Pengikut

Khamis, Julai 21, 2011

...kisah hari ni...

Bismillahirrahmanirrahim...

Harini bermulanya ijtimak wafidin di Kaherah. Akan berlangsung selama 3 hari dan rata-rata karkun student Mesir akan gunakan kesempatan ni utk terus keluar jalan Allah. 40 hari, 4 bulan...untungnyaa..bersyukur Allah pilih mereka.

Harini juga hubby ke sana bersama sahabat2nya dari Mansurah ni. Untungnya org lelaki ni..
Hubby berangkat membawa bersama kelengkapan dan keperluan utk khuruj 40 hari. Sebenarnya tragis jugaklah harini. iye lah..Allah je yg tahu hati ni kann..Moga ini tarbiah yg Allah nak beri utk saya dan anak dalam kandungan. 
Moga dia sentiasa dilindungiNya...

Terbayang bagaimana Siti Hajar ditinggalkan nabi Allah Ibrahim a.s bersama anaknya Nabi Ismail a.s yg ketika itu masih bayi.

"Kejadian mengharukan ribuan tahun yang lalu,
seorang Ibu bernama SITI HAJAR, yang tidak lagi muda, bersama suami bernama IBRAHIM dan bayinya bernama ISMAIL tiba di tempat yang kini bernama Mekah di tengah terik matahari di padang pasir tandus tanpa persediaan makanan dan minuman memadai. Dalam keadaan galau tiba-tiba si suami pamit dan berjalan pergi untuk meninggalkan si isteri dan bayi mereka.

Siti Hajar pun hairan dan memerhatikan sikap suaminya dan bertanya; 
"Hendak kemanakah engkau suamiku?"
"Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini?"

Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah kata pun. Ia tetap melangkah meninggalkan isteri dan anaknya. Siti Hajar pun bertanya lagi;
"hendak kemanakah engkau Ibrahim?"
"Sampai hatikah engkau meninggalkan aku dan anak bayimu di tengah padang tandus ini?" 

Lagi-lagi tidak dijawab oleh Nabi Ibrahim.

Siti Hajar kemudian bertanya sambil menangis: 
"Apakah ini perintah dari Allah?" 

Barulah Nabi Ibrahim menjawab; "ya." 

Dan Siti Hajar pun diam, tak bertanya lagi, dan dengan rela melepas suami meninggalkan dirinya dan anak bayinya tanpa siapa-siapa menemani kecuali keyakinan atas Ke-Maha-Kuasaan Allah."

Sayu. 
 
Kisah tersebut hampir mirip dgn apa yg saya lalui. Saya sedar, inilah tarbiah Allah kepada saya dan anak yg masih dalam kandungan. Keadaan saya ditinggalkan ini pun cukup dgn ujian yg maha hebat dari Allah Ta'ala. 

Airmata ni mengalir laju lagi sambil menyusun kemas sifat redha dan persangkaan baik dalam hati. Saya harus terus tawajuh pada Allah sementara menunggu berita dari hubby lepas selesai ijtimak nanti. Dalam tiga hari ni lah Allah nak lihat bagaimana usaha saya, bagaimana keyakinan saya terhadap janji Allah. Saya yakin, di hujung kisah ini, Allah akan berikan yg terbaik yg pernah dan akan saya alami sepanjang hidup ni. Saya akan syukurinya walau apa pun jua yg Allah putuskan utk saya.

Jika ada rezekinya dan jika Allah pilih saya dan hubby utk keluar masturat selepas ijtimak nanti, maka perlulah saya berkemas dan menunggu hubby pulang utk menjemput saya ke route yang ditetapkan. 

Jika tidak, memang Allah telah menetapkan utk saya menjalani proses tarbiah diri sambil menggarap sirah Nabi Ismail a.s dan ibunya ditinggalkan Nabi Ibrahim a.s.

Saya melepaskan hubby pergi dgn hati yg berat. Semenjak dari selesai solat zohor tadi memang tak henti2 airmata ni mengalir. Mengalir dan terus mengalir. Saya bukan sedih ditinggalkan sebenarnya. Malah saya memang nak hubby pergi utk sahut seruan Allah ni. Airmata ni mengalir hanya kerana Allah belum putuskan apa2 utk keputusan keluar masturat ni. Hubby usaha jugak sebenarnya utk call amir sab wafidin utk bertanyakan ahwal bagaimana jika nak keluar masturat lepas ijtimak ni. Tapi Allah belum lagi izinkan. Belum lagi diputuskan apa2 utk kami. Amir sab tak jawab call. Mungkin sibuk agaknya menguruskan ehwal ijtimak. Hubby tetap akan pergi ke ijtimak tersebut dan terus akan keluar 40 hari lepas ijtimak nanti.

