Pengikut

Khamis, Julai 14, 2011

Dalam hati ada rindu

Bismillahirrahmanirrahim.
Gambar : Sekadar hiasan. Pinjam dari Pakcik Google. :)
Alhamdulillah sampai saat ni Allah masih beri peluang utk mengecapi nikmat kehidupan. Kumpul sebanyak amal utk kehidupan yg lebih hakiki 'di sana'. Lagi-lagi di bulan barakah Syaaban yg mulia ini, lagi beberapa hari nak menjengah Ramadhan. Moga masih sempat dikurniakan umur utk menikmati Ramadhan. Amalan yg dilipat gandakan. Ahh..rindunya. Ramadhan di bumi anbiyak.

Apa cerita kali ini?
Dengan hati yg penuh perasaan rindu pada 'sesuatu' saya meneruskan utk berkongsi apa yg dirasa.
Rindu pada apa? Rindu pada ramadhan? Memanglah rindu. Tp bukan. Bukan itu yg saya hendak ceritakan.

 Teringat saya menghadiri taklim mingguan masturat. Sehari selepas akad nikah. Sebelum sampai kami sesat juga. Walaupun lokasinya taklah jauh dari rumah umi ayah saya. Iyelah, saya bukan selalu ke taklim mingguan sebelum nikah dulu. Jika pernah pun mungkin kecik lagi masa tu. Tak ingat. Kami bertolak awal dari rumah. Cadangnya jika sudah jumpa rumahnya kami nak jln² ke kawasan air terjun yg terdekat. Saje nak 'dating'. Pengantin baru lah katakan..hehe..

 Nampaknya tak kesampaian. Mencari rumahnya saja habis masa utk apa yg kami rancangkan. Sebenarnya letih juga. Terasa sungguh badan ni lesu. Gagahkan juga diri utk hadir taklim mingguan. Kenalah taat kan.. Hubby bersungguh ajak pegi. Sampai je sana saya terus duduk taklim. Sudah beberapa minit berlalu. Setengah jam pertama boleh tahan lagi. Sedar tak sedar saya sudah tersengguk-sengguk. Tertidur. Allah.. Malunya. =p Tersedar je saya terus senyum pada makcik-makcik yg hadir. Terus saya minta utk baca taklim. Terpaksa. Untuk hilangkan ngantuk. Masa baca tu pun tak tahu lah apa yg saya baca. Alhamdulillah semua yg hadir sangka baik pada saya. Mereka tahu saya letih kenduri semalam. Selesai program, kami bual-bual. Alhamdulillah kesemuanya mmg saya kenal. Dan mereka pun kenal saya. Sebab mereka kenal umi ayah saya.

 Bertukar-tukar cerita sambil tunggu hubby datang utk jemput balik. Masa program tu hubby iktikaf kat surau dekat² dgn situ. Taklim sejam setengah. Tak lama lepas tu hubby sampai. Saya pulang.

 Alhamdulillah dapat juga duduk taklim sampai akhir. Walaupun agak mujahadah dengan mengantuk tadi. Moga  Allah bg peluang lagi utk hadir. Saya azam utk datang lagi minggu² depannya.

 Itulah manisnya kenangan saya dapat hadirkan diri pada taklim mingguan. Hari selepas akad nikah. Walaupun dalam keadaan letih. Allah yg bagi taufik dan kekuatan utk hadir. Saya syukurinya. Sehingga hari ni. Hati sebak juga sebenarnya. Sebab itu jika saya masih di Malaysia.

 Di sini, semenjak saya sampai bulan Januari haritu tak pernah nye sempat nak ke taklim mingguan. Tempatnya pun tak tahu. Lagipun mmg kami buat usaha kat sini tak boleh campur dgn orang arab. Foreigner dgn foreigner je. Saya sabar. Cadangnya nak buat sendiri je. Tapi hubby bincang dgn amir sab foreigner, katanya kena cukupkan 5 amal masjid. Harapan tak kesampaian. Kawasan kami usaha sangat lemah. Lagipun tak ramai pasangan atau keluarga karkun mcm kami. Malahan tak ada. Yang ramainya di Kaherah. Kami di Mansurah cuma ada student² karkun lelaki yg masih bujang.

 Tapi alhamdulillah hubby terus menerus dgn usaha walaupun taklah lengkap 5 amal. Masih belum layak utk hidupkan taklim mingguan. Cuma kami istiqamah taklim harian di rumah lah. Alhamdulillah Allah beri taufik utk kami jaga taklim di rumah.

