenangkan kisah dulu yang pernah menimpa Yusuf dan kali ini berlaku pula pada anaknya yang jua dikasihi di antara anak-anaknya yang lain selain Nabi Yusuf a.s iaitu Bunyamin. 

Dek kerana terlampau sayangkan nabi Allah Yusuf a.s dan terkenangkan akan kehilangannya sehingga nabi Allah Yaakub a.s telah menghidap penyakit yang berat dan menyebabkan beliau telah uzur.

Kemudian nabi Yaakub menjawab pada anak-anaknya yang telah menyebabkan Bunyamin kini ditimpa masalah dengan berkata kepada mereka,  
"...hanya kepada Allah aku mengadu kesusahan dan kesedihanku. Dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui..."-surah Yusuf : 86.
(Kisah Bunyamin pula hanya perancangan nabi Yusuf yang telah diilhamkan oleh Allah s.w.t supaya dipertemukan dengan orang tuanya.)

Masya Allah! Betapa tabahnya nabi Yaakub a.s menghadapi ujian yg maha hebat dari Allah mengenai anak-anaknya. Lepas satu, satu masalah datang menjengah. Namun betapa cekalnya beliau dan betapa tingginya tawakkal beliau kepada Allah s.w.t akhirnya beliau dipertemukan juga dengan dua anak kesayangannya Yusuf dan Bunyamin.

Apa yang dapat kita garap dari kisah nabi Allah Yaakub a.s ni adalah mengenai kesabaran yang tinggi dan terus-terusan bersabar dengan ujian yang menimpa dan kembali hanya pada Allah dan yakin bahawa di sisi Allah mempunyai jalan keluar kerana yakin ujian ini daripada Allah s.w.t.

Mudah-mudahan kita diberi TAUFIQ oleh Allah s.w.t untuk bersabar menghadapi ujian sebagaimana yang dihadapi oleh nabi Yaakub a.s dan mudah2an kita diberi kelebihan sebagaimana yang telah diperolehi nabi Yaakub hasil dari yakin dan sabar beliau menghadapi ujian dari Allah. Amin!

Entri kali ini aku kongsi sebagaimana yang diceritakan oleh Sheikh Husin kepada kami ketika muhadharah (kelas) pada hari pertama kami selepas cuti untuk exam baru-baru ni.

Kisah ni aku tujukan khas buat pembaca sekalian dan secara privacynya aku hadiahkan buat sahabatku Siti Nakiah...hehe..aku doakan ko tabah dan moga Allah hadiahkan ko sesuatu yang lebih baik lepas ni hasil dari sabar ko hadapi ujian yang Allah hadiahkan ni tanda Allah nak tambah kasih sayangNya pada ko...fasobrun jamil yerk...hehe..(ni khas dari aku nih..hehe)

Aiwahh...jumpa lagi kita pada entri akan datang, InsyaAllah.

Jada diri, jaga iman ,jaga amal.

Salam Mahabbah, Salam Muhibbah, Salam Dakwah!