Hubby juga menitipkan pesanan berharga supaya saya terus tawajuh dan jaga amal selama 3 hari ni. Moganya Allah buka jalan. Saya menerima dengan hati sebak, cuba menahan agar airmata tak tertumpah lagi. Hubby sambung lagi, jika Allah pilih utk keluar, makanya nanti kami akan berhari raya di jalan Allah. ITULAH YANG KAMI MAHUKAN. Titipan itu membuatkan airmata saya tak tertahan dan terus mengalir lagi dan dengan lemahnya saya menjawab, "...insya Allah.." Hubby terus memeluk erat saya sambil mendoakan 'sesuatu' di ubun-ubun ..saya tak pasti apa yg didoakannya.

Kembali tenang seketika...

Saya merenung hubby dari kejauhan. Mengamati segenap wajahnya. Serasa tidak ada masa lagi utk menatapi wajah itu. Hubby perasan tindakan saya dan membalas pandangan saya. Saya tersenyum. Malu.. =) ngee...

Saya tak agak pun yg hubby rupanya sedang meninggalkan 'sesuatu' utk saya di blognya.

Tiba masa hubby utk berangkat. Bersalam-salaman, minta redha dan halal makan minum, kata-kata dan sebagainya. ahh..sebak lagi..

Dalam nada kesayuan saya bertanya sebelum diucapkan salam..."takde kata2 terakhir keeee??" >>tersengih sambil airmata klua lagi dan lagi..ahah! Saya tau hubby juga tak sanggup tengok saya nangis macam tu.

Hubby terus jawab, "...adaaa..p tengok kat blog." dan dia terus pergi. "Assalamualaikum."
huuu..banjir...

Sambil berlagak menenangkan diri, terus ke lappy nak tau apa yg ditulisnya.waduuhh2..Masya Allah!teringat akan syair yang dikarang Abu Navisah dan Abu Aviroh Abidah utk isteri mereka ; <--bila baca je apa yg hubby tulis, banjir lagiii....
apa yg hubby tulis ye?? -->Zaujati.
****************************** 
ISTERIKU...

Hari ini aku pergi,
meninggalkan kamu,
meninggalkan anak anak kita
meninggalkan rumah yang penuh kenangan,

Hari ini aku pergi,
kerana perintah dari Dzat
Yang telah menancapkan
Getaran di hatiku..
Ketika aku menatapmu
Di saat malam pertama kita.

Hari ini aku pergi
untuk menyenangkan hati seseorang
yang telah korbankan seluruh hidupnya
untuk kebahagiaan kita hari ini
sehingga kamu dan aku berjumpa
dalam keadaan islam

Jika esok
ketika kau terbangun dari tidurmu
kau tak dapati aku disisimu
maka cepatlah bertahmid!!!!
alhamdulilah

Kenapa?
Bukankah Ummul Mu'minin Aishah rha
merasa tenang hidup bersama rasulullah kekasih Allah
maka Rasullullah berkata
"Orang yang paling bahagia adalah orang
yang suaminya keluar ke jalan Allah
kerana...Dia bukan hidup dengan kekasih Allah
tetapi hidup bersama Allah"

Jika esok
ketika melihat kamar kita sepi
tak ada canda ceria
seperti hari sebelumnya

Maka..
bayangkan oleh mu
bagaimana rumah sahabiah
suami mereka selalu pergi membawa pedang
Terkadang tak ada khabar
Yang ada hanya kubur..

Tetapi
Mereka tetap katakan
biarlah rumah kami sepi
asalkan rumah rumah diseluruh
alam penuh dengan nur Iman

Jika esok tak ada tangan yang memberi suapan
ketika kau makan,seperti yang biasa ku lakukan
Yakinlah isteriku
Allah akan memberi suapan kepadamu,
Hidangan memiliki 70 rasa di jannah
yang tiada kekotoran dan yang jijik.
bahkan mengeluarkan keringat melebihi kasturi.

Jika esok ...Musibah,ujian
Dan sejuta masalah yang datang dalam kehidupan tanpa aku..
Lihat lah kedalam hati mu..kemana kamu berlari?

Saat itu Allah ingin lihat iman mu
yang hari-hari bergantung kepadaku..