 Berita baiknya alhamdulillah sekarang usaha di sini dah umumiyat. Semenjak muzhoharot haritu. Amir sab dah btau kami yg kami dah boleh buat usaha dgn karkun tempatan. Kami dah boleh p taklim masturat. Boleh keluar jemaah dgn org tempatan. Cumanya Allah belum lagi pilih saya utk hadir taklim mingguan dgn org tempatan di sini. Tempatnya masih lagi belum kami ketahui. Pernah juga tanya karkun tempatan, katanya jauh juga dari tempat kami, Dirasat sini. 

 Kami juga azam utk keluar masturat Ramadhan ni. Moganya Allah pilih. Sahabat-sahabat sume doakan ye. Kita² yg bernasib baik di tempat masing², jika allah beri peluang utk kita bagi masa utk agama, gunakanlah sebaik²nya. Sekali Allah tarik nikmat tu tak guna dah utk kita menyesal.

 Mudahan mati kita dalam keadaan shahid di jalanNya. Cemburu dgn sahabat² yg dapat mati dalam masa buat usaha di jalan Allah.

8 ulasan:

hidayu samsudin berkata...

insyaallah..moga allah pilih tuk keluar masturat...

best kan dpt keluar,,mcm2 bleh blaja,,:)

umu6point berkata...

Assalamualaikum..
hehee..gelak2 gak k.umu dengar ada pengantin baru sesat nak g taklim mingguan. Kenangan manis tuu.. :D

InsyaAllah, berkat usaha dan doa hani, suami serta para karkun yang ada fikir risau ummat di Mansuroh sana.. Allah akan permudahkan apa yang kalian usahakan.

InsyaAllah, moga Allah pilih Hani bawa baby kuar khuruj :)

QuLMinD berkata...

hidayu samsudin ;

amin!amin! mudah2an Allah pilih kita semua.(ishh..klu blh dgr lah sbnrnya hani dah jerit kata 'amin' nih..huhuu semangat!)

Kita kene buat usaha sungguh2 bila allah dh pilih kita.jangan main2,nnt Allah sendiri sisihkan kita dr usaha ni..wa'iyazu billah!-pesanan utk diri sendirilah nii...:p

Wa'alaikum salam kak umu..
Syukran ziarahnya.
haihh..mmg kenangan manis tu..smpai mimpi2..huhuu
Iye lah.mmg sengaja allah aturkan perancangan kami jadi mcm tu.supaya ingat smpai bila2..huhu

Tapi khuruj ni mmg seronok.mcm2 dapat blaja..nak2 lagi org yg baru kawin.mcm2 tips rumahtangga yg org lama kongsikan..rindunye..teringat je 1st time khuruj 3hari lps nikah..hmm..kenangan manis ada..tak kurang jugak pahitnya pun ada.tp biasalah..hikmah Allah suruh kita blajar dr setiap yg berlaku..

Mudahan allah terima lg utk khuruj lg dan lagi..

Impiannya,mati dlm dkwh ilallah.

abu zarim berkata...

masyaAllah,,,,best pngalaman bile kuar ni,,,moga Allah pilih kite sume walupon kat mne kite berada,,,mcm sy pon,xthu mcm ne nk mula ,,,da duk tmpat org ni,jd mati kutu lak,,hurm,,moga Allah mudahkan,,amin,,,

IBNU ARAHMAN berkata...

abu zarim
anta kene cari rakan usha di sana, cari kat alamat ni pun boleh gak.

http://karkuzaridakwahiman.blogspot.com/p/senarai-tempat-utama-perhimpunan.html

abu zarim berkata...

insyaAllah,,sy try usaha kan,,,tq

IBNU ARAHMAN berkata...

Rabbuna yusahhil abu zarim..minta selitkan doa mulus tuan utk kami dlm munajat malamnya.. =)

AHLIA NAIEM berkata...

salam..alhamdulillah..walaupun mujahadah buat usaha di tempat akk, akk n suami masih teruskan jua..semangat ni yang saya nak ambik dr akk..

sedangkan saya di tempat sendiri ini pn masih ada sifat bermalas2..masyaAllah..

insyaAllah..teruskan..saya doakan akk terus tabah di sana dan di pilih oleh Allah buat usaha ini sampai mati..