Segeralah berwuduk,segeralah bersolat...!
Adukan urusanmu kepada Robb mu
kau akan bahagia,di dunia yang sementara dan akhirat yang selamanya.

Jika esok
kau pandang rumah tetangga kita suara tawa keceriaan
terdengar disana sini.
Suami mereka selalu dirumah,tidak pernah khuruj fii sabililah
jangan kamu iri..!!!kamu justru harus rasa belas kasihan..

Kerana
mereka sedang membina tangisan dan permusuhan
dirumah mereka...

Ketahuilah bahawa setiap orang, membangunkan rumahtangga

Hakikatnya..
mereka membangunkan tempat menangis..

Dirumah mereka akan datang malaikat maut..
menjemput setiap nyawa yg ada, tanpa belas kasihan..

Walau pun mereka kata jangan ambil isteri atau anak ku...!!
Tak ada tebusan sedikit pun, dan tidak tertangguh walau sesaat.

Saat itulah suami mereka akan menyesal,
salahkan semua ahli keluarganya

Ya Allah ..!!
Aku sibuk sebab mahu memenuhi hajat isteriku
sehingga lupa persediaan mati..

Aku lalai dalam amal-amal ku,
aku tinggalkan kerja nabi yang mulia,
aku tinggalkan semua sunnah,
aku asyik makan minum
bersama anak isteriku..

Isteri dan anak anak pula berkata
Wahai suami ku..!!
Mana tanggungjawab mu??
kau tak pernah mengajar kami mengenali Robb yang satu
kau tidak pernah menyiram hati kami dengan Nur Iman
kau tak isi buku catatan kami dengan catitan amal...

Ketahuilah isteriku
bahwa setiap amal suami
merupakan tabungan isteri.
Sebab itu aku harus pergi Di jalan Allah..
untuk membuang cinta dunia..

Percayalah..!!!
walau pun aku yang maju
dihadapan musuh

Tetapi kamu yang terlebih dahulu
Dibukakan pintu syurga oleh malaikat Ridwan as.

Kamu akan menunggu 500 tahun
berhias didepan cermin emas
dan kamu kan menjadi ratu kepada 70 000 bidadari..
dan malaikat..

Tahukah kamu..!!!
kecantikkan bidadari 70000 kali lebih cantik dari
wanita yang paling hebat di dunia.

Sedangkan engkau wahai isteriku
kecantikkan kamu 70 kali lebih hebat dari bidadari...
bagaimana akan terkesan dengan yang lain selainmu?

Hari pertama kita berjumpa
perjumpaan ini akan kekal abadi,
terus tertawa tiada sedih
sehat tiada sakit
kaya dan tiada miskin
kamu sangat mengkagumkan sehingga aku terkesima puluhan tahun memandangmu..


Petikan dari blog Khurujfisabilillah
****************************** 

...sebenarnya syair ni lah jugak yg pernah hubby bacakan pada saya saat awal pernikahan kami dulu...romantiiikk..kat tepi pantai..hehe. <--ayat pemujuk hati. ;p

...takpe..saya relakan pemergian hubby dengan iringan kesabaran dan doa. Moga Allah lindungi dia sentiasa. dan..menjadi asbab hidayat seluruh alam.

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

17 ulasan:

Akhmal berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Abu Zarim Mohamad berkata...

pergh,,,cepat ny post,hihi,,,insyaAllah,,bermujahadah di tempat org,moga Allah mudahkan,,,,,bile kite bantu agama Allah,Allah akan bantu kite,,,

moga ada jemaah yg akan dikeluarkan ke france ni,,,:-),,insyaAllah,,

Umma-ali berkata...

Aslm,
umi bc dgn takungan airmata, betapa berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul, apalagi di tanah asing tanpa keluarga yg dapat meneman...semoga anak redho dan redho mu bakal menurunkan hidayat ke seluruh alam...
umi pun pernah melalui liku2 ini, malah lahir 2 anak tanpa suami di sisi...inilah saja korban kita, sekelumit dari korban para sahabiah, semoga Allah terima pengorbanan kita...aaamiiin.

Abu Zarim Mohamad berkata...

masyaAllah,,,dua kali sy bce,,mmg sedih la,,,lagi2,time part syair tu,,

moga Allah kuat kan,n Allah terima pngorbanan akak n kite sume,,,
insyaAllah,,

ahLia shahril berkata...

aduh... sangat tacing nyer..

mcam mne la saya nnti yer

ehm..

tabah yer..

awk nie kawan alyani eh? knl x alyani mat noh. die asal kelantan

ataupun hanis saripuddin. kelantan jugak. blajar medic kt mansurah

Marina Ali berkata...

Assalamualaikum dek sabar ye,syahdu n sebak baca n3 nie,akakpun kena belajar2 dari adek nie,setakat ditinggalkan 3 hari itu biasa,belum lagi ditinggalkan lama2 lagi 40 hari ur 4 bulan,dalam perancangan,insyaAllah..moga Allah perkenankan...dan mudahkan....jangan sedih2 Allahkan ada,malaikat pun ade sentiasa melindungi orang yang ditinggalkan.:)

Unknown berkata...

aduhai,ustazah,semoga diberi ketabahan dan diganjari dgn ganjaran yg setimpal..

boleh cerita x..nanti dlm bentuk entry di blog mengenai usaha dakwah di sana...

QuLMinD berkata...

Syukran tuan2 dan puan2 smua..rasanya baru harini boleh nak balas komen tuan2..klu tak tu smlm bila baca je komen tuan2 hati saya jd sayu je lg..alhamdulillah harini allah dh beri ketenangan skit..

abu zarim~
Moga Allah juga mudahkan urusan tuan.dibukakan jalan utk tuan utk terus maju dlm usaha ni di france..
Pada saya,student2 yg biasanya study kt negara2 barat mcm UK,London dsb jika mrk thabat dgn usaha ni di tempat mereka,kesan pd diri mereka tu amatlah besar.smpaikan memberi kesan juga pada org lain..
Mcm bapa saudara saya dulu pernah blajar di UK,sepupu juga kini sdg bljr di UK..mrk punya usaha masya Allah..yg penting kita ni kene bergerak,bergaul dan mencari...
Syukran jugaklah sbb rajin jenguk ke sini yee.. =) <--harini dah boleh nk senyum ikhlas dah..hehee.
Allah qabul farmae...

Umma-ali~
Masya Allah hani sgt terharu dgn komen umi..sgt2 terharu..seakan umi juga seolah2 umi hani sendiri yg beri nasihat..maklumlah org pengalaman lama kn..iye lah bila hani fikir2 smula betapa sgt lah pun apa yg hani hadapi ni jika nk banding dgn para sahabat&sahabiah nabi alami dulu kan..inilah yg dikatakan nak dapat syurga yg manis kene harungi sesuatu yg pahit lah kan..baru kita akan hargai nikmat yg allah beri pada kita..
Hani kene blaja dri umi ni..moga 1 hari nnt allah temukan kita ye..insha allah.

QuLMinD berkata...

ahLia teeeetttttt.....~
hehee..tu yg nk kene nikah cepat tu..supaya boleh bljr mcm mana nak handle situasi bila ditinggalkan suami mcm ni..suami keluar buat usaha,kita kt rumah juga terkesan dgn jihad suami..makanya kita akan isi masa lapang kita bkn hanya dgn merintih..bahkan bljr 'mencari allah'..mcm dlm syair abu aviroh tuu..
-->Jika esok ...Musibah,ujian
Dan sejuta masalah yang datang dalam kehidupan tanpa aku..
Lihat lah kedalam hati mu..kemana kamu berlari?

Saat itu Allah ingin lihat iman mu
yang hari-hari bergantung kepadaku..

Segeralah berwuduk,segeralah bersolat...!
Adukan urusanmu kepada Robb mu
kau akan bahagia,di dunia yang sementara dan akhirat yang selamanya.

alyani mohd noh??rasa mcm kenal..maahad tahfiz melaka ye?tp dia tk bljr kt mansurah ni..dia di jordan rasanya skrg ni.yg hanis saripudin tu saya tak kenal plak..masturat/karkunah ke dia?saya tgh cari2 jgk org yg pernah buat usaha ni kt sini.

Marina Ali~
kak,moganya allah terus kekalkan kita terus menerus dlm usaha ni dan pilih kita utk keluar 3hari,40hari,2bulan dan sebagainya luar mahupun dalam negeri..suka saya bila akk tinggalkan pesan mcm tu.."Allahkan ada,malaikat pun ade sentiasa melindungi orang yang ditinggalkan".bertambah kuat skit smengat saya rasanya. =) syukran kak!
suka jgk baca kisah anak2 akk yg suka dan bijak dlm menilai kebesaran allah sejak dari kecil lg..blh la nnt ajar2 hani mcm mana nk dapat didik anak sampai macam tu.. =)

Anak Pendang Sekeluarga~
amiinnn...Allah qabul farmae.. =)
insha allah ada masa nnt saya cuba usahakan utk berkongsi bgmana usaha dakwah kat sini ye..tapi hakikatnya,kita ni yg perlu islah diri kita,banyakkan doa lagi dan lagi,bangun tgh mlm doa nangis2 mintak kat allah supaya thabatkan kita dlm usaha ni dan allah jadikan kita asbab hidayat utk ummat seluruh alam.
itulah..mungkin krn kurgnya amal saya dan lemahnya amal saya menyebabkan usaha kt sini masih lagi dianggap asing dan diketepikan..
Doa insha allah!moga Allah terima.

QuLMinD berkata...

Setakat yg hubby sms pada saya smlm,baru 2 couple yg bagi nama sedia utk keluar masturat,tapi saya tak pasti khuruj 40 hari atau 10-15 hari je..

Hubby pesan suruh tingkatkan lagi tawajjuh pada allah supaya allah tambahkan lg ahli utk cukupkan jemaah kami.

Bersyukur sgt sbb ada juga yg bagi nama..moga dgn syukur ni allah tmbah lagi.

Saya yakin dgn janji allah.

Tak kira apa pun natijahnya,pasti itu yg terbaik buat saya dan hubby. =)

Norsha berkata...

Kesedihan itu satu lumrah bg org perempuan apabila suaminya mahu berpergian, tak mengapa jika airmmata bercucuran asalkan segala pergantungan hanya kepada Allah...InsyaAllah, dilindungi Allah selalu...

QuLMinD berkata...

Cikgu Norsha~
terima kasih cikgu..kata2 semangat yg akn hani ingat bila2 kesunyian lagiii..hmm,bru jgk lepas nangis ni sbnrnye..<--ahaa..cembengnyee sayee =(

Abu Zarim Mohamad berkata...

insyaAllah,,,ummi mmg suke bg zihin,,hihi,,,
mmg usaha kt uk or us,agak gempak la,kat france,tmpat sy ni,xnmpak sngt,,ngah try usaha2,plhan2,,,insyaAllah,,moga tertegak usaha kt tmpat sy tggal ni,,,

musa berkata...

Selagi seseorang hamba susah, menderita menanggung bebanan demi kerana ugama Allah maka sebanyak itulah Allah akan sayang padanya, dihari kiamat mereka ini akan malu untuk dihisab oleh Allah, bila membaca N3 ni saya terkenang semasa kami baru kahwin dulu meninggalkan isteri keseorang bila saya keluar 40 hari, memang wanitalah yang paling banyak menanggung mujahadah bila suaminya keluar khuruj di jalan Allah, dan setiap mujahadah kita tidak disia-siakan oleh Allah , sabarlah kamu sesungguhnya syurga menanti kamu, insyaallah

nam berkata...

assalamualaikum wbt kak...

terharu n sedih baca cerita akak...
rasa seram pula saya. heheh...
semoga akak dan suami istiqamah dan mujahadah dalam usaha ini.. semoga Allah terima niat dan usaha akak...
ameen...

QuLMinD berkata...

Tuan musa ;
jazakumullah krn sudi beri nasihat pada saya tatkala hati memerlukan kekuatan rohani.iye saya ada baca entri tuan berkenaan kelebihan wanita spt yg tuan katakan.tuan dan juga isteri amatlah banyak pengalaman suka duka ketika khuruj.saya percaya pengalaman2 tersebut akhirnya menjadi manis utk dikenang..

nam ;
w'salam wbt...
syukran atas jejak dan doanya..rabbuna yuqawwiyuna!! =)

Zaujah Shamsul Baharin berkata...

Salam
Alhamdulillah, baru hari ni akak diberi keizinan oleh ALLAH utk baca kisah ukhti ni. Ya kisah kita amat mirip cuma bezanya ukhti jauh di perantauan lagi besar mujahadahnya. Ketika baca kisah ini dan bait puisinya air mata bergenang di mata, ni pun masih lagi bergenang.... Uhuk uhuk.... Syair itu suami akak pun pernah hadiahkan pada akak dlu. Akak pun penah laluinya, sabar ya ukhti. Ganjaran n kemanisan menanti mu jika kau redha. Semoga ukhti sentiasa tabah. Yakinlah ALLAH sentiasa bersama mu.....